“Muda lagi dah matang, cuba artis lain macam Naim kan senang” – Netizen

Sebagai seorang individu yang dikenali ramai lebih-lebih lagi buat selebriti tempatan, penunjukan sikap diri yang positif adalah amat penting. Ini kerana apa sahaja yang dilakukan oleh seseorang artis tersebut pasti mendapat perhatian para netizen sekaligus memberi impak dan contoh teladan kepada orang ramai. Kematangan dan kebijaksanaan dalam berbicara tanpa mengikut emosi juga adalah suatu kelebihan buat seorang individu.

Jadi kali ini, pep4tah yang mengatakan bahawa kematangan itu tidak mengenal usia seseorang telah dipersetujui ramai orang. Muhammad Naim Daniel atau lebih dikenali dengan nama Naim Daniel telah dipuji oleh para netizen dan peminat kerana kematangannya dalam menyampaikan sesuatu mesej kepada orang ramai.

Pasti ramai yang sudah tahu tentang bakat menyanyi yang ada dalam diri Naim sendiri. Memulakan kerjaya sebagai penyanyi dengan hanya membuat “cover” lagu di laman sosial pasti bukan perjalanan yang mudah buat Naim sebagai seorang anak seni.

Melanjutkan pelajaran dalam bidang muzik di UiTM Shah Alam pasti sudah menjadikannya cukup arif tentang hal muzik yang telah menjadikannya sebagai penyanyi hebat. Bukti dengan lagu karyanya sendiri iaitu Sumpah telah meningkatkan pencapaiannya dalam bidang muzik sehingga berjaya dinobatkan sebagai juara dalam Anugerah Juara Lagu ke-34.

Walau lagu Sumpah tersebut mempunyai beberapa kontroversi hangat tentang isu hak cipta bersama dengan bekas kek4sihnya, Dayana Amerda tetapi Naim sentiasa kelihatan tenang dan matang dalam menyelesaikan kontr0versi tersebut.

Baru-baru ini, Naim telah membuat satu siaran langsung di laman Instagram dirinya bersama seorang kakitangan Harian Metro iaitu Sudirman Mohd Tahir. Dalam video siaran langsung tersebut, Naim dan kakitangan Harian Metro tersebut telah membincangkan isu-isu berbangkit yg kini menjadi isu dan perbalahan antara penggiat anak seni sendiri dan para netizen. Bagi seseorang yang turut berkecimpung dan mencari rezeki dalam dunia seni, dia telah membahaskan dan memberi cadangan dengan begitu bernas dan bijaksana.

Pendapat yang diberikan Naim juga dipersetujui ramai dengan mengikut sahaja ketetapan yang telah diaturkan oleh kerajaan Malaysia bagi mendapat bantuan tersebut tanpa membangkitkan bantuan khusus dan istimewa buat penggiat seni.

Dia juga mengatakan bahawa bantuan yg diberikan juga adalah menyeluruh buat semua rakyat Malaysia tanpa mengira pekerjaan seseorang individu tersebut. Walau baru umur baru mencecah 23 tahun, kematangan yg ada dalam diri Naim Daniel ini telah dipuji dan diakui oleh orang ramai.

Sebagai anak seni seperti Naim, menyampaikan mesej-mesej yg berguna dan bermanfaat kepada orang ramai adalah sangat penting bagi mengelakkan sebarang kontroversi dan fitnah terhadap selebriti tersebut.

Jadi, kematangan dalam berbicara yang ditunjukkan oleh Naim Daniel adalah sangat bagus dan wajar dijadikan contoh dengan menyampaikan pendapat di platform yang betul. Semoga lepas ni banyak lagi penyampaian bagus yg dapat diberikan Naim Daniel kepada para netizen.

Sumber: Twitter danishalif

Artikel ini disediakan oleh Informasi Viral. Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.