Mlm pertama suami xprasan yg aku dh xsuci. Slps 7 thn, terjumpa ex bf di mall

Foto sekadar hiasan. Assalam semua pembaca. Aku cuma nak berkongsi sedikit pasal perjalanan kehidupan aku waktu dulu.. Aku sorang perempuan pertengahan 20 an, dah berkahwin dan tengah sarat mengandung anak sulung.. usia perkahwinan baru setahun.. ceritanya macam ni, masa aku lepas habis spm, aku berkenalan dengan sorang lelaki, aku ni agak naif dalam perhubungan percintaan sebab tak pernah ade pengalaman bercinta zaman sekolah..

nak dijadikan cerita aku bercinta dengan lelaki yang aku kenal tu, 2 tahun jugak perkenalan dengan dia dan family nak satukan kami berdua, so waktu dalam bercinta selama 2 tahun tu,

aku dah terlnjur dengan dia, tapi hanya 2 kali itu pon saat hampir dengan tarikh perkahwinan kami.. aku termakan pujuk rayu dia sebab janji akan kahwin dengan aku jugak..

Aku sangkakan panas sampai kepetang, rupanya hujan ditengah hari.. semakin dekat dengan tarikh perkahwinan kami, semakin banyak perkara yang dia buat cuba untuk putuskan hubungan.

Sampai satu saat aku merayu melutut kat dia supaya jangan tinggalkan aku, sebab kami dah terlanjur..dia mintak aku belikan dia macam2, minta duit aku, aku bagi asal dia tak tinggalkan aku..

dah lah dia satu2nya laki pertama yang aku pernah cinta, dan satunya lelaki yang dah pernah terlanjur dengan aku.. sampai satu tahap aku merayu dekat mak ayah dia supaya pujuk dia jangan tinggalkan aku.. tapi, akhirnya jodoh kami memang tak sampai ke jinjang pelamin..

Dia tinggalkan aku tanpa belas kasihan, tanpa rasa bersalah walau sedikit pon, tanpa rasa tanggungjawab atas apa yang dia buat pada aku.. aku cuba move on, tapi hanya allah sahaja tahu perasaan aku..

Separuh jiwa hilang.. sebab aku terlalu sayangkan dia.. tak lama lepas tu, lebih kurang 8 bulan aku dapat perkhabaran yang dia telah berkahwin dengan sorang perempuan.

betapa hncur lagi hati aku bila dapat tahu.. masa tu aku dah give up.. aku malu, aku takot tak ade lelaki yang nak berkahwin dengan aku sebab aku dah takde dara..

Aku mula menyendiri, tak bergaul dengan sesiapa sebab risau aib aku akan terbongkar.. aku fokus pada kerja, aku busykan diri dengan pelbagai2 perkara smpai aku lupakan dia.. dan perkara ni berlanjutan bertahun2..

dan akhirnya tahun lepas ade sorang lelaki cuba mendekati aku, orangnya sangat baik, menjaga batas, menjaga solat dan lelaki yang cukup sempurna dimata perempuan..

bila terkenang kisah silam aku betul2 give up untuk bina satu perhubungan.. akhirnya dia datang berjumpa kedua orang tua aku untuk jadikan aku isteri.. ibu bapa aku terima dia..

Dalam masa setahun perkenalan, kami pon mendirikan rumah tangga.. suami banyak membimbing aku dalam agama..

Dari saat lafaz akad sehingga hari ni aku masih tak berterus terang tentang sejarah silam aku pada suami.. aku tak berani dan tak kuat sebab suami seorang lelaki yang sangat2 baik..

aku terlalu sayangkan suami.. Dia tak pernah syak apa2 pada aku kerana malam pertama kami aku masih berdrah aku pon tak tahu kenapa boleh jadi macam tu padahal aku tiada dara..

minggu lepas, aku pergi satu shopping mall jln2 nak beli baju baby lepas balik dari keje.. dan aku terserempak dengan ex aku dulu.. bayangkan setelah hampir 7 tahun aku tak pernah jumpa dia, dan aku ternampak dia..

Masa nampak aku, dia terus kaku..aku pulak terus larikan diri saat bertembung sebab aku rasa skit hati bila terkenang perbuatan dia pada aku dulu..

Dengan perut sarat aku gigih kuar dari mall drive balik rumah.. rasa macam nak menangis je bila terkenang balik.. Aku ceritakan pada kwn baik aku pasal kejadian tu,

dan kawan aku pulak cerita yang ex aku dah kawin hampir 8 tahun tapi tak ade anak lagi dan pernah bercrai sekali dengan wife dia..

Aku tak tahu nak kata ni kifarah dia atau aku yang berdosa sebab pernah dulu aku berdoa agar ditarik segala nikmat kemewahan dalam kehidupan dia dan biarkan dia terus dalam keadaan kesedihan.

Pada wanita diluar sana, jangan sekali2 berikan kehormatan korang pada lelaki yang bukan suami korang.. sebab ziina tetap ziina.. ianya salah satu dosa besar.. ingatt lah ibu ayah sebab terlalu banyak keburukan mendekati ziina..

Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet

Zara Alisha, Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan berdosa yang tidak mempunyai masa depan. Yang penting nak berubah. Solat istikarah minta petunjuk kerana DIA lebih tahu mana yg terbaik utk awak.

Zuraida Ishak, Kepada gadis yg pernah terlanjur, taubatlah. stop jd b0hsia dan jgn cerita aib sendiri…dara tu org lelaki x tahu pun ada ke x…dara boleh dipalsukan..tp cipta lah jiwa yg ikhlas..yg lepas biar lepas. karma mmg ada tp biarlah benda tu rahsia. bakal suami kamu x berhak tahu..

Nur Eika, Kalau dia dh betul2 btaubat n berubah xslh bg peluang..siapa kita nak judge kslpn ms lalu dia kalau Allah sdh ampunkan dosa dia kalu dia dh taubat..tp terpulang kt saudara..

mmgla laki mn pon ssh nk trima kalau dia sndri mnjaga dri tp bakal istri dh xsuci…kalau xiklas jgn truskan…nnti akn timbul masalah..apa pon istikarah byk2 mntk ptunjuk Allah.

Dewi Anuar, Org kata bila nk hdup bahagia jgn tanya atw pandang masa lalu dia…tngok la k dpan…xprlu nk toleh belakang…klw acak nk toleh blkng je…xmaju2 la hdup.

Nurul Asikin, Apa yg pnting bukanlah masa silamnya tapi adalah masa skrg dan masa depan dgn kau . Sebab kau bukan nak kawen dgn masa silam dia . Semua org buat salah . Kau pon tak mungkin tak ada dosa .

Cuma bbeza cara dan halnya . Allah dtgkn smua bnde bsebab . Mgkin sbb Allah tau kau mampu pimpin dia dijalan agama . Peluang kau buat pahala kalau kau betol2 mampu didik dan bimbing dia.

Julia Hani, Klu rasa susah nak melupa kan elok tak pyah terus kan ,sbb takut nnti de masalah d masa dpan ..kita kwin nak bahgia .tp klu sentisa menbayangi masa silam dia mcm mne nnti .

benda ni sepatut nya biar kita tak mengetaui supaya bnda yg sama tak menghantui fikiran kita dia .klu tak blih lupa kisah silam dia harus tinggal kan.

Nur Huda, Tepuk dada tnya selera,kalau ada keikhlasan dlm hubungan itu dia x kisah tentang kisah silam setiap pas4ngan…yg lalu biar lalu…jgn d kenang

Apa pula kata dan pendapat anda. Jangan lupa kongsikan di ruangan komen