Masa majlis perkahwinan aku, makcik aku buat kecoh bgth semua org aku dah terlanjur

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalam semua pembaca. Aku cuma nak kongsi satu cerita tentang aku, isteri dan keluarga aku. Aku seorang lelaki, menghampiri 30 an, bekerja satu pekerjaan yg disegani. Masa zaman belajar dulu, aku belajar di luar negara dan menjalani kehidupan yang sesat dan sangat songsang.

Solat? Aku rasa aku solat sekali dua sahaja dlm sehari. Teman wanita pula keliling pinggang tapi tidak seorang pun antara mereka yang akhirnya menjadi isteri aku.

Ada seorang tu aku bercinta sampai 9 tahun, tp bila balik Malaysia, aku kurang berkenan dengan ibu bapa dia dan keluarga dia selepas dia maki2 dan hina aku, aku pun berpisah dengan dia.

Rata2 keluarga bekas teman wanita aku memandang aku dengan hina sebab aku dibesarkan oleh seorang ibu tunggal di mana abah aku mngalkan ibu aku demi perempuan berasal Indonesia.

Memori terakhir aku dengan abah adalah dimana abah memukul ibu menggunakan batang paip plastik dan ibu pluk erat adik (masih bayi) dan aku di bawah perut dia.

Masih terasa hangat lagi nafas ibu tahan skit kena pkul demi selamatkan aku dan adik. Bertahun kemudian, abah masuk berita sebab k3s p0lis.

Sebab tu aku tak salahkan pun mana2 keluarga bekas teman wanita aku yg memandang hina aku. “Entah2 besar nnt dia pun jd mcm abah dia pkul bini guna batang paip”

Jadi lepas ibu dicraikan abah, aku telah dibesarkan oleh ibu, nenek (arwh) dan empat makcik aku yg belum berkahwin. Awal tahun lepas (2016), ibu mngal dunia dalam kem4langan yg meng3rikan.

Ibu tak sempat pun ucap selamat tinggal. Aku pun tak sempat pluk c1um arwh ibu. Lepas arwh ibu pergi, jujur aku katakan aku rasa hidup aku bagai terawang2, aLepas arwh ibu pergi juga, hati aku terpanggil untuk menjejakkan rumah Allah yg lama aku tinggalkan.

Maka, sikit demi sikit, aku belajar tahfiz Quran bersama ustaz di pondok dan aku topup semua ilmu agama aku telah lama tinggalkan. Teman wanita semua aku tinggal jauh2.

Aku bertaubat. Aku belajar dan berubah semua ini ketika aku berada di Kelantan. Dan di bumi ini juga lah, aku bertemu isteri aku. Aku jumpa isteri aku di Msjid Muhammadi tempat yang sama aku selalu solat Maghrib di situ. Setelah aku ask around psl isteri aku, aku pun terus jumpa ibu bapa dia.

Ibu bapa dia memang baik. Risik punya risik, akhirnya ibu bapa dia bersetuju untuk pernikahan aku dan isteri…

Dan ini lah permulaan mimpi ng3ri aku. Balik KL, aku teruja sangat untuk berkongsi berita baik ini dengan makcik2 dan sepupu aku.

Aku teruja sangat untuk menamatkan zaman bujang aku. Aku ingat kan keterujaan aku ni disambut baik, tapi sangkaan aku meleset.

Makcik2, pakcik, dan sepupu aku mula tuduh aku macam2. “Kau dah terlanjur ke?” “Kenapa tiba2 nak kahwin?” “Dia paksa kau kahwin?” “Betina ni anak siapa yg kau nak sgt?”

Aku masih bersabar masa tu, sebab ye lah mungkin cara aku approach mereka salah kot. Aku cuba bersangka baik. Kemudian makcik2 pakcik dan sepupu2 aku nak berjumpa dengan isteri aku.

Nak face to face tetapi tanpa aku. Maka keluarga aku pun datang Kelantan untuk berjumpa isteri.

Isteri aku (ketika itu belum isteri lg) sangat tenang. Aku masih ingat lagi wajah tenang dia masa masuk rumah berjumpa keluarga aku. Aku tak dengar apa perbincangan mereka. Aku tak dibenarkan.

Aku cuma dapat melihat hasil perbincangan tu… Isteri aku keluar rumah dengan linangan air mata yg sangat deras. Sederas air terjun. Bila aku tanya dia kenapa, dia masih boleh tersenyum dan cakap, “Tak apa, kita berdoa, bersabar, insyaAllah” .

Setelah korek punya korek dari adik, aku dapat tahu makcik2 aku tuduh isteri aku mengejar harta pusaka yg ibu tinggalkan untuk aku dan adik, selain itu byk jugak tuduhan lain yg dilemparkan kat isteri. Patut la tersedu sedan isteri aku keluar rumah masa tu.

Bila aku confront ahli keluarga aku, mereka ckp kenapa tak kenal2 dulu setahun dua baru kahwin, kenapa nk rush2 kahwin, ramai lg perempuan kt luar sana, kalau kahwin 2 tahun lg baru mereka nk tolong persiapkan majlis aku.

Dan kalau aku tk dgr nasihat mereka (kahwin 2 tahun lg), mereka takkan tlg aku. Bg aku kenal bertahun2 pun tak semestinya kau betul2 kenal seseorang tu, dan kenal sekejap pun tak semestinya kau tak kenal langsung isteri kau.

Dengan nama Allah, masa tu aku tersepit. Ditambah pula tiba2 ex aku yg bercinta sampai 9 tahun mula dtg kembali dan sebar gambar zaman songsang aku pada isteri. Bukan satu, tp banyak gambar.

Namun begitu, isteri tak pernah tny apa2. Tak pernah satu ayat pun dia tny regarding this. Aku tahu pasal ni pun sbb aku ternampak msg di fon isteri yg dihantar dr ex aku.

Bila aku approach isteri, dia cuma cakap “takpe, masa silam awk tak tentukan siapa awk sekarang, sy terima dan sy tak akan tny apa2 pun kisah silam awk”

Dan ye, sehingga saat ni, isteri tidak pernah tny apa pun. Tp ex aku mmg byk ganggu, dan tidak pernah berhenti mengganggu. Aku ingat ex psycho ni dalam drama je, tak sangka dalam realiti pun ada.

Aku tahu part ini memaluukan, tapi, ye, aku menangis. Aku menangis semahu mahunya di sejadah. Aku bertanya pada Tuhan kenapa terlalu banyak duga dan halang untuk aku dari dahulu, mengapa tiada yang mengerti aku.

Aku cuma minta semua termasuk ahli keluarga, dan ex2 aku untuk meraikan aku yg dah kembali ke jln benar. Permudahkan lah urusan perkahwinan aku.

Tapi ahli keluarga aku? Ahli keluarga tidak seorang pun dtg tolong. Mereka cuma tolong pinjam duit daripada aku. Asyik pinjam duit aku, tapi tak pulang2. Lepas tu mereka cakap itu duit arwh ibu, bukan duit aku.

Betul. Itu memang duit arwh ibu, jd mungkin mereka boleh ambil semua duit ibu kalau itu membahagiakan mereka. Tapi mereka lupa yg aku anak yatim.

Bila tiba hari pernikahan, aku ingat semua akan berjalan lancar sebab ahli keluarga aku pun hadir juga tapi.. tapi mereka hadir untuk mngalkan satu memori gelap pada isteri aku.

Mereka mer0sakkan majlis perkahwinan aku. Makcik2 aku buat scene m4ki2 isteri aku ckp isteri aku takkan kahwin aku kalau aku tiada harta (padahal isteri aku adalah doktor).

Makcik2 aku pun sempat pkul isteri guna beg tangan. Nasib isteri tidak makeup tebal, tapi warna gincu isteri pun sampai tertarik ke telinga. Makcik aku ckp kat semua orang, aku terdesak nak kahwin sbb terlanjur dgn isteri aku.

Makcik aku pun sempat ckp aku ni derhaka sbb tak dgr ckp dia sbb tak sabar2 nak kahwin sgt. Aku tergamam, sanggup mak cik aku maluukan aku depan semua orang. Menangis isteri aku.

Setelah dileraikan, mereka pun mngalkan majlis aku. Mereka pun buang aku dari group2 whatsapp keluarga besar. Aku pun meneruskan kehidupan aku.

Baru-baru ni aku ternampak pos2 FB makcik2 aku, sepupu2 aku mendoakan bukan2 seperti “Perkahwinan tak ada restu keluarga tak tahan lama”, “Harap anak kau kandung tu tak cacat”.

Isteri ada melihat pos tu, tapi dia tersenyum dan ckp, “Allah takkan perkenankan doa yg zalim pd hamba2 nya yg lain, jgn risau” Sejuk hati aku dengan isteri aku.

Sekarang, dah hampir setahun aku berkahwin dengan isteri aku. Perkahwinan aku alhamdulillah, bahagia. Pernah dengar kan ayat yg berkata ‘di belakang setiap lelaki yang hebat berdirinya seorang wanita’.

Aku baru naik pangkat minggu lepas. Isteri aku? Dia masih seperti dulu, lembut, kelakar, menghormati aku, dan sentiasa memberi peluang aku untuk berubah. Bulan depan aku bakal bergelar ayah.

Jadi kisah ini aku kongsikan sbb aku masih teringat yg aku dulu saban hari merangkak dan bergelut mahu kembali ke jalan pencipta– tapi dengan mudah saudara2 sedrah daging aku sepak terajang tarik aku kembali kepada kesesatan.

Tapi jangan sekali pun berpaling ke jalan sesat tu. Terus pandang ke depan. Semua orang berhak untuk memilih jalan cerita mereka, tapi sebaiknya jalan yg menuju keredhaan pencipta. Sesungguhnya Allah itu maha kuasa dan Allah itu paling mengampun dan mengasihan.

Kepada makcik2 aku, Moga2 akan allah adakan di antara kamu dan musuh2 kamu kasih sayang. Allah mengetahui isi hati aku.

Untuk segala fitnah dan keji atas tuduhan melulu, aku dah maafkan. Sebagai penutup bicara, Doakan baik2 untuk aku, isteri dan anak aku yang bakal dilahirkan. Terima kasih.

Kisah ke 2 lebih mendebarkan, baca perkongsian di bawah

Assalamualaikum semua. Rasa terpanggil untuk berkongsi kisah hidup sendiri. Jika terpilih, terima kasih pada admin kerana siarkan cerita ini. Harap ia dapat menjadi iktibar untuk semua.

Seperti tajuk yang ditulis, aku telah berstatus single semula. Kenapa single semula? sebab sebelum ni dah pernah berkahwin dan sekarang dah bercerrai. Maka jadilah single semula, lebih sedap didengar kan berbanding Janda.

Aku berkenalan dengan bekas suami (N) melalui online chatting iaitu ‘yahoo messenger’, masa itu Facebook dan Instagram masih belum wujud lagi.

N adalah teman lelaki yang sangat aku impikan, sangat ambil berat tentang kehidupan aku dan kami bercinta dalam jangka masa yang agak lama iaitu 8 tahun. Makin tahun aku boleh nampak perubahan dia tapi aku masih bertahan memikirkan kami dah lama bercinta.

Masa mula2 bercinta N bekerja sebagai eksekutif chef di sebuah restoran dan aku di tahun 3 pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda. Kemudian restorannya berpindah ke Singapura dan N berhenti kerja sebab katanya tak nak berjauhan dengan aku. Selepas daripada itu N tidak mempunyai kerja tetap.

Dia banyak kali meminjam dengan aku, walaupun masih belajar aku sanggup menggunakan duit biasiswa aku untuk dia. Setiap kali perluukan duit macam2 cerita sedih yang N ceritakan.

Kemudian setelah tamat belajar, aku mula bekerja di sebuah syarikat swasta. Pada masa itu aku tiada kenderaan dan tiada lesen, maka N lah yang banyak membantu aku untuk pergi temuduga atau kemana-mana. Kemudian aku ditawarkan kerja kerajaan.

Pada masa inilah N mula menggalakkan aku untuk membuat pinjaman peribadi dari bank/koperasi. Bayangkan baru sebulan bekerja N dah minta aku buat pinjaman dengan alasan untuk perkahwinan kami.

Dipendekkan cerita aku telah membuat pinjaman peribadi dan kami berkahwin setelah 8 tahun bercinta. Semua persiapan kahwin, barang hantaran dan majlis adalah 100% daripada duit pinjaman peribadi aku dan gaji aku. N? Masih tak mempunyai kerja tetap.

Semasa meminang, ayah aku ada meletakkan maskahwin sebanyak RM1000 dan untuk hantaran tidak dinyatakan, terpulang pada kami berdua.

Aku ada menyuarakan untuk N mengeluarkan duitnya untuk maskahwin itu sahaja, yang lain2 aku boleh guna duit aku. Namun, N mula merajuk selepas itu.

Disebabkan malas nak bergduh, aku abaikan sahaja permintaan aku dan gunakan sahaja duit aku kesemuanya untuk majlis kami dan majlis memang diadakan pada belah perempuan sahaja kerana keluarganya bercerrai dan katanya kedua2 ibu dan ayah N tak nak keluarkan duit dan N pun tiada duit untuk buat majlis lain. Akupun atas dasar nak halalkan hubungan kami tak kisah semua itu.

Seminggu sebelum kahwin kami memang banyak bergduh atas benda benda yang kecil. Aku sampai terfikir, perluukah aku batalkan perkahwinan ini.

Tapi bila memikirkan semua persiapan dah dilakukan aku teruskan juga perkahwinan kami. Semuanya atas dasar aku dah terlalu lama bercinta dengan N, kalau bukan N dengan siapa lagi aku akan kahwin.

Setelah berkahwin aku cuma berasa bahagia sebulan sahaja. Selepas itu aku mula rasakan hakikat perkahwinan di mana walau berapa lama pun kita kenal seseorang itu tapi selagi kita tak tinggal sebumbung dan tidur sekatil dengannya kita memang tak kan dapat tahu perangai nya yang sebenar.

Mungkin salah aku juga sebab aku berkahwin atas dasar dah lama bercinta dan ingin merasa seronoknya kahwin, aku tak luangkan masa aku untuk mendalami ilmu rumahtangga.

Expectation N pada aku sangat tinggi, jadi bila mana aku tak seperti yang N harapkan kami sering bergduh. Makin tahun kami kahwin makin teruk kami bergduh dan aku juga dibelengu hutang keliling pinggang sebab setiap tahun bila ada kenaikan gaji akan buat pinjaman baru.

Aku memang tak bahagia. Tambah2 bila dia mula angkat tangan dan pkul aku. Sikap dia macam sikap narsistik yang selalu dikongsi di ruangan ini.

Akhirnya setelah 4 tahun berkahwin aku nekad untuk lari dari rumah sehelai sepinggang dan dapatkan pertolongan untuk bercerrai.

Pada hari aku melarikan diri, semasa N mencari aku dia melafazkan lafaz cerrai taklik melalui kawan aku. Kawan aku sampaikan pada aku dan aku bawa k3es itu ke mahkamah, dan 2 minggu kemudian k3s kami dibicarakan dan hakim mengesahkan lafaz taklik tersebut adalah sah, maka jatuh talak 1.

Pada masa itu satu perasaan lega muncul sebab aku dah lepas dari genggaman N dan alhamdulillah Allah permudahkan urusan aku.

Sekarang aku telah single semula selama setahun lebih. Untuk makluman kami tiada anak, mungkin itu hikmahnya Allah tak berikan kami anak supaya aku dapat putuskan terus hubungan dengan N.

Sekarang dah hampir setahun setengah aku single semula. Alhamdulillah aku rasa sangat bahagia, aku rasa aku dapat peluang kedua untuk menikmati hidup.

Aku dapat peluang kedua untul berbakti kepada ibu bapa aku yang telah aku abaikan selama aku berkahwin. Doa aku buat mereka yang masih struggle dalam perkahwinan, semoga kamu semua diberikan jalan penyelesaian yang baik.

Banyak drama yang berlaku dari masa aku melarikan dirikan diri sehingga diputuskan jatuh talak. Namun terlalu panjang untuk aku ceritakan. Apa yang aku nak sampaikan, biarlah hidup sendiri daripada berdua tapi menderita.

Terima kasih kerana sudi membaca, semoga bermanfaat dan dapat dijadikan teladan.

Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet

Wawa Huda, Tahniah sis berjaya lari dari laki cm tu. Ape daaa pinjam duit pompuan. Tak malu betul. Aku mmg x setuju kalau laki jenis suka pinjam duit ni. Sekali dua ok la masa hal betul2 Terdesak. Kalau acap kali tu, better jgn wat suami.

Azlan Hassan, kisah you ni patut dijadikan teladan oleh semua. You dah sedar tentang keburukan tabiat dia sebelum kahwin lagi and yet you proceed dengan perkahwinan tersebut. Itu semua mengundang masalah.

Tapi I faham juga kadang2 kita takut pandangan orang bila kenduri tak jadi. Tapi, masa sama, ada juga orang risau pandangan orang bila da jadi MJ. So masyarakat di luar, sesal dulu pendapatan, sesal kemudian cukai pendapatan. GoodLuck.

Azira Azman, Tahniah, cuma nk pesan pd pasngan2 yg bakal berkahwin, igt, hantaran tk wajib, tp mas kahwin wajib dr duit lelaki itu sendiri. Banyak dh kisah2 keliling aku ni yg ambil enteng tntg mas kahwin, sudahnya rumahtgga berantakan.

Ada yg lepas nikah, terdesak, dia mntk balik duit mas kahwin kt isteri, disebutnya pinjam dulu, bila isteri persoalkan “hutang” yg itu dikatanya berkira, duit tu beli keperluan utk sama2 pkai jugak. Igt, mas kahwin hatta rm20 sekalipun, tetap hak mutlak isteri.

Bila isteri tk redha, tk selamat rumahtgga tu. Last story, someone yg pernah “bergelar kawan baik” aku suatu masa dulu, nk kahwin pinjam dr bakal husband aku rm500 and dr mak aku rm800, igt ye sbbkan kawan baik mak and suami aku sanggup bg pinjam, nak mudahkan urusan org nk bina msjid.

Dgn duit tu lah dia byr beli cincin kahwin, upah kadi dan mas kahwin, aku tau exactly sbb dorg tkda buat majlis pon, cuma akad nikah shj. Bila masa tuntut hutang, dgn bakal laki aku sampai bergduh, dgn mak aku difitnahnya aku ni kata dh byr duit hutang tu kt aku, t

p aku yg mkn duit tu belanja sakan, sampai mak aku ragu2 dgn aku. Sbbkan tu kami putus kawan. Aku akui mmg aku sgt skit hati dgn kejadian tu, aku down. Tk lama pon, 2-3tahun lepas tu aku dpt tau dorg bercrai jugak.

Boleh buat muka tk bersalah pon terserempak ke apa boleh tegur aku mcm masih member, skit tu sampai ke skrg, bukan sbb tk byr hutang, tp sbb kena khianat.