“Mana2 yang senasib seperti saya pls jumpa d0ktor” – Siti Elizad

Setiap pas4ngan yang sudah berumah tangga pasti mengimpikan zuriat. Kehadiran cahaya mata dalam rumah tangga adalah penyeri dan pengikat cinta antara suami isteri. Begitulah juga impian pelakon Siti Elizad yang sehingga kini masih menanti rezeki untuk menimang cahaya mata bersama-sama suaminya,  Shamsul Baharin Rahman. Sepanjang usia perkahwinan Elizad yang hampir memasuki tahun ke-5 tahun ini, dia pernah berkongsi pengalamannya menjalani pembed4han membuang cyst sebanyak dua kali.

Elizad meletakkan harapan yang tinggi untuk dikurniakan cahaya mata selepas beberapa kali menjalani rawatan untuk hamil. D0ktor pernah menyarankannya mengambil ub4t kesuburan sebelum meneruskan kaedah persenyawaan in vitro (IVF) atau pemanian beradas (IUI).

Menerusi perkongsian Elizad menerusi akaun instagramnya, dia memberitahu kepada umum yang dia kini sedang dalam proses menjalani raw4tan IVF seperti yang disarankan oleh d0ktor.

View this post on Instagram

Salam & Selamat pagi kesayanganku semua . I would like to share my journey with all of you . Sekarang saya dlm proses IVF . Day 1 consultation session . Exited , nervous , happy , semua ada . Thank U utk korang yg tak henti2 doa , komen , Dm , wassap sampai hari ni , sgt2 saya hargai 🙏🏻 . Im so touched . Most of the comments ckp “ mental kena kuat masa lalui proses IVF ni “ . Kita manusia biasa & of course letak harapan yg tinggi . But doakan ya . And honestly, mana2 yg senasib seperti saya , pls come forward and berjumpa Doctor , coz we never know , doa , usaha , tawakal . Btw terima kasih Dr Azlin , Dr Michelle , Dr Siti , Dr Salleha & the rest of the team . Very friendly & supportive ❤️ . To those yg nak cuba rawatan IVF boleh sama2 disini @sophea_fertility 0376228622 P/s : Doctor pesan suruh happy2 & positive selalu ! #elizadivfjourney #ivf 🥰

A post shared by ELIZAD SHARIFUDDIN (@elizadsharifuddin) on

Elizad meluahkan rasa terharunya atas sokongan dan kata-kata semangat yang diberikan terhadap dirinya supaya terus kuat dan tabah sepanjang menjalani proses IVF ini.

Ramai selebriti yang memberikan komen berunsur semangat dan nasihat kepada Elizad termasuklah penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza.

Tokti juga baru saja selamat menjalani pembdahan kecil di sebuah pusat perubatan swasta sebagai persediaan untuk hamil anak kedua. Sama seperti kehamilan pertama, proses kehamilan anak kedua turut menggunakan kaedah raw4tan in vitro (IVF).

Terdahulu Elizad pernah mendedahkan yang dia telah berhenti membuat rawatan kecantikan wajah untuk membolehkannya mendapat zuriat. Katanya potensi utk dirinya hamil tinggi jika dia berhenti membuat raw4tan melibatkan sunt1kan wajah.

Apa-apapun semoga segala urusan dan usaha yang dilakukan oleh Elizad ini mendapat keberkatan dan dipermudahkan. Kami semua mendoakan agar Elizad diberikan kesihatan yang baik dan berharap impian Elizad untuk menimang cahaya mata satu hari nanti akan tercapai. Ingat pesan d0ktor ye, kena selalu happy dan positif.

Sumber: Instagram Siti Elizad

Artikel ini disediakan oleh Informasi Viral. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*