“Mama sentiasa hidup di hati Rina, mmg s4kit kehilangan ibu yg dicintai” – Serina Redzuawan

Kehilangan seorang ibunda yang telah melahirkan dan membesarkan dari kecil pasti bukan perkara yang mudah untuk dihadapi oleh setiap orang. Setiap manusia pasti mempunyai banyak kenangan yang telah dihabiskan sejak dari kecil bersama ibu tersayang tidak kiralah anak lelaki mahupun perempuan. Menghembuskan nafas terakhir pada 18 Mac yang lalu akibat dari komplikasi buah pinggang dan jantung, arw4h Hajah Norhayate binti Ayub yang juga merupakan bekas isteri kepada tukang masak terkenal negara iaitu Chef Wan telah mngalkan dunia buat selama-lamanya.

Walau sudah beberapa minggu berlalu, Serina Redzuawan iaitu anak kepada Chef Wan dan arw4h sendiri, kenangan bersama ibunya masih terngiang-ngiang di benak yang terdalam sehingga membawa ke luahan hati yang cukup memiluukan.

Sebelum arw4h menghembuskan nafas yang terakhir, dia telah menjalani pembdahan bagi mem0tong kaki. Chef Wan juga pada ketika itu sedang berada di hspital kerana telah mengalami peny4kit kayap. Sebagai seorang anak, tanggungjawab yang dipikul bagi menjaga kedua-dua ibu bapa yang sedang mengalami kes4kitan pasti bukan sesuatu yang mudah buat Serina sendiri.

Walaupun begitu, Serina masih merasa bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menjaga arw4h ibu di saat-saat terakhir dan menghabiskan masa indah bersama. Dia juga menyatakan momen ketika dia harus mengangkat ibunya dari kerusi roda masuk ke kereta, dia berasa sangat risau jika ibunya itu akan jatuh kerana dia tidak terlalu kuat untuk mengangkat.

Tetapi dengan kata-kata semangat dari ibu dengan mengatakan bahawa Serina merupakan anak yang kuat, perkara itu membangkitkan lagi semangat Serina untuk menjaga ibu.

View this post on Instagram

Mama sentiasa hidup di hati Rina, memang sakit kehilangan Ibu yang kita cintai, sepanjang arwah sakit rina dapat berbakti menjaga mama & uruskan mama dialisis, Terima kasih Allah beri peluang dan momen indah bersama arwah mama, Bila kena angkat mama dari kerusi roda ke kereta, Rina risau mama jatuh, mama agak berat. Tapi mama selalu kata anak mama ni kuat!! Itulah buat semangat angkat mama.She trust me! Terima Kasih juga my staff Aidah, farah & Teha serta staff di Dialisis Islah yg bersama menjaga mama & Uruskan arwah mama.Terbayang selalu mama suka sangat makan sedap sedap , bila dia makan dia nampak happy. Mama suka sangat kucing. Kalau nak bawak dia keluar dari rumah lama sikit dia risau kucing dia tak makan. Last year raya mama request nak Makan soto ayam , so rina masakkan..video mama makan sambil puji sedap akan jadi kenangan terindah buat Rina. Tahun ni raya tak sama lagi mama telah pergi di jemput Allah SWT yg lebih menyayangi mama. Tenanglah mama di alam yang abadi. Ina jua akan menyusul nanti .Moga segala amalan mama di terima Allah dan bertemu kita di syurga firdaus. Rina terlalu merindui mama. AL FATIHAH..HAJAH NORHAYATE BINTI FATIMAH.😭😭😭 18/3/2020.

A post shared by Serina Datuk Redzuawan (@serinaredzuawan) on

Cukup panjang luahan yang diberikan oleh Serina Redzuawan di laman Instagram khusus untuk ibu tercinta. Para peminat dan rakan selebriti tidak ketinggalan untuk mngalkan kata-kata semangat untuk dirinya agar dia bangun dan terus kuat menjalani kehidupan.

Walau berbagai dugaan yang datang menimpa Serina dan keluarga, diharapkan dia dapat bangkit dari kesedihan dan menjadi wanita kuat di masa hadapan untuk keluarga dan anak-anak khususnya. Semoga arw4h ibu Serina ditempatkan di kalangan orang yang beriman amin.

Sumber: Instagram Serina Redzuawan

Artikel ini disediakan oleh informasiviral. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.