Mak mrtua pminat stia kdrama, bengang xdpt ikut bcuti ke korea. Ditmbh btu aapi kak ipar, akhirnya kami bcerrai

Foto sekadar hiasan. Assalam semua pembaca. Maaf jika saya gunakan medium ini untuk meluah perasaan. Saya bekas penuntut UIA, graduasi pada tahun 2007. Saya baru bercrai dengan suami dua minggu sebelum bulan Ramadhan. Saya redha jika dah tertulis jodoh kami hanya setakat itu sahaja. Bukan niat saya nak mengaibkan namun diharap apa yang saya ingin tulis dapat dijadikan iktibar buat diri saya sendiri dan orang lain.

Saya berkahwin dengan suami 3 tahun lepas, di mana ketika itu kami berdua sudah mempunyai kerjaya stabil. Suami saya bekerja sebagai guru di sekolah rendah dan saya di sebuah syarikat swasta, pendapatan saya lebih tinggi daripada suami tapi suami tetap beri duit belanja kepada saya.

Jujur saya kata, ex suami saya seorang yang baik dan bertanggungjawab. Bila saya cakap bertanggungjawab, ex suami memang akan melebihkan keluarganya sendiri.

Pada mulanya saya sangat bersyukur sebab ex suami tidak lupa tanggungjawab pada ibu dan keluarganya namun semuanya berubah selepas saya kenal sendiri bagaimana perangai mereka.

Sekali lagi, bukan niat mengaibkan. Begini, pada mulanya selepas kami berkahwin, ex suami mengajak saya tinggal di rumah keluarganya atas desakan ibunya.

Ex suami merupakan anak kedua daripada 4 orang adik beradik, kakaknya sudah berkahwin dan mempunyai dua org anak (juga tinggal di rumah ibu mertua saya), dan dua adik-adiknya seorang di kolej dan seorang masih bersekolah.

W/pun keberatan, namun saya ikutkan juga dan berfikiran ada baiknya boleh mengeratkan hubungan dgn ibu mertua saya.

Long story short, bermulalah satu-satu perkara berbangkit. Pertama, sejak kami masuk di situ, ibu mertua, kakak ipar & abang ipar mula lepas tangan dalam soal belanja rumah.

Pada mulanya, saya sangat tidak kisah sebab gaji saya dan suami mencukupi untuk menanggung belanja rumah mertua saya spt barang basah, duit dapur, bil elektrik & air.

Mereka juga minta dipasangkan wifi dan astro di rumah tersebut (sebelum ini tiada) Kami berpakat memperuntuk RM1000 untuk kesemua tersebut. Kami juga menanggung adik-adik suami yang masih belajar. Namun, lumrah manusia, tidak menghargai malah tamak.

Konflik pertama apabila kakak ipar & suaminya mula mengharap pada saya dan suami soal biaya anak-anak mereka (9 & 12 tahun).

Kakak ipar tidak bekerja, suaminya pula sangat malas bekerja, ex suami saya pernah beritahu abang iparnya selalu bertukar-tukar kerja, sama ada dibuang kerana selalu ponteng dan tidur di rumah.

Sekarang suami kakak ipar mengambil upah menolong kawannya menjaga gerai pasar malam. Isunya, mungkin bagi mereka kami bergaji tinggi jadi tidak salah meminta tolong,

saya pun pada mulanya kesian memikirkan kesusahan mereka namun makin lama makin naik lemak sampaikan suami abang ipar mula minta duit setiap minggu daripada kami termasuk duit rokok, minyak, topup dan pernah minta juga dibelikan telefon baru.

Suami mula tidak gemar dan pernah ‘sound’ abg iparnya namun kakaknya marah dan cakap suami kedekut, ibu mertua juga mula berkata suami berkira dengan adik beradik dan pernah menuduh saya yang menghasut suami.

Demi Tuhan, saya tidak pernah melarang suami menolong adik-beradiknya namun saya perasan kakak ipar dan suaminya suka mengambil kesempatan. Sudahlah menumpang di rumah ibu, tidak keluarkan satu sen pun untuk apa-apa sejak kami pindah masuk (sebelum ini pun mengharap pada duit pencen arwh ayah suami).

Kemuncaknya apabila seperti mereka mengajar anak-anak mereka meminta duit sekolah pada saya. Saya akan berikan namun semakin lama anak-anak mereka juga berharap pada saya untuk duit sekolah mereka, duit tuisyen, buku, yuran, baju sekolah dan semua.

Pernah satu hari, anak mereka yang darjah 6 pulang sekolah dan cakap sekolahnya buat lawatan ke Langkawi dan perlu bayar RM120 untuk menyertai.

Dengan selamba mak ayah dia cakap “mintak dengan cikngah (saya), mintak RM500 sekali duit belanja and mak nak pesan barang jugak alang-alang pergi sana” saya yang mendengar di dapur mula rasa menyirap, kerana senang-senang kakak ipar saya cakap macam tu.

Anaknya datang dan cakap ‘cikngah, nak RM500 esok, ada lawatan.” kemudian terus berlalu. Suami saya ada masa tu and cakap pada kakaknya kalau anak dia nak pergi mana-mana, dia dan suami la bertanggungjawab, jangan mengharap kat orang.

Kakak ipar tarik muka, bila suaminya balik, dia mengadu dan terus jadi bertekak dan dikatakan kami berkira. Saya taknak suami saya bergduh jadi saya berikan juga RM500 pada anak buah saya tu.

Sebenarnya banyak lagi, terlalu panjang. Ibu mertua saya juga sangat suka dibelikan macam-macam, saya tak pernah menghalang suami saya berbelanja pada ibunya namun mertua tidak pernah puas.

Pernah sekali saya beli beg tangan untuk diri saya dengan duit saya sendiri, bila mertua nampak dia cakap dengan suami saya kenapa belikan kat saya dan tak belikan pada dia juga, suami terangkan yang saya beli dengan duit saya sendiri dan mertua terus marah saya dan cakap saya membazir,

lebih baik beri pada dia buat beli barang rumah, sedangkan apa ayng kami beri lebih pada cukup. Paling saya maarah, syarikat saya berikan saya bonus dalam bentuk percutian atas prestasi kerja beberapa bulan lepas atas tender yang berjaya.

Percutian 4 orang ke Korea, jadi saya decided untuk bawa suami, ibu saya dan adik saya. Mertua sangat marah sebab tidak bawa dia (mertua suka tengok kdrama), marah yang melampau sangat sampai cakap saya menantu tak sedar diri, berkira dengan dia, pergi bercuti tak ingat mak dah macam-macam lagi.

Ditambah lagi dengan batu api kakak ipar yang turut tidak puas hati pada kami. Tapi masa tu saya dah tawar hati dengan mertua and kakak ipar jadi saya terus je pergi bercuti dua minggu dengan suami, ibu dan adik saya.

Tapi apabila balik, saya tetap belikan macam-macam buah tangan untuk mereka. Mereka masih lagi perli saya dan cakap macam-macam di belakang saya.

Kemuncak semua perkara ini adalah perangai kakak ipar & suaminya. Mereka ada sebuah motor sahaja untuk urusan transport, itupun sebenarnya ihsan arwh ayah mertua. Digunakan suami kakak ipar untuk pergi kerja.

Saya dan suami mempunyai 3 kereta, 1 milik suami dan 2 milik saya. Saya beli viva second hand ketika masih menuntut di UIA ketika itu menggunakan duit hasil kerja part time dan sebahagian duit biasiswa untuk memudahkan saya belajar ketika itu.

Tahun kedua kerja, saya beli kereta baru yang lebih selesa. Saya bercadang memberikan kereta viva tu kepada adik perempuan saya (18 tahun) selepas dia siapkan lesen dan masuk universiti.

Kakak ipar dan abang memang selalu pinjam kereta viva tu untuk mereka anak beranak dan saya tidak kisah pun, cuma lama-lama mereka buat seolah-olah harta sendiri pula. road tax, minyak masih harap saya yang bayar.

Kakak ipar suruh ibu mertua cakap dengan saya supaya berikan kereta tersebut pada dia dan suami. Ibu mertua juga suruh begitu, namun saya cakap baik-baik tidak boleh sebab dah janji dengan adik.

Ibu mertua dan kakak ipar cakap saya tidak mahu menolong sesama ipar. Bagi saya, kalau nak, usaha lah, jangan nak semua benda free, lainla mereka cakap mereka nak beli daripada saya.

Bukanlah saya kedekut, tapi hasil penat saya ikat perut zaman universiti untuk beli kereta tu supaya memudahkan saya bergerak, saya taknak adik saya rasa susah macam saya, sebab tu saya janji nak beri pada dia.

Kemuncaknya, saya dah beritahu mereka saya akan balik ke rumah saya dah akan bawa kereta viva tersebut untuk beri pada adik saya. Mereka cuma diam jadi saya rasa tiada masalah.

Saya nak balik pada hari jumaat, pada hari rabu itu, bila saya balik kerja, saya tengok kereta viva saya tiada, saya assumed kakak ipar dan abang pinjam la kot untuk pergi mana-mana. Saya tak kisah.

Esok pagi nak pergi kerja, kereta masih tiada, saya dah tak sedap hati, balik kerja tu, saya tengok masih tiada. Saya tanya ibu mertua saya, mana kakak ipar dan abang? Pinjam kereta ke? Ibu mertua dengan selamba cakap “oh diorang dah balik kampung abang ko kat kelantan, tak tahu balik bila.

Ko pun bagi-bagi je la kereta tu kat diorang, kesian diorang takde kereta, jangan berkira sangat, ko banyak duit tak berkat hidup ko kedekut.”

Drah saya menyirap, dan masa itulah saya terlalu marah. Rasa dipergunakan jadi saya marah ibu mertua saya dan kami berperang besar.

Saya cakap ibu mertua saya ambil kesempatan, rumah ni pakai duit saya, dengan nak membela anak-beranak kakak ipar dan abang macam biawak hidup, dan saya terus ditampar ibu mertua.

Saya dah tak tahan, saya kemas barang saya, saya cabut semua wifi rumah dan panel astro. Bukan saya berkira, namun saya dah tak tahan sangat. Masa pergi bercuti di Korea baru ini pun, ibu mertua perli ibu saya cakap ibu saya kolot, buat malu je bawak pergi luar negara, selekeh dan macam-macam, namun saya sabar.

Kali ini mereka melampau sangat buat lari kereta yang saya nak bagi pada adik saya. Saya callkakak ipar banyak kali namun tak berjawab, message berpuluh-puluh kali tak reply, whatsapp dia bagi saya bluetick.

Last-last saya message kalau esok diorang tak balik bawak kereta saya, saya akan report polis mereka curi. Terus kakak ipar saya call and marah-marah cakap diorang pinjam je and macam-macam. Tapi saya dah skit hati dah dengan keluarga suami saya.

Masa ini, suami saya takde, dia pergi ikut lawatan sekolah 3 hari jadi guru iringan. Sebab itu mertua and kakanya berani sangat, sebab suami saya takde. Esoknya, kakak ipar, abang dan anak-anak diorang balik and kakak ipar seraang saya, tampar saya tarik-tarik saya dengan suami nya tengok je dan cakap “bagus, bagi je penampar, sepak je betina macam ni”.

Mertua pun takde langsung nak meleraikan. Mujurlah masa itu, sempat-sempat suami saya balik dan bila dia tengok keadaan macam tu, dia dah naik gila and tarik kakak dia and bertumbuk dengan abang iparnya.

Mertua pegang suami and cakap saya punca semua benda and macam-macam fiitnah keluar seolah-olah saya lah paling jahat, berkira dan semua benda.

Suami tarik saya masuk bilik and masa itu suami cakap dia ikut saya pindah. Saya masa itu dah tawar hati dengan semua perkara dan selepas dua minggu saya fikir masak-masak di apartment baru saya, saya called suami and minta dia lepaskan saya cara baik, sebab saya dah tidak mahu ada kena mengena dengan mertua, kakak ipar dan abang ipar saya lagi.

Dah tak sanggup. Suami pujuk namun akhirnya dia juga terpaksa lepaskan. Kami bercrai secara baik, tanpa anak. Ex suami lepas kejadian itu pindah keluar dari rumah ibunya dan menyewa di tempat dekat dengan sekolah tempat dia kerja.

Saya pun dah ada apartment (sewa beli) sendiri dan sedang cuba bina hidup baru. Tolong doakan saya semua, semoga saya kuat.

Pesanan saya, sebelum berkahwin selidikla juga keadaan keluarga bakal pasngan kita, berkenalan la juga dengan adik-beradik mereka, tahu latar belakang mereka sedikit. Salam semua, maaf post ini terlalu panjang, ini pertama kali saya meluahkan. Harap dimaafkan.

Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet

Nur Eika, Bila bc kisah ni mmg mrh dgn sikap mertua, kakak ipar & suami nye. Mmg x sedar d untong. Mcm sy…lbh kurang jg, tp x la seteruk kisah ni. Sy & suami dlu duk 1 umh dgn adk bradik suami…sume nye 4 bradik, sorg da de umh sndri.

Sblm ni, suami yg tlg dr segi kwangn umh tu. De jg abg ipar pn tlg jg. Adk laki & istri nye x kuar duit sgt. Mula2 dlu biras pmpn sy tu nmpk baik….ye la, suami sy msh tlg lg ms tu.

Smpai kn dorg nk wat loan, gn nm suami. Sbb nk idup class gitu. Tp adk ipar keje biasa je, slalu jg absent. Istri nye lak sblm ni keje. Slalu jg b’lagak bila de duit lbh kit. Tp bab tlg sm2 hulur duit byr bil ni, plg mngelat.

Bkn b’kira, tp sm2 tlg sbb msg2 bkn org sng. Al-kisah nye bila biras mula b’enti keje…dia mula nmpk kn prangai nye kit2. Serba serbi dia jd mls. Sy & suami b’keje, mmg x de ms sgt urus kn umh + de ank kcik lg.

P’grkn sy kt umh tu pn t’batas sbb malu dgn abg ipar & adk ipar laki + pnt b’keje. Sblm ni bil air umh tu, suami yg byr. Smpai kn sy da pegnen 7 bln, suami mula stop byr sbb nk saving utk ank ktorg. Bil air umh tu pn dlm 100++.

Dorg slalu mngelat nk byr, mcm2 alsan nye. Bila suami da mula x tlg dorg, x jd gerento dorg….dorg mula x puas ati. Sy ms tu x tau mnahu hal ni, suami pn x citer sgt. Tb2 de suara2 bkata, sy control suami…smpai x mo tlg adk bradik.

Sy t’cengang jg ms tu. Tp abai kn & msh b’sangka baik dgn adk ipar & istri. Smpai la dorg mula buat plan utk halau ktorg dr umh tu. Sblm tu sy prnh ajk suami pndh, tp suami x mo sbb rs tnggungjwb pd adk bradik, amanah dr arwh mertua.

Sy pn diam kn je lps tu. Tp rupa2 nye biras plan nk kn umh tu…+ nk buat sume sdara & adk bradik suami benci & mrh kn sy. Mcm2 dia kutuk & fiitnah sy. Konon nye, dia mngsa & sy yg aniaya dia.

Smpai dia sanggup maaki hamun sy dlm umh. Tp kt luar, dia jd lemah lembut & buat muka sedih. Sy lak diam je sbb mls nk jd kn hal ni b’tmbh rumit. Dia x puas ati bila tgk sy msh cool & x mrh dia lik.

Sdng kn sy pk….nape sy nk mrh lak sbb bkn slh sy. Rupa2 nye tu pn slh 1 plan dia. Bila sy mrh or seraang dia, lg m’nmpk kn dia d aniaya & sy la yg jht. Sy terus diam kn dri….smpai la sy & suami da pndh dr umh tu.

Ktorg bw brg2 suami t’masuk la peti ais & mesin basuh. Umh tu de 1 je mesin basuh. So…biras jd bengang bila ktorg bw brg2 tu. X tau la pe dia ckp kt adk ipar pmpn sy smpai kn adk ipar gduh dgn suami. Sy jd serba slh jg, tp suami srh abai kn je. So….sy diam kn je la.

Sy pn br tau….dia fiitnah sy kt sedara2 suami sy. K’byk kn dorg bila nmpk suami sy, perli2 suami sy. Bila nmpk sy lak, jeling2 pastu buat muka mnyampah. Sy diam kn je sbb nk jaga ati suami. Skrng dia plan nk pecah belah kn family suami sy.

Abg ipar sy tau sume nye, tp dia jenis mls masuk campur. Sy pn x nk dia t’libat sm….sbb sy s’mau2 nye x mo adk bradik suami b’gduh. Smpai skrng sy msh diam kn je dgn pe yg biras sy buat….sbb sy yakin 1 hr t k’benarn akn t’bukti jg. Insyaallah….Amin…

Nur Liana, Ingat dlm drama melayu je ad k3s mcm ni..reality nye mmg wujud org org macam ni..semoga sesiapa yg dalam proses nk berkahwin atau sdg mencari psngn, mibta dijodohkan dengan Keluarga yg soleh.

Yang tahu didikan n ajaran agama yg betul. We should take lesson from this sister. She had a lot of courage to write and tell us all of her paains.

Semoga sis dapat kehidupan yang lebih baik didunia dan diakhirat. Doa la Bbnyk sis di bulan ramadhan ni, moga Allah bg sis kehidupan yg bahagia.

Azleen Shafina, Yes. Read this till da end. Yes..im one of ex iium student too. Da fact that you are div0rced is one of the hikmah. Segala yg berlaku dlm hidup ni adalah ujian dr Allah.

Dlm bentuk senang dan susah. Masa sis senang dan punya kekuatan, sis mampu bertindak dan jln keluar mohon crai. Kalau ada sambungan cerita mcmana pulak kisah si suami ye..kita takkan dapat merubah sesuatu tanpa usaha dan dekat2 dgn agama.

Doa dan nasihat dr org2 alim or pakar motivasi perlu juga kalau kita da x mmpu handle sebelum cari jln keluar. We are not perfect. We are human being. We need support from our surroundings. We do our best to serve Allah and for our responsibilities.

Dari Dia kita dtg dari Dia juga kita pergi nnti. Kita akn tnggalkn juga semuanya. Mungkin sebahagian rezeki kita sebenarnya tuk hak org lain juga. Syukur dgn ujian ini yg mnjadikan kita insan yg tabah..all for Allah.. Inshaa Allah kita ok n move on. Allahualam.

Nur Azura, Saya tahu sis tabah…dan dpt buat keputusan rasional yg terbaik utk ur future. Nasihat sy, dekatkan diri dgn Allah dan byk2 baca quran dan ayat2 pendinding. Ipar duai dan mertua sis ni mcm manusia yg x berhati perut,malah x stabil.

Sy betul2 takut dorg bomohkan sis . Bkn nak takutkan sis,tp perkara hampir serupa pernah berlaku dkt kawan sy.

Mgkin lebih ter0k kerana siap dipecahkan cermin kereta semasa dia ada dlm kete tu..lps tu makin lama dia makin x sihat. Alhamdulillah sekarang dah ok slps berubat cara Islam.

Seri Hana, Walaupun suami xbersalah dlm hal ni, tp pencraian adalah jln terbaik sbb kita bukn nk hidup dgn suami dua org sj, mesti kena ada ikatan silaturrahim dgn keluarganya jgk. Drp berdosa berpanjangan (rosak hubungan dgn mertua, hati suami mesti slalu terhiris), baik berhenti setakat tu sj..

Lgpun hikmah xdak anak lg, sbb ksian anak2 klu ibubapa bercrai ni.. Semoga sis tabah menghadapi hr2 mendatang.

Hayati Turiman, Pd sy suami puan yg paling bersalah dlm hal ni.. adlh menjadi tanggungjawab suami menyediakan tempat tinggal yg selesa utk isteri.

selesa bkn setakat dr fizikal & kelengkapan rumah tp persekitaran yg selamat & tenang utk puan duduki.. dlm Islam juga tidak mengggalakkan adik beradik ipar duai tinggal sebumbung. sy x dpt bayangkan bagaimana puan menjaga aurat puan dgn kehadiran abang ipar dlm rumah tu.

memandangkan suami puan pon ambil keputusan utk tinggal berjauhan dgn keluarga slps bercrai .. sepatutnya ini dh dia lakukan lama dahulu & mungkin menyelamatkan rumahtangga kalian.

Lia Suhana, sy harap sis kuat n tabah. biawak hidup mmg susah nk jg. nak sembelih tak boleh. nk suruh buat keje pon xboleh. huhu tp itu pentingnya education utk mslimah. bgus family sis besarkan sis.. ade ilmu baik.. jd bila ade masalah mcm ni sis ade back up..

boleh hidup sndiri tnpa risau tmpat bergantung.. org ckp perempuan blaja tinggi2 pun duk dapur gak. betul. tapi kalau dapur buat hal mcm ni at least dia ade ilmu utk tukar dapur baru. kan. semoga hati sis tenang.

Siti Naimah, Bole duk serumah dgn mertua tp pastikan mertua shj..jgn ada adik beradik lain… Kdg2 punca2 ini LA jadinye…patut suami dh bole ajak duk tmpt lain ketika waktu makin melampau tu.. Bole je suami dan Puan kirim duit… Singgah2 je uma mertua.

kalo sy xsanggup duk sekali mcm tu.. Sb sblm ape2 tjadi baik pk panjang…alhamdulillah Puan tinggalkan mereka..sekurang2 Puan xrasa skit hati lg…

xpe Allah dh tetapkan jodoh Puan mcm tu.. Jika rujuk blk pun belum tentu mertua suke pun…byk k3s mcm ni… Sy doakan Puan ditemukan jodoh lg baik slps ni.. Untung bercrai xde anak lg.

Kay Roslan, Omg… hampir2 berada dalam situasi ini… belom kawin lg dah di kerah duit kita mintak pinjam.. dr mak dia sampai adik2 dia… bila dah bagi sampai skrg xganti2… syukur Allah masih syg putuskan kami…

Alhamdulillah dah berkahwin dgn org lain pun.. mak dan ayah mertua jauh xjumpa2 pun lg… so takder lah drama2 mcm ni berlaku. . But still ingatkan husband tuk hantar belanja tuk keluarga dia.

Hope sis tabah dan bertemu sinar akhirnya… tindakan tu bijak
.. tp mmg respect la boleh tahan 3 tahun… kalau sy setahun pun tak sampai kot.. sis mmg hebat orgnya.

Farah Nordin, Semua keluarga biawak hidup diberi hidayah dan diberi balasan setimpal dengan perbuatan kerana menganiyai awak.keputusan adalah yg terbaik inshallah…awak boleh saman kakak ipar awk sebab tampar awk.

Buat p0lis repot pergi hspital ambik report.Buat pengajaran bagi mereka…bukan nak menghukum tp kesedaran…sesunguhnya keluarga ini adalah tak tau malu…moga urusan awk dipermudahkan Sis.

Cik Yaya, My opinion is actually suami sis lemah. Sorry to say if sis terasa atau x setuju. 3 tahun tu lama, x kan dia x mampu berfikir untuk pertahankan isteri dia.

Kenapa biarkan isteri tanggung perbelanjaan rumah tangga akak ipar dia sekali? Lg satu suami sis kena jugak didik ibu dia supaya tak ambil harta orang. Nk atau x nk.

Wlaupun wajib hormat ibu, x bererti x boleh mendidik. Bab ipar sis tu patutnya suami dh fikir awal lg mcm mana nk settle. Bukan biar sis tanggung segalanya.

Suhana Anuar, Dah crai pandai plak si bekas laki ko tu cr rumah lain eh..klo la awal2 kawen lagi dah pindah cr rumah sndr x ddk ngan mak metua mesti bende2 mcm ni xjd..menantu ngan metua ni biase la.

duk sbumbung sehari dua molek la..klo dah bertahun ko menapak sebumbung ngan dia jgn harap la ko nk jd menantu kesygn..ade je yg tak kene di mate dia.. berbulu je bijik mate tu nengok ko..

nsht hakak pd adik2 yg baru berumah tgga tu cepat2 la ko blah cr rumah sndr sblm prang menantu vs mertua meletus.

Apa pula kata dan pendapat anda. Jangan lupa kongsikan di ruangan komen