Mak mertua merajuk tak bawa ikut honeymoon, tak sgka balik dari bulan madu mertua balas dndam

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalamualaikum wbt. Sebelum itu, tujuan aku bercerita disini bukan untuk membuka aib sesiapa pun. Aku hanya ingin meluahkan apa yang terbuku dihati dan meminta sedikit pandangan orang lain. Mungkin masalah aku tak sebesar orang lain tapi cukup buat aku terkilan dan keliru. Sungguh semasa aku sedang menaip ini tujuan aku hanya satu itu.

Nama aku Zara (bukan nama sebenar), berasal dari salah satu negeri di semenanjung. Aku berkahwin dgn suamiku sudah hampir masuk 2 tahun dan pada ketika itu aku berusia 25 tahun dan baru sahaja bekerja, kini aku berumur 27 dan suami tua setahun.

Kami tinggal di KL dan belum dikurniakan cahaya mata. Apa yang ingin aku cerita ialah mengenai ibu mertuaku.

Sebelum berkahwin, aku pernah berapa kali ke rumah family bakal suami aku masa tu dan apa yang dapat aku nampak family dia memang dari yang baik2 dan sederhana.

Ibu suami juga sgt baik kepadaku ketika itu. Tapi selepas saja kahwin, aku dapat lihat sisi yang bg aku kurang menyenangkan tentang ibu mertuaku.

Pada awal perkahwinan, kami suami isteri terpaksa tinggal hampir setahun di rumah mertuaku atas sebab apa, biar aku sendiri yang tahu. Mulanya aku okay saja kerana aku juga berkerja ketika itu jadi masa ku banyak di luar kecuali hujung minggu.

Ibu mertuaku sering kali masuk ke bilik kami tanpa mengetuk pintu, tiap kali subuh dia akan mengetuk pintu dengan kuat dan menyuruh kami bangun seperti anak kecil untuk solat subuh.

Sedangkan masa tu aku sudah celik. Jika suami outstation, dia akan mengetuk dengan kuat tanpa suara dan terus masuk bilik dia.

Sedar aku hanya menumpang, jadi aku banyak menolong dirumah walaupun agak penat dengan urusan kerja tapi itu juga tanggungjawab ku sebagai anak.

Aku juga tidak mahu dilihat goyang kaki saja. Ibu mertua ku agak alim orangnya, tapi apa yang aku lihat dia agak suka merendahkan orang lain tapi agak sensitif bila dia diperlakukan sama.

Pernah dia mengutuk fizikal abg aku sambil ketawa dan berkata “sorry ya mak cakap tapi muka abg kamu lain lah dari kamu mak ingat dia anak siapa hahaha” dan pernah juga dia mengutuk gelakkan ayahku kerana “bergigi palsu” tapi rupanya dia juga “bergigi palsu”. Itu pun sebab kantoi aku masuk bilik dia nak ambil barang.

Jujur aku agak terasa dan pelik dengan perlakuan dia terhadap. Dia juga memaksa aku untuk kelihatan dan berpelakuan sempurna di depan saudara belah suami.

Dia juga banyak “control” cara aku pegang gelas, cara aku cuci pinggan, cara aku kemas rumah mcm2 lg. Dan paling pelik, pernah aku hanya berselipar nak keluar rumah sebab nak ke kedai terdekat dan dia suru aku menukar ke sepatu yang “elok sikit”.

Kemuncak aku agak kecewa dan marah bila sudah setahun berumahtangga, dia asyik memberi hint tentang hal anak. Aku cuba husnuzon kata dekat diri sendiri yang dia cuma “concern”.

Tapi satu malam ini, aku teka mungkin dia dah bosan tanya pasal anak dekat aku tapi no progress, sedang suami aku berbual dengan adik beradiknya tentang hal kerja dan suamiku ada ter “mention” nama kawan sekerja dia,

Z (bukan nama sebenar), dan ibu mertuaku terus bertanya sama ada Z suda kahwin atau belum. Suamiku menjawab sudah. Dan mertuaku terus bertanya “dia dah ada anak ke?”……..

Masa tu aku dah rasa lain. Dia bukan kenal pun siapa Z. Kenapa ditanya soalan begitu depan aku? Sengaja nk aku terasa ke? Aku agak sedih marah kecewa.

Ingin sahaja aku menjerit, mak orang beragama, takkan tak tahu rezeki anak tu urusan Allah??Aku beristighfar. Malam tu aku menangis gila-gila tanpa pengetahuan suami. Aku pendam.

Setahun selepas itu, kami suami isteri pun berpindah keluar. Tidak la jauh dalam 15 minit drive dari rumah mertua. Jadi kami adalah membeli barang2 rumah yang tidak lengkap dirumah baru.

Itupun kami berkongsi duit. Namun, setelah ibu mertuaku tahu yang barang rumah kami masih baru2 dan bagus, dia meminta suamiku untuk membeli barangan yang sama bukan satu tapi lebih. Jumlahnya saja cecah ribu ribu.

Suami tidak membantah dan aku tidak juga menegah kerana tahu itu tanggungjawab dia. Tapi yang aku tahu barangan rumah dia masih sgt elok. Berapa bulan selepas itu bila tahu kami ada lagi beli barangan tambahan, dia minta lg suamiku untuk membeli yang sama. Aku hanya diam.

Ayah mertuaku masih bekerja. Dan yang aku tahu ibu ayah mertuaku banyak duit simpanan ditambah lagi suami dan adik beradiknya memberi tiap bulan. Walaupun sedikit tapi atas kemampuan masing dan sgt2 cukup.

Air elektrik pun bukan mereka yang bayar. Tapi ibu mertuaku agak boros membeli barang2 rumah atau “online shopping”. Sampaikan pernah berapa kali dia meminta suamiku untuk membayarkan bulanan keretanya.

Pernah juga dia merajuk sebab suami pergi “honeymoon” dengan aku dan berkali-kali bagi hint yang dia nak follow lain kali. Adik beradik suamiku jangan ckp la.

Hanya batu api saja mentang2 kami belum ada anak jadi kami dikira “tak banyak tanggungjawab, banyak duit”. Sedangkan kami hanya makan gaji buta.

Balik kampung aku pun sgt jarang walaupun hanya 3 jam lebih drive. Tapi aku cuba faham sebab jauh and tak ada masa. Lagipun ibu dia yang akan tentukan and bertanya itu ini.

Aku cuba husnuzon dan berbuat baik dengan ibu mertuaku. Tapi dari hari ke hari aku nampak yang dia semakin cuba untuk mencari salah aku. Aku juga tahu yang dia ada mengadu perangai aku dekat yang lain2. Perangai apa?

Allahualam. Aku muhasabah diri and cuba cari salah aku dekat dia. Tapi aku rasa aku layan dia sama macam orang lain layan dia. Hormat dia.

Tapi aku hanya diam dan tidak memberitahu suami. Jujur aku bertahan selama ni untuk sabar adalah kerana suamiku. Aku agak hormat dia dan taknak dia bergduh dengan mertuaku.

Dan aku juga tidak mahu dia fikir yang aku tidak senang dengan ibu dia. Aku tgk adik/kakak/abg ipar aku punya suami/isteri agak tegas, patut ke aku tunjuk tegas aku juga?

Tolong bagi aku pendapat? Hmmm Doakan aku terus sabar dah berfikiran positif. Doakan juga aku dikurniakan zuriat ye.

Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet

Raihana Roslan, Awk.. X de siapa yang sempurna tanpa ujian. Mcm sis dikurniakan suami yang baik tapi ada ujian dgn mak mertua. Ada org mak mertua baik tp suami selalu buat hal. Ada juga perkahwinan x restu.

So ujian org lain2. 1st sis kena bersyukur dengan apa yang sis ada skrg. 2nd sis kena anggap mak mertua mcm mak sendiri. Kalau mak mertua tanya pasal anak, cakap je, mak doakan ye. Mana tahu doa mak makbul.

Mst dia senyap. Then.. X pe sekali sekala bwk mak mertua pergi jalan, dekat2 pn x pe sis, klu duk kl bwk g genting ke. Then sis cuba jd pendengar yg baik. Kalau dia tegur, sis cakapla yela mak nnt org cuba buat tu lepas ni,

sedangkan mak kita pn selalu tegur kita sbb dia syg kan, sis cuba ambil hati dia bagi hadiah ke yg murah2 pn ok sis. Saya doakan semoga dipermudahkan segalanya pada sis.

Izaty Ibrahim, Sabar sis. Dengan ibu mertua mmg menantu cenderung utk cpt sensitif. Tp sbnrnya ibu mertua tu xde niat lebih2 pon. Sekadar begitu kerana dia org tua. Ketuk pintu pagi2 utk solat mgkin krn mmg begitu tabiatnya dr dulu. Dia concern. Tp kurang sensitiviti sikit.

Abaikan kerana dia orang tua. Apa kata sis byk buat x tahu saja, masuk tlinga kanan kuar tlinga kiri..jgn amik hati sgt dgn mak2 ni. makin tua mmg makin kurang sensitiviti sikit sikapnya. Sabar jelah..kita pon bakal jadi mak2 yg tua jugak.

Nadiah Yatim, Beralah la dgn orang tua. Bukan mudah untuk seorang ibu berkongsi kasih anaknya dengan orang lain. Dia minta itu ini, sebenarnya nak perhatian dari anak2. Kita sebagai menantu, support mana yang boleh. Dia nak ikut pergi bercuti, mungkin sebab tak ada yg menjemput sebelum ni.

Kalau semua anak menantu nak bertegas dengan orang tua, apa nilai ibubapa yang membesarkan kita dan pasngan dimata kita.Lagi kita jaga hati dan hubungan dengan mereka, lagi berkat hidup kita.

Mungkin sekarang tak nampak kebaikan nya. Tapi yang pasti, akan datang awak akan rasa. Ibubapa mertua ni, nilainya sama macam ibubapa kita sendiri. Yang penting, sabar banyak2.

Aziera Hamsa, Kalau penulis dah banyak kali ambik hati mertua..tapi mertua buat tak nampak..macam ni lah..biar lah dia nak cakap apa yg tak elok kat belakang penulis…kita buat tak tahu je..hadkan balik ke rumah mertua.

kalau ipar2 pon jadi batu api..hadkan hubungan dengan diaorg…biarlah diaorg cakap kita smbong ke apa ke..penulis jaga hubungan dengan suami..pasal anak…in sha allah ada rezeki tapi belum masa…semoga penulis tabah…jaga hati sendiri dulu dari jaga hati org lain.

Nora Zira, Sis org tua memang cerewet.. Sama2 kena paham kita baru jadi anak dia.. Cara dia besar kan anak2 Dan cara parent kita besar kan kita berbeza.. Mana mungkin kita nak ubah cara kita yg dah bepuluh tahun hidup dalam masa setahun dua.

Mungkin sis boleh pejam kan mata dgn perangai dia.. Jgn terlalu expose kehidupan suami isteri pada dia.. Nak beli apa nak p mana Cuba diamkan.. Bila dia Tanya baru bagi tahu.. Pasal anak kita positive ja.

Rezki bukan di tangan kita.. Tp sis kena paham juga sebagai ibu di nak yg terbaik untuk anak dia.. P check up.. Kalau result menunjuk sis suami isteri subur kata kata dia..kita sama2 tunggu rezki Allah ya mak.

Indra Putra, hantar surat layang kepada ibu mertua awak tu. hanya perlu taip dan print senarai, 1. ciri2 ibu mertua yang menyusahkan anak menantu. 2. ciri2 isteri/ibu yang menzalimi suami dan anak menantu. 3.ciri2 ibu mertua yang merosakkan rumahtangga anak menantu. 4.

ciri2 ibu mertua yang berkelakuan buruk wpun terlihat kuat beribadah. poskan dalam 4 sampul surat yang berlainan. bukan dalam bentuk karangan. cukup sekadar senarai semak dengan ayat pendek.

Lepas tu, buat tak tahu. jangan mengaku yg awak yg hantar. just seronok jer tgk drama yang akan dan bakal berlaku.memanglah menantu yang akan di syaki. why bother. selama ni dia jaga ke hati kamu?

Zaty Iman, Isu mak mertua nie mmg dari zaman batu dulu ada. Senang cerita mana2 pun akan ada isu kalau tak sikit, bnyak hahah. Tp senang je, buat tak tau jelah apa dia ckp. Kot dia ckp lebih2 sangat, cakap jelah maati tu pasti, bila2 boleh maati jd jaga la mulut tu.

Kalau taknak selalu s4kit hati jarang2 kn jelah balik. Tp kalau anak dia nak balik takyah halang. Kita buat jela aktiviti yg kita suka kat rumah. Takyah sesakkan kepala dengan hal remeh temeh kn.

Rosma Wati, sampai skrg mak mertua masih lagi kejut subuh ketuk pintu walaupn dah 8 tahun kawin ok jer.. n masih xpunyai zuriat.. adat sedara or org bertanya.. yg penting positif n jgn pikir bnda yg bukan dlm kawalan kita..

supaya hati tenang.. xsalah nk down n sedih tapi kdg2 bnda yg mcm ni kalo dipikir mmg mcm2 jadi pikir selagi suami bertanggungjawab dan adil kpd keluarga dan keluarga mertua rasanya xse salah pn.

Yana Aziz, Sy rasa jiwa sis ni rapuh sgt sbb masih belum berjaya dpt zuriat. Sabarlah sis. Anugerah Allah itu pasti akan tiba. Nak preggy tak boleh stress2. Jauhkan diri dr punca stress dan t0xic people.

Jgn kisahkan mil tu sgt. Make sure suami awak faham apa yg awak nak. Dan make sure dia sama brain wave dgn awak. Itu paling penting.

Apa pula kata dan pendapat anda. Jangan lupa kongsikan di ruangan komen