Mak mertua kolot, pantang itu ini. Dia bising klu tak berdoa dulu sblm masuk rumah

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalam semua pembaca, maaf kalau terpaksa luah kat sini. Nak minta nasihat pada yang sudah berumah tangga dan ada ibu mertua. Saya ada seorang ibu mertua yang memang kekampungan. Ada saja pantang larang walaupun ada yang point tu ridiiculous.

Dahulu waktu mula berkenalan dengan suami, saya tak tahu pulak yang maknya agak kampung pemikiran. For your information, saya memang anak bandar. Both my parents memang asal KL damansara so memang kami agak moden pemikiran.

Jumpa husband waktu zaman uni, benarlah orang cakap cinta tu buta kan? husband baik orangnya, solat semua memang lengkap, waktu bawa dia datang rumah memang my dad agak janggal dengan dia.

Waktu makan pun dia siap angkat tangan doa kuat-kuat. Waktu nak solat memang dia ringan mulut nak ajak semua orang berjemaah. Bukannya kami tak solat, tapi memang jarang kami berjemaah sebab semua busy dengan kehidupan masing-masing.

My youngest sister memang annoying dengan husband sejak dulu lagi. Apa saja dia pakai memang my husband tegur. Saya dah tegur husband, my family dia tidak perlu nak campur. Takut nanti dia akan dipulau kerana terlalu ringan mulut.

I love my husband so much, tetapi kerana dia terlalu ringan mulut menyebabkan my family rasa tidak selesa dengan kehadirannya.

Waktu dia first time bawa saya balik ke kampung, memang culture shock. I almost batalkan majlis kami sebab merasakan kami terlalu berbeza. Tetapi mungkin jodoh kuat, kami tetap teruskan perkahwinan.

Permulaan dirumah sendiri tidaklah susah mana. Walaupun saya moden life, saya pandai memasak dan mengemas, suami hanya balik kerja dan uruskan hal-hal kebersihan diluar rumah.

Tapi kadang-kadang agak stress dengan dia kerana setiap kali solat, dia memaksa saya untuk berjemaah bersama. Kadang kita letih, just nk solat sendiri dan rehat, tetapi bab itu dia cukup susah untuk fahami.

Bila balik ke rumah mertua, jadi satu hal, ada saja yang tak kena, pantang itu ini, dari dekat pintu rumah lagi kena berdiri berdoa dahulu lepaskan kena langkah dengan kaki kanan, kalau tak, mak mentua akan bising. Rumah pulak rumah kayu.

Pernah sekali saya usulkan untuk ubahsuai ke rumah batu, tetapi mertua taknak. Nak pasang aircond pun dilarang. Punyalah panas sampai tak boleh tidur, tu tak cakap lagi hal nyamuk, serngga semua.

Lepas tu anak-anak perempuan kena bangun pkul 5.30 pagi. Kena pastikan air dijerang dahulu, kononnya itu permulaan pagi. Dapur kena berasap.

Lepas solat berjemaah sama-sama, kena siapkan sarapan, semua perempuan kena duduk didapur siapkan segalanya. yang lelaki akan ke msjid utk berduha.

Memang kolotkan pemikiran mereka, bagi mereka perempuan ni kena duduk didapur, kalau tak berasap dapur tu macam tak elok katanya. Its ridiculous for me. Bukan malas, tapi pemahaman macam tu kena diubah takut jatuh syirik.

Bila abis masak, wajib masuk lantai semua, sedangkan sekali guna bukannya kotor pun. Nak maghrib je semua tak boleh keluar rumah, pintu tingkap pun takboleh dibukak, dah la panas, tak tahu la nak explain mcmana.

Dek kerana tak tahan dengan keadaan macamtu, saya selalu usulkan kami tinggal di hotel je bila balik kampung. Mulalah mentua masam muka. Memang hidup kami semua takboleh nak utamakan keselesaan. Suami pun mulalah bising cakap saya terlalu manja.

Salah ke kalau saya inginkan keselesaan, dia patutnya hormati saya sebagai isteri, apatahlagi rimas nak bertudung 24 jam dirumah. Dah la terlalu banyak pantang larang sehingga saya rimas.

Sekarang saya tidak bercakap dengan husband kerana hal tersebut. Adakah saya dikira derhaka? Bagaimana ingin mengubah cara hidup mertua yang terlalu kolot?

Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet

Huda Kamal, Hmmmm….confessor ni yg kolot sebenarnya. Sangat2 kolot … moden sangat kununnya.

Bab aircond tu mungkin la keluarga mertua ni kolot….tp mgkn nk jimat kot…maklumlah org kampung. Rumah kampung ni malamnya sejuk. Sedap tido….lena. Sejuknya hingga menggigit tulang hitam.

Ya Allah….kumohon kepadaMu, jgnlah Kau berikan aku menantu kolot seperti ini. Minta dijauhkan Ya Allah…

Kurniakanlah aku menantu yang suka beribadah, menutup aurat dengan sempurna, menghormati ibu bapanya dan ibu bapa mertuanya serta seorang yang baik tutur kata dan tingkah lakunya….aamiinn….

Yati Misran, Astaghfirullah. Bila bc rasa kehidupan pn jauh dari Allah. Beruntungnya pn dpt suami yg sentiasa menghidupkan solat berjemaah di rumah. Islam itu bkn setakat pd nm, tapi semuanya.

Family mertua puan bkn kolot, tapi itulah gaya hidup org kampung mesti ke dapur awal. Jgn pandang semua negatif, dr situ syaitan menghasut secara halus. Pn mcm pandang rendah pd keluarga suami.

Cubalah cari sudut positif. kalau betul moden, maknnya pn kenalah semai sikap terbuka fikiran, bkn sebaliknya anggap mereka kolot. Teruskan berjemaah, walau mula2 berat, tapi insyaallah nikmatnya akn dirasai. Bersyukurlah krn dia suami kiriman Tuhan.

Farin Izati, Maaflaaa wlpn sy x penah kawin lg dan bukan la terlalu islamik mahupun moden sgt. Tapi sy rasa ini semua bukan kolot. Bagusla buat mcm ni. Confessor kena cuba la slowly adapt.. mungkin culture shock sahaja. In shaa Allah bole hadapi.

Cik Nadia, Eh solat berjemaah tu tak kolot ok. Yang aku setuju kolot is bab x pasang aircond je. Yang lain x kolot. Mmg betul lah apa mak mertua & laki kau buat.

Dah maghrib mmg bukan masa nk keluar rumah. Pintu tingkap mmg kena tutup. Masa org ready nk solat. Eh acah britney spears plak kau ni. Apa malang laki kau dpt kau ni.

Hannaz Fiza, This is not even a problem..org smpai ke makkah la doa nak dapat suami keluarga baik2 mcm ni. Belajar syukur.. byk org teringin suami selalu pimpin solat jemaah tau?

Modernization should follow Islam not the other way round. Tak ada hadis nabi yg kata by the time you reach 2020 ke 2030 pahala solat sendiri lagi besar dri jemaah.

Islam is valid for all times to come. But to be fair, aku paham whr you coming from tapi please look at the brightside.

Nisa Anuar, bab husband tegur tu i pun xsetuju. takut jadi melampau kan, sebab beza ya nak tegur adik sendiri yang dah kenal dari kecik dengan adik orang yang dah terang2 lain budaya dan cara pembesaran.

tapi seriously girl you are so lucky tau husband ajak solat jemaah bagai, ikut je lah. tolak ansur je lah bab lain tu, takde lah kolot mana pun aku rasa.

Nur Eika, Bagus la laki slalu ajk jemaah sama2.kan sebelum kawin sibuk dk fikir bakal imam kt mna,bersyukur la bila dpt. Memang patut la tutup pintu,tingkap waktu maghrib sebb ustaz selalu ckp itulah waktu syaiitan keluar.

mak ayah aku xkasi keluar merayap waktu ni klu ad yg dk main lg teruk mak aku berleter. Lepas selesai solat maghrib kami kena mengaji. Cam sama kolot la pulak. Sis cm dh lama tinggal dgn ratu elizebat yer.

Adibah Yusuf, tp mmg melampau pkl 5 paksa bangun dn terus x leh tidur bUat keje2 prmpuan. dh mcm asrama. org penat kerja. hujung minggu nk rehat. zmn skrg nk breakfast..beli kt luar jela weii..suma benda nk kena masak sndiri.. duit byk2 dpt hasil kerja tu buat apa..

tu la guna nya kerja. duit tu blh la mudahkan utk beli makanan kt luar..kalau nk jd tukang masak je..x pyh keje… jd tukang masak je utk sume org. aku plg x blh blah budaya yg suh prmpuan2 je memasak.

time raya elok je org laki pun turun dapur memasak… ni bkn zmn perang..prempuan duk dapur. laki gi perang.

Ilya Rasyid, sebab tu sekufu ni antara benda kena ambik kira kalau nak pilih pasngan.except kita sendiri boleh berlapang dada menerima perbezaan.kalau tak jadi camni la.patutnya awal2 lagi tt kena pilih lelaki moden yang ada rumah beraircond,makan guna sudu garfu,outing,lepaking sampai tengah malam,everyday order foodpanda

awak sendiri cakap awak dah dibuutakan cinta maka teruskan je la butakan mata.sebab awak sendiri pilih nak teruskan kahwin khenn.btw suami jenis ajak berjemaah tu ramai perempuan nak tau.ahaks.

Nor Asmarina, Ko yg kolot dik. Maghrib mmg la kena tutup tingkap semua,jin setan byk time tu. Apa yg ko cerita ni,family suami ko tak kolot. Mereka cuma ada tertib dan disiplin dlm kehidupan harian.

Malah,memang masuk rumah sunnah baca doa dulu. Tu semua ajaran dlm islam. So kesimpulannya,ko yg kolot sbb tak pernah tahu semua tu. Low minded,tak maju. Sekian.

Miza Norizan, Ni humble brag ke apa ni. Kalau taknak hidup dengan family mentua tu, ramai yang nak lagi sis. Tapi, memang orang KL Damansara ni teruk ke English korang.

Aku ingat cerita Kampung People tu saja nak nganjing orang bandar, tak sangka betul pulak wujud orang bandar moden and cakap guna english tunggang langgang huhu.

Naa Hanafi, dpt suami yg boleh bimbing ke syurga ko tak nak..hey pompuan p mintak crai jela nty jgn lupa update kriteria suami ko kt fb ye tak pn kasi je fb laki ko.

ramai yg nk kan laki yg boleh bimbing istri ke syurga.ko p jela kwin ngn negro gaya hidup mereka sesuai utk kau..org dh tua2 nk kejar syurga ko nk kejar neraka.

Apa pula kata dan pendapat anda. Jangan lupa kongsikan di ruangan komen