“Macam tak percaya je Anzalna basuh baju”- Netizen

Didikan ibu bapa begitu penting dalam membesarkan anak-anak. Ibu bapa perlu menjaga perihal anak-anak supaya satu hari nanti, ia akan memberi kesan yang positif kepada tumbesaran anak. Begitulah yang sedang dipraktikkan oleh pelakon, Anzalna bersama suaminya, Hanif Zaki menjaga satu-satunya anak kesayangan mereka iaitu Mohamad Eidrees dengan sendirinya tanpa mengupah pengasuh.

Biarpun Anzalna dan suaminya mampu untuk mengupah pengasuh namun mereka lebih memilih untuk membesarkan Eidrees dengan kudrat mereka sendiri sebagai ibu bapa. Syabas buat Anzalna dan suami.

Sikap Anzalna dalam mendidik anak sebeginilah yang sememangnya patut dijadikan contoh buat ibu bapa di luar sana. Walaupun Anzalna boleh dikatakan daripada keluarga kaya-raya, ibu cantik ini tetap tidak mengharapkan bantuan orang gaji dan berusaha melakukan kerja rumah sendiri.

Menerusi posting terbaru Anzalna di instagram miliknya, dia telah berkongsi video IGTV rutin hariannya di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Siapa sangka, Anzalna basuh baju pun menggunakan tangan tau. Dasyat sungguh Anzalna, orang lain pun pakai washing machine je.

Rutin harian Anzalna yang dikongsi di instagram menjadi tumpuan ramai terutamanya suasana rumah Anzalna yang kelihatan cantik dan besar.

Sementara itu, video IG live Anzalna yang dikongsi itu telah ditonton sehingga 100,000 tontonan. Ramai netizen memuji kesungguhan Anzalna menguruskan rumah tangganya dengan baik.

“Contoh mommy hebat ni”- Netizen

“It was a perfect time melihat anak membesar dengan jagaan sendiri”- Netizen

Bagus mommy macam Anzalna, tak upah pembantu rumah pun… Lebih elok jaga anak dengan tangan sendiri kan..

Sumber: Instagram Anzalnanasir88

Artikel ini disediakan oleh Informasi Viral. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.