“Lipat roti canai dah macam lipat baju” – Netizen

Inilah masanya untuk semua orang melakukan aktivitu bersama dengan keluarga. Menganggap perintah kawalan pergerakan ini sebagai satu peluang emas adalah sangat digalakkan kerana kita dapat bersama keluarga untuk menikmati waktu kualiti bersama. Antara pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan bersama ialah memasak, menghiasi dan deko dalam rumah, dan sebagainya bagi memeriahkan suasana yang bosan.

Begitu juga lah sesetengah artis-artis tempatan yang sangat gigih memenuhi aktiviti-aktiviti harian memerluukan waktu bosan mereka dirumah. Begitu juga penyanyi terkenal, Siti Sarah Raissudin yang juga dilihat cuba untuk memenuhi waktu hariannya bersama keluarga. Walaupun punyai suami yang suka membuat lawak, ia tidak cukup untuk mengisi keseronokan bersama anak-anak  di dalam rumah kediamannya.

Memmandangkan pada tempoh perintah kawalan pergerakan ini sukar untuk mendapatkan roti canai, ramai juga yang ingin mencuba dan mencabar diri u tuk buat roti canai. Ini boleh dilihat didalam video Siti Sarah Raissudin yang sedang cuba membuat roti canai di dalam rumah kediamannya.

Dilihat didalam video tersebut, Siti Sarah seperti kekok untuk menebar roti canai tersebut. Namun, beliau mengatakan membuat roti canai ini menggamit memori ketika beliau masih kecil dan bapanya membesarkan beliau dan adik beradik dengan menjual roti canai ketika kegawatan ekonomi pada tahun 1997. Dilihat juga didalam video tersebut, anak-anak Siti Sarah menjadi ‘penonton’ kepada ibunya yang sedang menebar roti canai.

Netizen agak terhibur dengan cara kekok Siti Sarah yang mencuba juga untuk menebar roti canai. Ada juga yang kata Siti Sarah melipat roti seperti melipat baju. Ada juga yang berkongsi cerita mereka bekerja sebagai penebar roti canai dan menawarkan tunjuk ajar kepada Siti Sarah jikalau beliau mahu.

Begitulah kisah masyarakat pada ketika dalam perintah kawalan pergerakan ini. Semua mencari perkara baru untuk mencuba. Ada yang pernah melakukan sesuatu perkara sebelum ini tetapi sudah kekok untuk lakukannya sekarang. Namun semua itu tidak harus menjadi isu besar kerana pada ketika ini yang lebih penting adalah mengikuti arahan yang diberikan dan duduk dirumah.

sumber : ig sitisarahraissudin

Artikel ini disediakan oleh Informasi Viral. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.