Lepas ayah keluar pnjara, Fatihah dibawa lari. Umur 15, Fatihah tiba2 blk. Terkejut tengok perutnya

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Aku saje je menulis cerita ni. Moga moga dapat jadi pengajaran dengan apa yang terjadi dekat keluarga aku. Aku gelarkan aku nenek muda dan aku perempuan dan belum berkahwin. (Doakan jodoh aku jugak nanti guys) hihihi. Cerita ni jadi dalam 2 tahun lepas dan masa tu aku baru berumur 25 tahun. Cerita ni pasal keluarga kakak aku, aku namakan dia Nora. Aku ada adik beradik 6 orang. Nora ni anak ke 3.

Nak di jadikan cerita, Nora ni berkahwin masa umur 16 tahun. Masa dia kawin aku mase tu dalam darjah 6 macam tu. So aku tak berapa ingat tapi aku di fahamkan, Nora ni tak berminat nak bersekolah dan dia nak terus kahwin dengan BF dia.

Masa tu ayah aku memang tak restu dia nak kahwin sebabnya BF dia tu pnagih ddah. Tapi di sebabkan akak aku ni dah sampai lari rumah dengan BF dia, ayah aku terpaksa nikahkan dia takut terjadi nya benda yang akan memaluukan keluarga.

So nikah lah diaorang tanpa restu. Sepanjang perkahwinan diaorang setakat 17 tahun, diaorang di kurniakan sorang anak perempuan (Fatihah) dan 4 orang anak lelaki.

Cerita ni aku fokuskan dengan apa yang terjadi dekat Fatihah. Beberapa tahun sebelum ni, aku dapat tahu akak aku ni dah ambil ddah jugak.

Lepas tu permulaan cerita ni abang ipar aku kene masuk penjara sebab edar ddah dan akak aku terpaksa kerja sebab nak sara anak anak dia.

Rumah mak aku dengan rumah Nora ni tak berapa jauh cumanya biasa nya Fatihah yang akan datang rumah untuk mintak beras dan lauk lauk.

Lepas abang ipar aku masuk pnjara, akak aku ni kononnya pergi mencari kerja kat satu bandar tapi die tinggalkan anak anak dia dengan sorang kawan dia iaitu Azuan.

So tinggal lah Azuan, Fatihah dan adik adik dia dalam satu rumah. Epiknya cerita ni bila jiran jiran buat aduan dekat JKM sebab kira anak anak saudara aku ni tak de mak ayah dan di biarkan macam tu.

So JKM dah datang serbu rumah untuk kutip budak budak ni untuk berada di bawah JKM. Pada hari JKM datang serbu, mak aku terdetik hati nak melawat cucu cucu dia dekat rumah diaorang tapi mak aku terkejut sebab JKM dah nk bawak diaorang pergi.

So mak aku ni kesian tengok tengok cucu dia, lepas tu mak aku ni bawak lah cucu cucu dia ni duduk rumah kitaorang.

Rumah kitaorang memang tinggal mak ayah aku je dan aku masa tu dah kerja dekat KL, so mak aku lah yang update cerita tu semua.

Aku kesian dekat mak aku, dalam umur yang dah nak dekat 60-an tapi terpaksa jaga anak anak si Nora ni. Nora ni pulak dah MIA dan tak boleh contact langsung.

Bila mak aku korek korek cerita, baru lah dapat tahu yang Fatihah dengan adik adik dia dah tak sekolah. Masa tu Fatihah dah 15 tahun.

Then, bermulalah episod mak dan ayah aku pergi PPD untuk urusan persekolahan diaorang. Then mak aku buat keputusan untuk masukkan Fatihah bawah sekolah berasrama biasa. Adik adik Fatihah pula, kitaorang decide untuk masukkan diaorang under JKM punya program.

So sekolah lah Fatihah dekat situ. Semuanya okay mula mula. So tiap tiap bulan ayah aku akan pergi ambil dia untuk balik ke rumah kitaorang lah.

Sampai lah ayah Fatihah keluar dari pnjara dan ayah dia dah start kacau kacau dia kat sekolah tu. Masa ni aku tahu yang ayah Fatihah suruh Azuan datang amek Fatihah kat sekolah tu dan dikira lari dari sekolah dan asrama lah.

Bila larinya Fatihah, tak dapat nak di gambarkan betapa mak ayah aku kecewa dan sedih. Cuba korang bayang kan mak ayah aku tu dah masing masing umur dah nak dekat 60-an dan aku rasa umur diaorang ni dah tak sesuai untuk jaga permasalahan cucu cucu diaorang ni.

Fatihah ni tak balik rumah kitaorang dan kitaorang pun tak tahu dia kat mana tu semua. Sampai lah Raya tahun 2018, tiba tiba dia balik dan duduk rumah kitaorang.

Aku dah rasa pelik masa tu sebab kenapa dia ni tiba tiba balik rumah kitaorang. Tapi ye lah kan, budak umur 15 tahun, mana lagi nak pergi so aku cuba la slow talk dengan dia.

Aku cakap pergi lah duduk bawah JKM, so dapat sekolah, dapat bina balik masa depan dan semuanya okay lah. Kteorang memang dari awal nak dia duduk bawah JKM sebab kitaorang rasa dia dah bebas tanpa kawalan dah tapi dia tak nak.

So, masa raya tu, aku cuba lah pujuk pujuk dia tapi aku terkejut sebab dia tiba tiba willing nak pergi. Okay lah kan, aku pun tak de terfikir apa apa then terus je aku contact JKM supaya uruskan Fatihah.

Bila dah habis cuti raya, aku pun balik KL dan teruskan kehidupan aku macam biasa. Masa aku tengah sibuk kerja, tiba tiba adik aku call dan dia cakap ade benda nak bincang.

Aku dah terasa tak sedap hati pas tu aku cakap balik rumah nanti borak sebab aku tengah sibuk kerja.

Dah balik rumah, aku call adik aku dan adik aku cakap Fatihah buat pengakuan dia dah mengandung 3 bulan. Aku terkejut sebab aku tak sangka sampai tahap tu dia punye advance.

Aku dah kusut dah masa tu dan aku tanya mak ayah tahu ke tak. Lepas tu adik aku cakap mak ayah tak tahu lagi dan die pun tak tahu nak buat apa sekarang sebab JKM dah nak bawak dia pergi hujung minggu tu.

Lepas tu aku cakap kat adik aku, bagitahu mak ayah supaya diaorang tahu apa yang jadi. So mak ayah aku dah tahu dan diaorang pun runsing tak tahu nak buat apa.

Masa ni JKM memang tak tahu Fatihah mengandung tapi JKM teruskan untuk ambil Fatihah. Lepas sebulan JKM contact mak aku, dan bagitahu diaorang tak boleh terima Fatihah di sebabkan Fatihah mengandung. Fatihah dah cakap sape pelaku dia.

Korang boleh teka kot sape. Ye betul, Azuan yang buat dekat Fatihah. So masa ni Nora tiba tiba muncul dan mak aku buat keputusan untuk kawinkan Fatihah dengan Azuan.

Family aku masa ni memang huru hara sebab Fatihah. Aku kalau boleh tak nak masuk campur sebab Nora dah ada mase tu. Tapi bila aku dapat tahu Azuan pun pnagih ddah aku terus serabut balik.

Sebab peristiwa lama akan jadi balik kalau Azuan dan Fatihah kahwin sebab dia ibarat macam perkahwinan Nora dengan suami dia. Dan semestinya mak aku akan jadi mngsa keadaan.

Aku beberapa malam tak dapat tidur fikir pasal Fatihah. Aku rasa bersalah sangat kalau aku biarkan diaorang berkahwin. Tiap kali aku solat, mesti aku menangis sebab aku tak tahu dan buntu macam mana nak tolong Fatihah.

Esoknya aku terus buat kerja aku dan start cari cari dekat google and aku ada jumpa satu shelter home. Aku dah call shelter home ni dan syukur sangat sebab diaorang menerima kemasukkan Fatihah dan shelter home ni berbayar.

Aku masa tu terus je commit sedia untuk bayar asalkan Fatihah dan anak dia selamat. So aku ambil cuti beberapa hari untuk selesaikan urusan Fatihah dan bawak Fatihah ke shelter home tadi.

Aku buat semua ni sebab aku tak nak pisang berbuah dua kali. Aku jaga Fatihah dari kecil dan aku macam tak sanggup nak tengok hidup dia jadi macam Nora. Lagipun masa tu Fatihah baru umur 15 tahun dan mengandung.

Ayah aku dah pesan supaya aku jangan masuk campur dan biar je Fatihah kawin dengan Azuan. Kira tu lah jalan penyelesaian yang diaorang ada. Tapi aku dah pakat dengan adik beradik aku yang lain termasuk Nora pasal plan aku nak masukkan Fatihah dekat Shelter Home.

So diaorang macam ikut je sebab diaorang semua pun dah ade keluarga sendiri so yang tinggal aku dengan adik aku je yang bujang. So macam boleh ambil cakna pasal Fatihah ni.

Sebelum masukkan Fatihah dekat Shelter home tu. Aku kena dapatkan buku pink untuk Fatihah. Bile pergi klinik ibu dan anak (gov), mase ni kakak aku yang tolong uruskan.

So bila kakak aku pergi, yang dekat kaunter cakap tak boleh register sebab nanti Fatihah tak kan beranak area situ. So bila kakak aku call aku cakap tak boleh buat.

Then aku pun macam betul ke, tak boleh buat ni. Aku pun tak de kawan yang kerja dekat hspital ke apa. Aku pun call kementerian kesihatan untuk tanya je masa tu. Macam mana procedure nak buat buku pink untuk budak bawah umur dan tak de suami.

So call aku di sambung dekat orang yang betul dan doktor dan matron tu yang tolong aku call kan klinik ibu dan anak tadi dan benarkan Fatihah buat buku pink. Masa tu baru lah terhegeh hegeh jururawat dekat situ untuk buat registration Fatihah.

Then lepas dokumen semua dah complete, masuk lah Fatihah dekat shelter home tu dengan selamat.

Masa aku hantar Fatihah dekat shelter home tu, aku ingat lagi, masa tu aku ade motor je. So aku hantar je Fatihah dengan motor. Shelter home dengan tempat aku stay dalam setengah jam macam tu, tapi Allah permudahkan.

Aku sebak jugak masa hantar dia, sebab dia kalau boleh tak nak duduk bawah shelter home tapi apakan daya sebab family dan mak ayah aku dah tak boleh terima dia.

Tempat bergantung harap dengan mak ayah dia dah takde. Nora pun entah ke mana masa tu. Fatihah anak saudara yang aku jaga dari kecil dan semestinya aku kesian dengan apa yang jadi dekat dia.

So sape sape yang ade pengalaman macam aku. Tolong dan tolong jangan sisihkan diaorang ni. Tahu diaorang dah berdosa buat maksiiat dan termengandung. Tapi dalam keadaan dieorang down macam ni, tolong lah jadi supporters untuk emosi diaorang.

Tolong jangan jadi penyebab untuk diaorang buang baby diaorang. Kalau family tak dapat terima dia mengandung anak luar nikah, tolong la cari tempat macam shelter home tu dan kalau budak tu bawah umur, boleh call JKM untuk tanya tentang procedure diaorang.

So, Alkisahnya Fatihah ni, aku tak salahkan dia 100% sebab punca nya jadi adalah sebab Nora dan suaminya juga. Dalam usaha aku mencari jodoh, aku percaya restu mak ayah jugak penting untuk hubungan yang bahagia. Aku memang ambil ikhtibar dengan apa yang jadi dekat Nora.

Tahun 2018 adalah tahun yang paling mencabar bagi aku sebab aku tak sangka aku dapat harungi masalah ni dan aku percaya Allah banyak tolong aku.

Maafkan penulisan aku berterabur sebab aku tak biasa tulis cerita panjang panjang macam ni, hehe. Nanti kalau cerita ni di publishkan. Aku akan sambung lagi macam mana aku fight untuk anak Fatihah a.k.a cucu aku.

Part 2, sambungan kisah diatas. Kisah semakin menarik, baca perkongsian di bawah

Assalamualaikum semua.. Ni haa nenek muda datang lagi nak sambung cerita pasal Fatihah.. masa aku tengok admin siarkan penulisan aku, berdebar2 aku tengok komen pembaca2 ni semua. Ada yang komen cakap ini cerita rekaan, haha.

Tapi tak sebenarnya.. cerita ni memang betul2 terjadi dekat keluarga aku.. sebab kan cerita ni dah jadi 2 tahun lepas, jadi ade orang yang sedikit keliru dengan umur aku, Fatihah dan Nora. Sekarang tahun 2020, jadi umur aku 27 tahun, umur Fatihah 17 tahun dan umur Nora 35 tahun..

So Nora Kahwin dalam umur 16 / 17 tahun.. Aku letak umur aku 12 tahun masa tu sebab aku agak2 je. Sebab aku tak ingat sangat masa die kahwin tu sbb aku rase mase tu aku kecik lagi tapi yang aku pasti Nora sekolah tak habis.

So aku review semua komen2 korang dan terima kasih atas sokongan dan doa2 semua. Semoga korang semua pun di permudahkan urusan di dunia dan di akhirat jugak.

Okay back to story, untuk pengetahuan semua, bila dah register untuk buku pink Fatihah tu, doktor akan referkan c4se dia dekat hspital besar sebab mengandung bawah umur dan refer to psiikitri. Dan lepas procedure ni, memang kitaorang buat report polis.

Cumanya k3s ni still pending sampai sekarang di sebabkan keterangan Fatihah bagi mula2 dekat report polis adalah tidak tepat. Dalam report polis tu tak de nama Azuan dan Fatihah letak nama orang lain.

Aku ade tanya Fatihah and Fatihah cakap die yakin tu anak Azuan. So aku sekarang menunggu Fatihah keluar bulan 8 nanti dan untuk buat revised report dan nak arrange untuk DNA test jugak for baby AN.

Ada yang komen pasal mak ayah aku untuk kahwin kan Fatihah dengan Azuan. Aku faham sebab aku dapat rasa kecewanya mak ayah aku. Mak ayah aku dua2 dah nak masuk 60an jadi dah tak secekal dulu untuk handle masalah2 macam ni.

Jadi bila diaorang bagi peluang dekat Fatihah, hantar Fatihah dekat sekolah berasrama dan bersusah payah untuk uruskan persekolahan dia. Tapi Fatihah dah musnahkan kepercayaan mak ayah aku dengan lari nya dia dengan Azuan.

Aku faham perasaan mak ayah masa tu dan aku pun tak boleh nak komen. Mak ayah bukanlah tak menyesal dengan apa yang jadi dekat Nora tapi nasi dah jadi bubur.

Okay back to story bila aku dh masukkan Fatihah dekat shelter home tu, memang contract sampai 2 tahun, Fatihah akan berada di situ.

So sekarang ni Fatihah still ada di bawah shelter home tu and aku gelarkan cucu aku tu as baby AN dan inshaa allah jika berkelakuan baik, Fatihah akan dapat keluar dari situ pada Ogos 2020.

Fatihah dah selamat lahirkan baby lelaki yang sangat comel awal tahun 2019. So sekarang baby dia dah setahun lebih.

Apa yang jadi dekat baby AN ? Masa Fatihah dah nak beranak, shelter home tu ada call aku dan masa tu Fatihah nak bercakap dengan aku. Di minta nya ampun segala kesalahan dia dan sekiranya ade apa2 terjadi dekat die, dia mintak aku untuk buat apa yang terbaik dan terdaya.

Di mata Fatihah aku je yang ade untuk dia tapi aku cakap dekat dia, kat belakang aku ada lagi mak and pak saudara dia dan kawan2 aku. Sedih aku bila ingat balik call dia mase tu.

Alhamdullilah, bila dia selamat lahirkan baby AN, tiba2 ade konflik dari shelter home.

Shelter home ni punya procedure, untuk proses pengangkatan baby, semua nya akan di uruskan oleh Shelter home dari segi pemilihan ibu bapa angkat dan mesti dapat persetujuan dari family atau penjaga Fatihah.

Masa aku masukkan Fatihah dekat situ, aku takde sign ape2 perjanjian mengatakan pengangkatan baby Fatihah dan adopt parents akan di pilih oleh shelter home. So basically, memang aku tak tahu pasal benda ni and aku tak di terangkan betul2 masa mula2 dulu.

Allah dah susun atur segala nya dengan baik. Aku ada sorang kawan yang memang baik dengan aku. Aku namakan dia Suzi dan husband. Husband Suzi pun baik dengan aku.

Asalnya aku dengan Suzi kawan satu tempat kerja tapi kitaorang jadi rapat sangat sebab selalu pergi travel sama2 dan Suzi and husband yang tolong tengokkan aku bila aku dekat KL. Mak ayah aku pun dah kenal dengan Suzi sekeluarga.

So Suzi ni dah ade 2 orang anak cumanya kalau boleh dia nak anak lagi. 2 3 bulan sebelum Fatihah due, Suzi ada plan nak ambil anak angkat tapi bila dah pergi survey baby tu and mak nya, diaorang tak de dokumen yang sah which is takde passport tu semua.

So diaorang give up dan Suzi ade cerita kat aku mase tu then aku tengok dia sedih gile bile dia bersungguh2 nak baby tu tapi tak boleh nk proceed tanpa dokumen yang sah.

Aku balik kerja dan kat rumah aku fikir2 dan dengan izin Allah, hati aku terdetik kenapa aku xbagi baby AN dekat Suzi ? Sedangkan aku boleh bagi.

Aku fikir bila aku bagi baby AN dekat Suzi, nanti aku akan dapat tengok pembesaran baby AN and progress dia. Rumah aku sewa aku dengan Suzi tak jauh dan aku dapat tengok progress baby An nanti.

Aku betul2 tawakal je la masa tu dan mengharapkan keputusan aku buat ni betul. Aku jumpe Suzi dan bincang2 dengan Suzi, Suzi dan husband dia bukan main gembira lagi dan start prepared untuk sambut kedatangan baby AN.

Setiap pelatih dekat shelter home tu mesti ada sorang warden. So warden yang handle Fatihah call aku and ajak jumpa dekat shelter home dan ajak berbincang untuk proses pengangkatan.

Masa sesi perbincangan tu, warden tu advised yang doktor psikitri advise untuk bagi baby AN dekat keluarga angkat rather than family aku jaga.

By right family aku memang tak boleh jaga baby AN sebab semua orang dah ade tanggungajawab masing2 dan mak ayah aku dh berumur dah. Tapi kalau di takdirkan aku dah kahwin masa tu, confirm aku dah jaga baby AN ni. Tapi sayangnya aku pun tak berkemampuan nak jaga baby An.

Pada mulanya, warden tu cakap kalau aku tak datang pada sekian2 date untuk perbincangan, hak mutlak akan jatuh dekat pengurus Shelter home tu dan pengurus shelter home akan memilih sape2 yang berkelayakan untuk jadi adopt parents untuk baby AN.

Aku masa tu dah pelik, dah kenapa sampai macam tu dan aku suruh warden tu kemukakan bukti yang aku dah sign untuk persetujuan pasal hak mutlak akan jatuh ke shelter home tu. Tapi warden tu advise aku untuk datang ke shelter home tu untuk berbincang.

Aku inform dan berkeras dengan shelter home tu yang aku yang akan pilih sape parents baby AN and aku tak setuju nak bagi dekat waiting list shelter home tu.

Pas tu warden tu wasep aku suruh datang hari khamis dan bawak adopt parent tu sekali. So hari khamis tu tiba, then aku dgn Suzi and husband pun pergi lah kami ke shelter home.

Surprisingly, kedatangan kami tidak di undang dan Pengurus shelter home tu tak tahu pun kitaorang datang.

Setelah 2 jam menunggu, yang upper level shelter home tu datang berjumpa dengan kitaorang dan berbincang. Setelah berbincang2 then shelter home tu setuju untuk utamakan aku punye pilihan tapi bersyarat. Suzi akan di panggil lagi untuk sesi temuduga.

So process dia memang complicated. Lepas balik dari perbincangan ni, Suzi di sarankan untuk makan ubat untuk breast feeding. So dia memang ikut je procedure tu.

Hari yang di tunggu telah tiba untuk penyerahan baby AN. Masa ni situasi sangat sedih sebab ade process akad dan terima daripada Fatihah kepada Suzi. Shelter home memang rakam video hari penyerahan baby maybe untuk rujukan pada masa depan.

Aku jenis macam takde perasaan tapi dalam dada dah rasa nak pecah. Malam sebelum tu aku dah menangis dah sebab tak tertahan dah dugaan ni dan rasa sebak dah memikirkan hari penyerahan tu.

Masa nak serahkan baby AN, Fatihah dah menangis tapi aku cuba untuk tenangkan dia. Fahamkan dia dan aku berjanji dengan dia pilihan aku ni in shaa Allah pilihan yang betul.

Semua orang dalam bilik tu memang dah menangis sebab tak tertahan sedihnya tengok Fatihah nak serahkan and lafaz akad tu. Bila ingat balik Fatihah pluk dan c1um baby An, rase sedih pulak aku.

Tapi everything dh selesai after sejam duk dalam bilik tu untuk process penyerahan. Aku bagi masa untuk Fatihah kenal2 dengan Suzi biar dia yakin dengan pilihan aku tu.

Aku juga cakap dekat Fatihah, maafkan aku sebab tak dapat jaga baby AN dan aku harap sangat die faham kenapa keputusan ni di buat. Tapi dia just ikut je apa pilihan aku dan belajar untuk redha.

Alhamdullilah semuanya dah selesai pasal Fatihah. Prosess pengangkatan semuanya di buat dekat JPN dan semua documents dah lengkap.

Cuma nya lepas 2 tahun dari tarikh penyerahan baby AN, Suzi dan husband akan pergi dekat JPN untuk update nama mak dan ayah angkat dalam sijil pengangkatan.

Pengurus Shelter home cakap k3s Fatihah ni sangat rare dan sepanjang dia jadi pengurus, ini kali pertama mak saudara yang very adamant pasal pemilihan adopt parent untuk baby.

Dan k3s baby An jugak k3s yang pertama Shelter home bagi kebenaran untuk pemilihan adopts parent based on keputusan family pelatih. Most of the c4se shelter home yang akan pilih adopts parent if family tak boleh jaga.

Untuk adik2 lelaki Fatihah, adik bawah fatihah, 3 org ade under JKM dan yang paling kecik mak aku yang jaga. Yang under JKM tu, diaorang di tempatkan dekat area Selangor dan bersekolah macam biasa.

In addition, diaorang jugak ada attend kursus kemahiran tu. Di jangka diaorang akan habis masa diaorang berumur 17 tahun nanti In shaa Allah.

Aku selalu jugak pergi tengok diaorang dekat Selangor dan diaorang selalu jugak call aku guna office phone untuk bersembang dan bercerita. Kadang2 time aku visit diaorang, aku akan masak untuk diaorang dan aku pun still visit Fatihah.

Mostly kitaorang akan habiskan masa 2 jam untuk masa lawatan untuk makan sama2 dan aku akan masak sebab diaorang request. Rasa puas pulak bila tengok diaorang makan sebab diaorang cakap rindu masakan opah dan mak diaorang.

So aim aku untuk Ogos ni, lepas Fatihah keluar, aku nak settlekan pasal report polis dia dan tuduhan kepada Azuan. Suzi dan husband pun support aku untuk next action dan dah bersedia berkerjasama untuk test DNA sample baby AN. Doakan guys semoga ini di permudahkan nanti.

Sekarang aku bebas berjumpa dengan baby An and bila2 masa je aku boleh tengok dia. Seronok aku tengok dia dengan family Suzi. Semoga baby An jadi anak yang baik dan semoga sentiasa di lindungi Allah.

Mak ayah aku pun, aku selalu tunjuk video and gambar baby An. Happy diaorang dan sekarang diaorang dah boleh slow2 terima Fatihah kembali dan doakan Fatihah. Aku tak boleh bayang kalau aku bagi baby An dekat orang asing, confirm aku dah tak dapat tengok baby An.

Untuk Nora pulak, lepas selesai nya urusan Fatihah which is lepas Fatihah di masukkan ke shelter home. Mak ayah aku dah lodge report to AADK dan AADK dah buat ambush dan tangkap Nora dan hantar dia jauh ke Kelantan untuk proses pemulihan.

Alhamdullilah sekarang dia dah keluar dari pusat tu dan die dh berkahwin dengan orang yang lagi better dari bekas suami dia tu.

Sesungguhnya segala yang jadi ade hikmahnya, in shaa Allah. Aku harapkan korang boleh doakan supaya Fatihah terus istikhamah dalam usaha dia untuk berubah dan aku berharap semoga perkahwinan Nora dan suami baru dia selalu bahagia, aman dan damai.

Semoga kita sama2 dapat ambil ikthibar dengan apa yang jadi dekat family aku. Aku percaya setiap masalah pasti akan ada jalan penyelesaian nya. Mintak lah dengan Allah semoga di tunjukkan jalan yang lurus dan semoga di berkati.

Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang sebaliknya datang dari aku. Semoga terus bersangka baik dengan Allah dan semua yang jadi ada hikmah nya..

Maafkan aku jika penulisan aku sedikit berterabur.. Doakan aku jugak guys supaya terus cekal dalam menguruskan anak2 buah aku ni. Akhir kata jauhi ddah.

Ramai terkesan dengan perkongsian ini. Apa reaksi warganet

Annie Mohd – Fatihah tu mngsa dik oiii. Dia dirg0l bukan dia mintak kena campak ke hulu ke hilir macam sampah. Bagu akak dia tak berdosa pun.

Yang sepatutnya bela dan protect dia, lari dari tanggungjawab. So patutnya u buat report polis dulu biar si parents mereput dalam jel sekali dengan hanat tu. Keluarga u haru biru sebab perangai kakak u bukan sebab Fatihah.

Erma Sobri – Sedih kan, kawin dengan sipelaku hanya penyelesaian sementara. Lepas tu macam macam masalah lain timbul. Kalau dah tau lelaki jenis tak baik, macamana pun cuba lah elak kawin kan. Moga urusan tt dipermudahkan.

Mawar – Masa saya kerja klinik desa dulu selalu saya nasihat pada gadis yang dah termengandung luar nikah jangan kawin dengan lelaki yang ngandung kan dia semata untuk tutup aib keluarga.

Sebab kadang kadang aib tu dah memang dah sedia tersebar dah. Kalau lelaki tu stock lelaki baik ok. Boleh teruskan.

Tapi kalau awal awal jenis bermasalah. Kaki pkul, rentikan lah. Nanti perempuan jugak yang merana. Lepas kawin jadi punching bag.

Nak cerrai bukan senang.. Mak ayah dah tak boleh nak buat apa sangat sebab anak da jadi bini org.

Tapi mntally orang kita tak faham. Bila nasihat macam tu diorang cakap saya ni misi orang bandar. Tak tau pasal maruah.. Hmm

Ainul Hastika – Mntality orang tua, anak termengandung dengan jantan tak guna, kawenkan aje dengan si jantan tu. Setel masalah.

Padahal jantan tak guna lagilah akan merosakn masa depan perempuan perempuan ni..

Dear tt, u did a very good job with ur anak sedara. May Allah bless u with 1001 kebaikan atas kebaikan yang awk buat untuk anak sdara awk.

Moga mendapat jodoh yg baik, rezeki yang berkat. Dan urusan hidup dpermudahkn. Ameen.

Puaan Zuera – Perkongsian yang bagus. Fatihah untung ada mak sedara macam awak, sanggup bersusah demi masa depan dia, tak sisihkan fatihah bila dia berada dalam masalah.

Kalau bukan ahli keluarga sendiri yang sokong dan bantu, sapa lagi la yang bantu kan? Semoga sentiasa dilindungi Allah dan dipermudah kan urusan.