“Lama sangat dok rumah jadi Makcik Kiah dah ke” – Netizen

Dalam waktu Perintah Kawalan Pergerakan ini, semua telah diminta untuk berada di dalam rumah kediaman demi menjaga kesihatan masing-masing. Dalam waktu ini, ramai rakyat Malaysia yang memenuhi kehendak kerajaan untuk berjaga-jaga dan duduk dirumah. Namun, ada juga segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab masih juga berkeliaran diluar kawasan rumah dan tidak berjaga-jaga dengan keadaan diluar sana.

Tahniah untul semua warga Malaysia yang setakat ini berjaya untuk mematuhi arahan kerajaan. Seperti juga rakyat lain yang bertanggungjawab, pelakon terkenal, Catriona Ross juga memenuhi kehendak kerajaan dan menjaga kesihatan keluarga di rumahnya.

Dalam waktu kuarant1n ini, beliau juga banyak berkongsi masakan yang beliau buat untuk dinikmati bersama anak-anak beliau. Kelihatan juga semua juadah yang disediakan beliau sangat lazat. Baru-baru ini beliau berkongsi luahan beliau mengenai keletihan beliau harus memasak setiap masa kerana anak-anaknya yang selalu meminta makan dalam tempoh berkurung ini.

Beliau berkata di dalam kapsyen beliau bahawa beliau memasak dalam 5 ke 6 kali untuk memenuhi kehendak anak-anaknya. Dan beliau juga mengadu anak-anaknya meminta beliau untuk membuat kudapan bernama lokching.

Dalam video sambungan untuk video diatas, beliau berkata beliau berjaya mendapatkan ikan 1 plastik untuk membuat lokching untuk anak-anaknya.

Kelihatan ramai netizen yang agak terhibur mendengar luahan Catriona dan terhibur dengan loghat kelantan Catriona dalam video-video beliau. Ada juga yang berseloroh berkata gara-gara telah berkurung di rumah begitu lama, Catriona seperti sudah berubah menjadi seorang makcik.

Dalam waktu perintah berkurung inilah ramai yang punya lebih masa untuk dapat bersama keluarga tersayang. Seperti Catriona, kita dapat lihat beliau dapat menjadi ibu sepenuh masa memenuhi kehendak anak-anaknya demi mereka gembira walaupun berada di dalam rumah. Makanya, semua harus cuba berfikiran positif dan cuba mencari aktiviti untuk dilakukan bersama dalam keluarga.

sumber : ig catrionabrianross

Artikel ini disediakan oleh Informasi Viral. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.