“Kita rasa dia suka masakan kita”- Zizan Razak

Pelawak dan pelakon, Zizan Razak sentiasa menghiburkan penonton dengan lawak jenakanya yang spontan dan bersahaja apabila muncul di kaca televisyen. Bukan itu sahaja, kadang-kala kapsyen yang ditulis Zizan menerusi Instagram miliknya juga boleh membuatkan netizen terhibur apabila membacanya. Bayangkan, spontan sahaja ayat yang digunakan Zizan sehingga membuatkan netizen memenuhi ruangan komen pada posting Zizan di Instagram.

Secara umumnya, Zizan yang berusia 36 tahun ini dikatakan masih berstatus bujang dan setakat ini tidak menjalinkan hubungan dengan sesiapa pun. Namun, baru-baru ini Zizan berkongsi foto bersama Noor Nabila, Little Miss Khan dan Rossixomar memandangkan Zizan adalah salah seorang tetamu jemputan bagi video masakan menerusi channel youtube Rossix dan Noor Nabila.

Zizan yang memuatnaik foto tersebut menerusi Instagramnya menulis kapsyen yang ternyata menghiburkan. Kapsyen ditulis Zizan sengaja mengusik dan ‘mengorat’ adik kepada pengacara popular, Neelofa iaitu Little Miss Khan. Siapa sahaja yang tidak suka dengan adik-beradik Neelofa, semuanya cantik belaka.

Sementara itu, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi menerusi ruangan komen dan jelas sekali mereka terhibur dengan kapsyen yang ditulis oleh Zizan. Ramai netizen juga mengusik Zizan di ruangan komen.

“Dari haritu lagi duk sibuk dengan little miss khan nii.. Dah berkenan di hati ke abe? Ehemm”- Netizen

“Hamboi caption tu”- Netizen

Noor Nabila yang melihat posting Zizan juga tidak ketinggalan memberi komen dengan bertanyakan jumlah wang hantaran dengan nada gurauan.

Sebelum ini, Zizan pernah memuatnaik beberapa foto Little Miss Khan pada Instagramnya sehingga membuatkan ramai netizen terhibur termasuk Neelofa dengan lawak jenaka Zizan. Tak sah kalau tak lawak si Zizan ni..

Banyak kali post gambar dengan Little Miss Khan ni.. Amboi Zizan ni, nak try adik Neelofa lah tu. Kalau berkenan di hati, masuk lah meminang hehe..

Sumber: Instagram zizanrazak869

Artikel ini disediakan oleh Informasi Viral. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*