“Kita plan nak berehat setahun dua je, tapi rupanya kau nak berehat panjang ye” – Fad Bocey

Pasti amat terkilan buat seorang sahabat baik tidak dapat menatap wajah sahabatnya yang dikasihi buat terakhir kali dalam hidup. Hati siapa yang tak terluk4 dan pilu sekali jika kita semua berada di tempat Fad sendiri. Walaupun sudah berlalu beberapa hari pemergian Allahyarham Abam yang disayangi ramai, tapi buat Fad dan Achey pasti amat sukar dan susah untuk menerima kenyataan yang sebetulnya.

Mereka berdua telah memuatnaik banyak gambar dan video kebersamaan kumpulan Bocey. Mungkin dengan cara itu sahaja mereka dapat meluahkan sebetul-betulnya apa yang terpendam di lubuk hati mereka. Tidak bosan malah para netizen terus memberi sokongan dan memahami situasi yang dihadapi mereka dan memberi nasihat bahawa tidak apa jika Fad dan Achey ingin terus memuatnaik mengenai Allahyarham jika itu boleh membuat mereka lega dari kesedihan yang mendalam.

Dalam gambar yang baru dimuatnaik oleh Fad di laman Instagramnya berkata bahawa dia tidak menyangka segala plan yang dibuat oleh mereka bertiga bertukar menjadi satu tragedi yang berat. Gambar tersebut merupakan gambar terakhir mereka bertiga menyertai pertandingan Maharaja Lawak Mega pada tahun lepas. Mereka sebenarnya telah berjanji untuk berehat seketika selama satu dua tahun dari dunia hiburan dan pentas komedi tetapi rancangan tersebut telah bertukar lain buat Allahyarham Abam sendiri.

Maharaja Lawak Mega 2019 yang telah dilangsungkan di Dewan Teater Shah Alam telah menjadi saksi terakhir buat kumpulan Bocey untuk sama-sama berjuang demi mendapatkan juara pada malam itu. Walaupun tidak dapat menjadi juara, tapi kehebatan mereka bertiga cukup untuk meletakkan individu hebat seperti Abam, Fad dan Achey sebagai tempat ketiga pada malam itu.

Tempat pertama pula telah dimiliki oleh adik Allahyarham Abam sendiri iaitu Ali Puteh yang telah berkongsi bahawa pelvkan Abam pada malam itu merupakan perkara yang paling diingati hingga sekarang.

Bukan sahaja Fad dan Achey, pasti ramai juga peminat Allahyarham di luar sana yang pasti merindui seorang individu yang dahulunya menjadi penghibur hati. Dengan itu marilah sama-sama mendoakan agar segala amalan baik Allahyarham yang dilakukan selama hidupnya diterima di sisi Allah. Amin.

Sumber: Instagram Fad Bocey

Artikel ini disediakan oleh Informasi Viral. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*