“Kenapa Wawa solat pakai makeup” – Netizen

Tak indah lah kan kalau sesebuah perkahwinan tak diisi dengan gurau-senda dan gelak-ketawa sesama sendiri. Pasti hening rasanya. Lain dengan perkahwinan yang sudah dibina hampir 7 tahun sejak 2013 ini. Kebahagiaan bersama keluarga yang sering dikongsi oleh suami isteri ini selalu membuat ramai terhibur dan cemburu dengan kemesraan mereka sekeluarga. Sungguh harmoni dan bahagia sekali keluarga yang dibina Aeril Zafrel dan Wawa Zainal tidak dapat dinafikan lagi.

Aeril telah memuatnaik satu lagi video yang ditunggu ramai peminatnya iaitu video Tiktok yang sering menjadi tumpuan para peminat mereka serta netizen. Dia telah membuat video tersebut bersama anak-anak iaitu Hayla dan Attar. Tak lupa juga turut disertai oleh isteri tercinta. Dalam video tersebut Aeril telah mencubit pipi anaknya dimulai Attar, Hayla dan terakhir ialah Wawa.

Sudah diketahui umum, perkembangan semasa keluarga kecil milik Wawa dan Aeril pasti sentiasa mendapat perhatian dan ditunggu ramai orang. Apa yang paling lucu dalam video tersebut adalah apabila Aeril mencubit pipi Wawa ketika dia hendak solat dan secara tidak langsung sudah terbatal wudhuk Wawa. Biasanya pasti nampak sisi seorang Wawa Zainal yang lemah-lembut dan sopan-sontun kan? Harini dapat juga tengok muka Wawa betul-betul marah macam mana ya.

View this post on Instagram

Perempuan bila terbatal wuduk. Dia punya marah cam rimau 😅😅

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on

Di buat pula video dengan filter make-up oleh suaminya, tak pasal-pasal Wawa dituduh oleh netizen solat dengan makeup di muka. Bertambah marahlah Wawa apabila dikatakan sebegitu. Mujur perkara telah diterangkan oleh Wawa sendiri di ruangan komen video tersebut dengan mengatakan itu hanyalah filter semata-mata dan bukan hanyalah makeup.

Pelbagai komen lucu yang telah diberikan oleh para peminat dan netizen. Terhibur bila baca komen-komen lucu tersebut. Apa pun Wawa marah pun tetap tak kurangkan kecantikan yang ada pada dirinya. Masih juga ayu dan comel seperti biasa. Semoga berbahagia selalu Aeril dan Wawa.

Sumber: Instagram Aeril Zafrel

Artikel ini disediakan oleh Informasi Viral. Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*