“Kenapa saya emo tengok drama ni, sebab suami durjana” – Datin Shahida

Sejak pkp berjalan di Malaysia media sosial banyak di penuhi dengan pelbagai tips dan juga gelagat kelakar dari warga net termasuklah berkongsi resepi unik, berkongsi masakan yang menarik bahkan yang tidak menjadi. Selain itu, ramai juga yang suka memberi review dan berkongsi movie menarik yang patut di tonton bersama sepanjang pkp. Perdana mnteri sendiri sarankan agar semua rakyat Malaysia stay at home bersama keluarga masing masing dan menghabiskan masa bersama sama keluarga sepanjang tempoh pkp dan elakkan berada di luar.

Ternyata ramai juga yang melayan movie terutamanya di dalam neflix dan juga lain lain aplikasi. Drama korea the world of married menjadi antara drama yang trending sekarang dan ramai warga net terutamanya yang sudah berumah tangga tidak melepas peluang untuk menonton drama ini termasuklah Datin Shahida isteri kepada usahawan terkenal Dato Aliff Syukri.

Selain dari mengisi masa bersama dengan anak anak di rumah memasak, Datin juga sempat berkongsi tentang perasaan geramnya menonton drama korea the world of the married. Tidak sangka Datin Shahida juga meminati drama korea.

Melalui status terbaru dari Datin Shahida semalam dia berkongsi perasaan geramnya dan menyatakan dia sangat emosi menonton drama tersebut. Kata Datin lagi, dia sangat terkesan apabila seorang suami di depan isteri lain di belakang isteri lain.

Alamak, Datin Shahida juga sempat memberitahu dia rasa ingin bagi r4cun tikus geram sangat tu Datin, nasib Dato Aliff tidak pernah cur4ng lagi kalau tak nasiblah kena makan r4cun tikus.

Konflik rumahtangga Dato Aliff dan Datin Shahida juga nampaknya belum lagi selesai. Masih belum tahu apa punca sebenar mereka memilih untuk menghabiskan masa pkp ini berasingan dan tiada sebarang komen dari Dato Aliff dan Datin Shahida mengenai isu tersebut. Mungkin emosi Datin masih belum stabil di tambah pula dengan drama korea ini yang membuatkan Datin Shahida sangat terkesan.

Walaubagaimana pun, tetap respect dengan Dato Aliff, sebelum konflik rumahtangganya tular Dato Aliff seorang lelaki yang sangat setia dan tidak mudah cur4ng walaupun Dato mampu untuk beristeri lebih dari satu. Tetap setia di samping Datin Shahida dan anak anak. Semoga rumah tangga pas4ngan ini cepat baik dan kembali sweet seperti dulu.

Ternyata ramai juga yang terkesan dengan drama ini, sejak beberapa hari lepas ramai netizen yang memberi komen tentang drama tersebut. Rata rata ramai perempuan terutamanya isteri terkesan dengan drama tersebut.

Mana taknya drama ini mengisahkan tentang seorang suami yang berjaya hasil pengorbanan seorang isteri yang mempunyai segala galanya daripada seorang lelaki yang nothing kepada something. Apabila berjaya tidak dapat menahan godaan dari perempuan cantik terus memilih untuk cur4ng di belakang isteri.

Kisah ini sangat dekat dengan masalah rumahtangga sekarang, ternyata banyak juga k3s pencraian berlaku yang di sebabkan orang ketiga. Apa yang menarik di dalam drama ini adalah mengisahkan tentang kuat dan bijaknya seorang isteri berdepan dengan situasi tersebut tanpa cepat melatah. Banyak planning bijak yang di buat dan boleh di jadikan pengajaran untuk semua isteri di luar sana apabila berdepan dengan situasi tersebut.

Ramai ke yang menonton drama ini, semoga semua isteri yang menonton drama ini tidak cepat beremosi dan cuba ambil dari side positif untuk di jadikan iktibar. Sebagai seorang isteri kita patut bijak dan jangan tunjukkan kelemahan kita sebagai seorang wanita. Perjuangkan dan pertahankan rumah tangga yang di bina selagi mampu.

Manakala sebagai seorang suami tidak patut membohongi isteri, sehebat mana pun kita sebagai seorang suami hargailah setiap pengorbanan isteri. Tidak patut berubah hati hanya kerana satu godaan. Semoga semua pas4ngan suami isteri sentiasa bahagia sepanjang pkp insyaAllah.

Sumber : Ig Shahidadherbs

Artikel ini disediakan oleh Informasi Viral. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.