“Kenapa dalam sotong ada plastik, saya nak saman ni” – Hairul Azreen

Semenjak dua menjak ni viral di segala laman sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter tentang para suami dan wakil keluarga yang diarahkan untuk membeli barang keperluan sehari-hari di rumah. Pelbagai telatah dan gelagat lucu yang ditunjukkan oleh mereka ini apabila semuanya mula kelam-kabut, lebih-lebih lagi buat mereka yg tidak pernah menjejakkan kaki ke pasar ataupun pasaraya besar. Para selebriti yang sudah mendirikan rumah tangga juga tidak terkecuali dari melakukan perkara yang sama seperti orang ramai.

Kecoh di laman Instagram apabila melihat gelagat lucu video yang di muatnaik oleh artis tersebut sendiri di laman Instagramnya itu. Lebih dikenali sebagai “abang Paskal” oleh para netizen iaitu Hairul Azreen yang juga merupakan suami kepada Hanis Zalikha. Pasti ramai yang tidak tahu bahawa Hairul dulu pernah menjadi salah satu atlet negara dalam acara Sukan Malaysia 2004 sebagai kontinjen Selangor. Dia juga dahulunya pernah menerima tali pinggang hitam dalam seni bela diri Taekwondo. Bukan calang-calang orang yaa abang Paskal kita ni.

Betul lah apa kata orang, setiap manusia yang diciptakan pasti ada kekurangannya. Walaupun Hairul hebat dalam bidang lakonan, pengacaraan, permodelan, seni bela diri dan lain-lain tetapi ada satu hal yang masih dia taktahu. Dalam video yang di muat naik olehnya di Instagram, terlihat yg dia sedang menyiang sotong di sinki tetapi dia telah mempersoalkan tentang keberadaan plastik di dalam sotong tersebut.

Pasti si isteri, Hanis Zalika terlupa nak bagitahu suami kesayangannya itu bahawa sotong juga mempunyai tulang dalam badan dan itu bukanlah plastik seperti yang diwar-warkan. Lucu dengan gelagat Hairul, walau video tersebut baru di muat naik beberapa minit tetapi ruangan komen dibanjiri dengan komen-komen para peminat yg tak kurang lucu jika hendak dibandingkan dengan Hairul.

View this post on Instagram

Bila lelaki masuk dapur 😔 #KetuaKeluargaKePasar #StayHome #StarSafe

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on

Para netizen dan peminat masing-masing melayan gelagat Hairul dalam video tersebut dengan turut mngalkan komen yang lucu.

“Hahaha. Mana keknis ni. Tak tolong tengokkan ke. P4rah” – Netizen

Lepas ni boleh lah Hanis buka kelas khusus untuk ajar Hairul ada apa je sebenarnya dalam badan sotong, udang, ketam dan lain-lain. Siapa tahu dalam masa-masa terluang ni Hairul boleh bertukar lagi hebat berada di dapur jika dibandingkan dengan Hanis.

Instagram: Hairul Azreen

Artikel ini disediakan oleh Informasi Viral. Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*