“Kek untuk kucing tapi kucing tak boleh makan”- Netizen

Kucing antara haiwan yang sentiasa menjadi pilihan untuk dipelihara kerana mudah dijaga dan tentu sekali mampu mencuit hati dengan gelagat comelnya. Bagi pencinta kucing pula, mereka sanggup berhabis wang untuk kucing kesayangan walaupun mencecah sehingga ribuan ringgit. Maka tidak hairan lah jika kucing tersebut betul-betul dijaga dengan rapi dan bersih. Harga pun boleh tahan mahal yaa..

Secara umumnya, pelakon Hairul Azreen dan isterinya iaitu Hanis Zalikha antara pencinta kucing yang dikenali ramai. Kucing peliharaan mereka yang dikenali dengan nama panggilan Bujibu sentiasa menjadi tumpuan netizen di laman media sosial. Bayangkan, kucing pun ada akaun Instagram dan Twitter tau.. Advance betul Bujibu ni…

Baru-baru ini, Hairul sekeluarga menyambut ulang tahun kelahiran buat kucing kesayangan mereka yang sudah memasuki usia lima tahun. Walaupun Bujibu hanyalah seekor kucing, Hairul tetap menghadiahkannya sebuah kek cantik buat Bujibu. Bertuah Bujibu dapat tuan yang baik..

View this post on Instagram

What

A post shared by Bujibu Chempel (@bujibuchempel) on

Hairul dan Hanis dikatakan telah lama memelihara Bujibu sejak kecil sebelum kehadiran anak-anak mereka iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah. Bagi mereka, Bujibu juga antara ahli keluarga yang mereka sayangi walaupun ia hanyalah seekor haiwan.

Sementara itu, Hairul yang memegang akaun Instagram Bujibuchempel berkongsi foto menyambut ulangtahun kehiran Bujibu di ruangan Instagram. Foto tersebut juga menunjukkan kek comel buat Bujibu dengan riak Bujibu yang ‘selamba’ itu.

Rata-rata peminat Bujibu memberi pelbagai reaksi menerusi ruangan komen dan ada juga yang memberi ucapan ulangtahun kelahiran buat kucing kesayangan ramai itu.

“Kek untuk kucing tapi kucing tak boleh makan hahaha”- Netizen

“Hmm bujibu dah tua”- Netizen

Tidak ketinggalan, pelakon Shima Anur turut mngalkan komen dengan memberi ucapan pada posting Bujibu.

Bukan itu sahaja, salah seorang netizen juga memberitahu usia Bujibu yang sudah memasuki lima tahun itu juga bersamaan dengan 30-an usia manusia. Hairul yang melihat komen tersebut turut bersetuju dengan komen netizen tersebut dan akui umur Bujibu sudah berusia 36 tahun. Dah tua rupanya Bujibu ni..

Walaupun Bujibu dah tua, kek itu paling win. Jarang tengok kucing sambut birthday sekali dengan kek.. Bertuah betul Bujibu dapat tuan yang baik macam Hairul Azreen dan Hanis Zalikha. Selamat Hari Jadi Bujibu Chempel..

Sumber: Instagram Bujibuchempel

Artikel ini disediakan oleh Informasi Viral. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*