“Kau ingat ni zaman batu ke ustaz kena bawak EX5” – Zarina Anjoulie

Bukan senang untuk menjadi orang yang baik. Menjadi orang yang baik memerluukan kesabaran yang tinggi kerana orang yang baik selalunya diberi ujian oleh Allah. Dan ketahuilah bahawa Allah memberi sesuatu ujian itu adalah kerana Allah sayang kepada kita dan mahu membawa kita ke syurgaNya. Baru-baru ini telah timbul satu kontroversi dimana seorang ustaz mengec4m pendakwah agama, Ustaz Ebit Lew, kerana berkongsi gambar sebuah keluarga besar yang daif yang tinggal di dalam pondok usang. Namun, ramai warganet yang tidak mempersetujui pendapat ustaz tersebut dan mengatakan Ustaz Ebit Lew hanya membantu keluarga tersebut untuk duduk di tempat yang lebih selesa.

Ramai juga artis tempatan kita yang menyokong tindakan Ustaz Ebit Lew membantu keluarga tersebut dan mengatakan kenyataan ustaz yang mengec4m Ustaz Ebit Lew itu sangat tidak masuk ak4l. Antara artis yang menyokonb tindakan Ustaz Ebit Lew tersebut adalah bekas pelakon dan model, Zarina Anjoulie.

Zarina Anjoulie berkongsi pendapatnya mengenai kecaman yang diterima Ustaz Ebit Lew dan merasakan netizen tidak patut mengecam ustaz tersebut kerana ustaz itu telah memberi inspirasu kepada ramai pihak untuk melakukan kebaikan.

Zarina Anjoulie berkata bahawa Ustaz Ebit Lew telah banyak memberinya inspirasi kepadanya untuk melakukan kebajikan selama ini dan beliau mengakui beliau selalu menonton video-video Ebit Lew dan mengatakan ustaz tersebut adalah seorang lelaki yang berjiwa lembut dalam melayani isteri dan keluarganya dan termasuklah lembut dalam dakwahnya.

Makanya, Zarina berpendapat apabila isu Ustaz Ebit Lew berkongsi gambar bersama keluarga yang dibantunya itu secara tidak langsung membuka mata masyarakat untuk melakukan perkara yang sama terutamanya ketika dalam tempoh perintah kawalan pergerakan ini.

Beliau juga merasakan tindakan seorang ustaz mengecam Ustaz Ebit Lew itu tidak masuk ak4l dan apa yang dilakukan Ustaz Ebit Lew berkongsi gambar itu berkemungkinan untuk mengelakkan fitnah mengenai kemana perginya duit dana yang diamanahkan kepada Ustaz Ebit Lew untuk membantu masyarakat yang kesusahan.

“Kau ingat ni zaman batu ke ustaz bawak Ex5?” soal Zarina Anjoulie tentang tindakan seseorang individu yang mengecam kereta Vellfire kepunyaan Ustaz Ebit Lew dispekulasikan dan dikaitkan dengan duit dana yang diamanahkan pada Ustaz Ebit Lew.

Beliau juga merasa pelik masih terdapat segelintir individu yang berfikiran kolot dan berpendapatan tindakan Ustaz Ebit Lew itu riak dan memaluukan keluarga misk1n dalam saat tempoh kawalan pergerakan ini. Tambah Zarina, beliau rasa masyarakat tidak patut punya sikap ini dan harus punyai sikap saling membantu antara satu sama lain.

Kebanyakan netizen sangat bersetuju dengan kenyataan Zarina Anjoulie dan mengatakan ustaz yang mengecam itu sememangnya suka mengecam orang. Selain itu ada yang berkongsi cerita mereka mengatakan ahli keluarga mereka banyak mendapat inspirasi apabila melihat Zarina Anjoulie melakukan kebaikan. Ada juga yang mengashihani Ustaz Ebit Lew kerana mendapat kecaman sebegini walaupun perkara yang dilakukan adalah perkara yang baik.

Melakukan kebaikan haruslah ikhlas dari hati. Apabila kita sebagai individu yang melihat orang lain melakukan kebaikan, kita seharusnya menyokong dan membantu sekali jika mampu dan bukannya membuat spekulasi yang buruk pada orang yang melakukan kebaikan itu. Harus ketahui, niat seseorang manusia itu hanya Allah sahaja tahu. Makanya, kita yang hidup sebagai manusia juga tidak berhak untuk mempersoalkan kebaikan seseorang itu.

sumber : ig anjoulielavocah1

Artikel ini disediakan oleh Informasi Viral. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.