“Kan betul dia boleh nyanyi, salah Andi” – Netizen

Pasti ramai yang sudah tahu dan mengikuti rancangan kesukaan ramai yang disiarkan di TV3 iaitu I Can See Your Voice Malaysia ini. Mendapat ilham dan gambaran keseluruhan acara dari sebuah negara jiran iaitu Korea Selatan, rancangan ini akhirnya telah memulakan episod pertama di Malaysia sejak 2018 lagi. Acara muzik ini selepas itu mendapat banyak maklum balas yang positif dari para penonton dan sentiasa ditunggu oleh orang ramai untuk menonton acara seterusnya yang bakal disiarkan.

Tahap professionalisma dan kebijaksanaan seseorang pengacara dalam mengendalikan sesebuah acara yang ditetapkan juga menjadi satu titik penting untuk menarik orang ramai bagi menonton rancangan tersebut. Gandingan Shuk Sahar yang lucu dan Sean Lee yang bagus telah menghiburkan lagi orang ramai dengan telatah mereka berdua.

Ditambah pula dengan panel tetap yang akan membantu bintang tamu seperti Jihan, Mark Adam, Yusry KRU dan ramai lagi. Rancangan yang baru disiarkan pada malam tadi ini telah di hadiri oleh Andi Bernadee sebagai bintang tamu yang juga merupakan seorang penyanyi.

Rancangan I Can See Your Voice Malaysia musim yang 3 kali ini sentiasa menghadirkan peserta yang berbeza pada setiap minggu dan pastinya ada sahaja yang bakal mengejutkan para penonton serta kesemua mereka yang berada di studio.

Pada minggu ke 7 ini pula, acara ini didatangi oleh seorang lelaki kacak yang pada mulanya masih disangsikan bakat menyanyi yang ada pada dirinya. Sehingga ke hampir akhir kepada rancangan tersebut, dia dikatakan tidak boleh menyanyi dan merupakan penyamar oleh Andi dan kemudian baru lah identiti sebenar lelaki ini telah didedahkan oleh dirinya sendiri.

Lelaki ini telah mendapat perhatian daripada para netizen kerana jika dilihat sekali imbas, pasti ramai yang mengatakan bahawa raut wajahnya seakan-akan artis Korea. Pasti ramai yang tidak percaya bahawa dia anak kelahiran Melayu dan dia mempunyai kelebihan pada wajah kerana ibunya adalah seorang Cina dan ayahnya pula adalah Melayu tulen. Dia juga mengatakan bahawa dia boleh berbahasa Mandarin dan sanggup mengajarkan Jihan bahasa tersebut secara percuma sahaja.

Mengenalkan dirinya sebagai Muhamad Shahmeer, ternyata lelaki ini mempunyai bakat menyanyi yang cukup bagus dan merdu ketika mendendangkan lagu daripada Hafiz Suip iaitu Kisah Cinta Kita. Terlihat dari wajah semua panel yang membantu Andi untuk memilih yang amat terkejut dengan kemerduan suara yang dimiliki oleh Shahmeer. Andi juga kecewa dengan penyingkiran yang telah dibuat tetapi masih positif dengan mengatakan peserta yang dipilihnya pasti mempunyai suara yang merdu juga.

Andi ada menyatakan bahawa dia pernah melihat Shahmeer melakukan cover lagu di Instagram, tetapi dia agak samar-samar tentang perkara tersebut sama ada betul atau tidak. Kalau Andi betul-betul ingat, dah terpilih dah Shahmeer. Takpelah Andi, lagi sikit saja nak betul dah tu pilih penyanyi sebenar. Semoga berjaya diucapkan buat Shahmeer.

Jom sama2 kita tengok persembahan penuh dari Shahmeer.

Sumber: Instagram tv3malaysia

Artikel ini disediakan oleh Informasi Viral. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.