“Kami tak perlukn bantuan, kami takda beg mahal” – Sharifah Sakinah

Isu berkenaan sebahagian golongan artis tampil memberi cadangan dengan meminta bantuan khusus daripada pihak kerajaan telah menjadi bualan hangat netizen di setiap laman media sosial. Malah, tindakan artis yang menyuarakan cadangan tersebut turut dikec4m hebat oleh netizen dan dianggap mementingkan diri sendiri. Namun begitu, ada sebahagian artis mempunyai pandangan yang berbeza-beza.

Sharifah Sakinah menerusi postingnya di Instagram telah memuatnaik foto mesranya bersama Sherry Al-Hadad dan Nabila Huda. Kapsyen pada postingnya juga telah meluahkan rasa sedih apabila isu bantuan khusus itu telah membuatkan ramai pihak bertelingkah dan seharusnya mereka perlu bekerjasama demi kebaikan bersama.

Tambahnya lagi, duit simpanan cukup penting walaupun dia bergelar seorang artis dan percaya kepada rezeki memberi. Hakikatnya, ramai di antara golongan artis di Malaysia telah banyak menderma secara diam-diam tanpa pengetahuan ramai.

View this post on Instagram

Alhamdulilah , kami tak perlukan bantuan. Itu pentingnya SAVING. Kami takda bag mahal ,kami enjoy je. Percaya kepada rezeki memberi. Ramai artis yg dah derma diam diam tapi korang tatau. Ramai yang mengambil kesempatan dgn content spill the tea artis, ramai yg sedang tunjuk hero (tapi itu boleh membatu apikan keadaan lagi). Sigh… So right now there has been a civil war between us, currently debating which got what and which are suffering or benefit the most. You guys are missing out the big picture, the war is not between ourselves, it's us between the unseen enemy. It's doesn't matter if you are b40, t20, pn or ph, bangsa melayu cina johor kadazan, big power country like US or China. Kita semua hamba Allah di muka bumi. Kita kena jaga satu sama lain. We all will always need each other. May Allah forgives us all, baru dugaan sekecil-kecil zarah, tapi kesannya pada seluruh muka bumi tak kira kasta.Let's put aside our differences and focus on contributing. Everyone of us has our own special function in one big family called mankind. Sakinah sedih tau. Patutnya kena kerjasama ni bergaduh2.

A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on

Sementara itu, posting Sakinah di Instagram itu telah menjadi perhatian ramai termasuk rakan-rakan seperjuangan antaranya Sherry Al-Hadad, Catriona Ross, Neelofa dan ramai lagi.

Rata-rata netizen juga memberi pelbagai reaksi menerusi ruangan komen dan bersetuju dengan kata-kata yang ditulis oleh Sakinah menerusi kapsyennya.

“Yg ni aku setuju, terbaik sakinah”- Netizen

“Love your statement sis”- Netizen

“Salute, baru betul pemikiran macam ni”- Netizen

Setuju dengan pendapat Sharifah Sakinah. Di saat getir ni, memang banyak dugaan dan kita kena jaga antara satu s4ma lain.

Sumber: instagram Sharifah_sakinah

Artikel ini disediakan oleh Informasi Viral. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.