“Kalau kte ingat kt dia maknanya dia teringat kt kita betoi ka, nk pujuk balik le” – Elly Mazlein

Setiap isteri pasti akan merindui belaian kasih sayang dari suaminya. Walaupun sudah duduk serumah dan tidur sebantal, sudah menjadi sifat isteri untuk menyayangi dan merindui suami dan mahukan perkara yang sama dilakukan oleh para suami. Makanya, suami haruslah melayani isteri dengan penuh kasih sayang lebih-lebih lagi dalam tempoh perintah kawalan pergerakan.

Kita boleh melihat kebanyakan para suami dalam tempoh perintah kawalan pergerakan kini senang melayani isteri dan anak-anak mereka. Termasuk jugalah dalam kalangan artis-artis tempatan yang seronok melayani ahli keluarga mereka. Elly Mazlein juga kelihatan mengambil kesempatan tempoh duduk di rumah ini sebagai satu cara untuk beliau merapatkan silaturahim antara ahli keluarga beliau.

Dalam tempoh perintah kawalan pergerakan ini, beliau dan keluarganya kelihatan lebih meluangkan masa bersama dan mengisi masa lapang dengan waktu yang berkualiti. Namun sebagai seorang isteri, pasti beliau merindui suaminya walaupun sudah dekat dimata.

Didalam kongsian beliau baru-baru ini, beliau berkongsi gambar beliau bersama suaminya ketika mereka dalam hubungan bertunang dan ketika meraikan hari jadi bakal suaminya ketika itu.

“Orang kata, kalau kita teringat kat dia, maknanya dia pun teringat kat kita.. betul ke?” kata Elly Mazlein dalam kapsyen beliau yang kedengaran sangat sweet sekali.

Ramai netizen rasa terhibur melihat gambar dan membaca kapsyen Elly Mazlein. Ada juga yang mengatakan Elly Mazlein dan pas4ngannya kelihatan sangat manis seperti kuih. Ada juga kata mereka berdua sangat cocok dan sangat segak bersama.

Tidak salah jika ini cara Kak Lina Kepompom kita menarik perhatian suaminya. Kita juga sebagai isteri harus tahu cara untuk menarik perhatian suami dan memenangi hati mereka supaya mereka lebih menyayangi kita dari hari ke hari.

sumber : ig iamellymazlein

Artikel ini disediakan oleh Informasi Viral. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.