Kak ipar tgl serumah, bru kahwin dgn abg tpi mak rasa terbeban, smpai saakit kena masak utk mereka

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalam sebagai pembuka bicara, tujuan ku menulis hanya sekadar luahan yang terpendam dalam lubuk hati ini. Luahan yang ku simpan dari apa yang aku perhatikan. Tidak sesekali ingin mengaibkan mana mana pihak. Sesungguhnya aku juga bukan manusia yang sempurna untuk menilai seseorang.

Kisah bermula bilamana abang ku baru saja bernikah dan mereka tinggal sekali dengan kami. Perkara ini langsung tiada masalah kerana bagiku rumah akan lebih meriah dengan adanya kehadiran menantu.

Kebiasaannya abang dan kakak ipar akan pergi kerja awal pagi dan pulang antara 6-7 petang. Untuk makan malam, biasanya mak akn masak seawal 5.30 petang, aku akan bantu sikit sikit.

Bila kakak ipar balik kerja, dia akan terus ke bilik dan rehat sekejap. Selepas itu pergi mandi dan berada dibilik sehingga waktu makan malam (walau tengah tengok mak aku masak).

Rutin ni memang setiap hari berlaku. Bila waktu makan malam, semua dah terhidang baru lah abang dan kakak ipar keluar. Kadangkala ada juga lah tolong angkatkan pinggan dan lauk tapi jarang. Pada awalnya aku rasa ok sebab kakak ipar baru masuk dalam keluarga, masih malu.

Tapi semakin hari, semakin aku lihat mak aku terbeban seperti terpaksa kena masakkan makan malam mereka setiap hari (jangan cakap aku tak tolong, aku tolong mana yang patut sebab mak jenis yang dia nak juga ada di dapur masak).

Umur mak aku pun dah 50an. Dia selalu kata dekat aku badan dia saakit saakit, penat, tangan rasa kebas. Aku pun bakal berkahwin dan ikut suami, cuma aku rasa kasihan dekat mak aku, nanti pasti sendirian buat kerja rumah. Aku satu satunya perempuan dalam adik beradik.

Dulu jenis kami makan malam seadanya. Kadang maggi, kadang bungkus makanan, aku pun jenis jarang makan malam. Sekarang setiap hari kena sediakan.

Rutin pagi, kebiasaanya selepas solat subuh aku akan menyapu dan mop rumah. Tapi ada kalanya aku tewas juga dengan rasa mengantuk selepas solat subuh jadi rumah masih bersepah.

Kakak ipar selalunya akan bangun, mandi, dan bersiap pergi kerja. Kadang aku berharap, dia juga bangun lebih awal untuk tolong kemas rumah, sekali sekala.

Aku tak kesah buat semua ini, cuma aku dah mula terfikir bila aku dah berkahwin nanti dan tidak tinggal di rumah ini, mak aku lah sendirian yang akan masak, kemas rumah.

Aku dah bagitahu mak aku awal awal, kalau rasa penat tak payah masak, nanti mereka balik kerja boleh masak. Seperti biasa mak aku akan kata, “orang penat baru balik kerja, takkan nak masak lagi, kesian’.

Malam takbir raya abang dan kakak ipar bermalam di rumah keluarga kakak ipar (rumah dekat ja dengan kami). Mereka ada belikan ayam untuk mak masak, kuih dan minuman botol.

Tapi aku terkilan melihat situasi ini. Apa salahnya pulang lebih awal ke rumah, tolong kemas rumah. Setidaknya tolong kupas bawang, susun pinggan mangkuk, ini tiada langsung rasa nak menolong.

Walau tak sambut raya, tapi juadah raya tetap ada. Mak aku sedekahkan masakkan bagi dekat rumah nenek aku.

Ada bacaan doa selamat pun hari tu dekat rumah, abang dan kakak ipar tiada di rumah, sibuk berbelanja kerana esoknya PKP. Kakak ipar baik tiada masalah, dia pandai tengok apa yang kurang di dapur dan topup.

Cuma aku terkilan dia tidak ringan tulang untuk membantu sedikit dalam buat kerja rumah. Aku cuma kasihan kan mak aku bila aku tiada nanti.

Mak ada meluah dengan aku dia penat. Tapi aku tahu mak takkan tunjuk rasa penat itu depan menantu, sebab mak juga kesian mereka kerja.

Harapkan abang aku nak buat kerja rumah, sama juga, pagi bersiap pergi kerja, malam baru balik. Aku juga perasan kakak ipar tak ambil cuti kerja sejak tinggal dirumah ni. Hari hari dia turun kerja.

Masih fikir positif dia ingin mencari duit lebih tak ambil cuti. Sebab PKP ni mereka di bayar gaji hari bukan bulanan. Kadang bila hasutan syaiitan datang aku terfikir negatif juga, dia tak nak cuti sebab nanti nak kena buat kerja rumah dan masak.

Aku nak minta pendapat pada kalian, apa yang harus aku lakukan. Aku asyik terfikir benda ni sedangkan majlis perkahwinan ku beberapa bulan lagi.

Kadang air mata aku mengalir, aku tahu mak penat. Aku cuma nak mak rehat. Ini belum lagi bila abang dah ada anak dan mereka pergi kerja, pastinya mak lah yang akan menjaga anak mereka.

Bila aku berkahwin nanti, ada masanya aku pun kena korbankan untuk berada di rumah mak mentua bila raya. Kakak ipar pun, aku lihat lebih suka bermalam di rumahnya bila perayaan.

Bila aku tak balik, abang dan kakak ipar di rumahnya, mak aku akan kesunyian. Nak bawa mak tinggal sekali, aku tahu mak takkan mahu, dia dah suka tinggal dekat rumah yang aku belikan untuk dia ni.

Aku pun suatu hari akan menjadi menantu dan pendatang baru di rumah orang lain. Semoga aku juga tidak mengguris perasaan mentua nanti dan mampu menjadi menantu yang baik. Aku sayang kakak ipar, cuma aku tahu mak penat.

Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet

Ann Fardan, Sejak bila menantu atau kakak ipar kena amik alih kerja2 rumah dan memasak? Sebelum ini dia xde kan.. Siapa yg buat? Emak dan awak kan.. So buatlah mcm biasa.. Kalau xnak masak just bgtahu pandai2 lah diaorg fikir apa nak makan…

Isunya keluarga awak x didik anak lelaki iaitu abg awak buat kerja2 rumah.. So kenapa beban tu nak diletakkan atas kakak ipar plak??. Makcik balik umah mertua memang x buat apa dik… Semua adik beradik dan suami yg buat.

Makcik sumbang kewangan dan bantu mana2 yg mampu je…balik rumah mak makcik suami makcik makan tdo je.. Semua makcik dan adik beradik yg kemas dan siapkan makan minum..

Sb tu kami seronok balik umah mertua masing2… Sb xde budaya kuli kan menantu. Mak makcik selalu pesan jgn harapkan org luar.. Anak2 yg kena pastikan rumah sendiri terurus dan bantu mak ayah sendiri.

Miera Wahab, Nak tahu punca masalah kau tak? Punca utama ialah ABANG kau, bukan kakak ipar. Lepas kahwin patutnya kena bawa isteri tinggal rumah sendiri, bukan menempel lagi kat rumah mak.

Ok, kalau niat nak tinggal dgn mak sbb nak tengok2 kan mak sbb dah takde sesiapa kat rumah tu, ABANG kau jugak yg kena MULAKAN bantu mak kat dapur dan kemas rumah. Kalau abang kau dah buat, automatik isteri dia akan join sekali.

Yelah, takkan suami masuk dapur, dia nak kekal terperap dlm bilik kan? Plus, sebagai ketua keluarga, ABANG kau yg kena sediakan makanan utk keluarga dia, termasuk mak sekali. Bukannya mak yg kena sediakan makanan. So, yeah, puncanya ialah ABANG kau, bukan kakak ipar kau.

Nur Husna, Ade sesetengah org yg dia x biasa msk kt dapur org lain. Nti jd serba x kena. Terlalu risau dgn rasa masakkan dan ape yg org akn complain. Sy klau blk umh mertua pun, sy xkn msk. Sy akn jd blur pdhal resepi tue sama jek mcm sy msk kt umh. So sy akn buat kje lain selain dr memasak.

Noy Ml, akak sbg seorg akak ipar nk bg cdgn pd kau , pegi bincang ngan abg suh BERPINDAH dgn KADAR SEGERA sbb nye manusia ni,duk dekat mesti bau busuk duk jauh2 baru bau wangi..lumrah beripar duai gitulah.. akak ipar awk tu x dak masalah pom klau x masak tpi mak yg kesian nk jugak masakkn..

so kalau abg n kak ipar x dek kat rumah tu,konpem mak x yah masak2 dah.. so sifir die sama je. Tunggu turn awk plak nti bila dah kawen n jadi akak ipar baru awk tauu.

Rizal Rozuan, Dah baca, tapi nampak mcm takde langsung berbnicang dgn abang dan kakak ipar tentang situasi ni, sebaliknya semua senyap2 pendam lepas tu bernanah.

Cuba bincang bertiga, ckp mak dah penat, lepas ni mungkin kakak boleh tolong2 mana yg patut. Mungkin kak ipar pemalu nak masuk dapur tgk korang dah masak, lepas ni boleh ringan tulang tolong mak masa wak dah takde.

Madam Que, Nape saya rasa awak duk kutuk2 kakak ipar awak, padahal awak 2×5 je ye…nape dengan adanya awak di rumah, mak awak masih mengeluh letih? Patutnya tak letihla sebab ada anak perempuan yang tolong, kan.

Yang lain2 tu ye la ada juga silap kakak ipar dia. Balik tak tolong masak, mybe sebab letih. Moleknya tolong basuhkan pinggan dan kemas dapur. Tu diakui la kena tolong sikit even letih.
Hujung minggu cover la tolong2 kan.

Tapi yang pagi2 akak ipar nak gi kerja, awak harap dia kemas2 rumah b4 kerja tu kenapa ya? Awak takpe pula terlena lepas subuh?

Maaf dik, awak duk cerita buruk kakak ipar awak, tapi yang akak nampak, makin awak cerita, makin nampak pula kesilapan awak..

Kenapa tak teruskan dengan rutin dulu je? Dlu2 makan Maggi, bungkus makanan.. Teruskan jela. Xde masalah pun. Kalau kakak ipar nak makan masakan rumah, suh dia masak sendiri. Mak awak tak letih, kakak ipar dan abang pun happy.

Aini Hidayah, 1 benda je setel..abang tu kena bawak kakak ipar tu duduk rumah sendiri. Penat oi bangun awal pagi pergi kerja balik lewat petang pulak.. hadap jem lagi..kalau larat, masak..kalau x larat, order je kat luar..apatah lagi kalau nak kena mengemas rumah…xsalah pun kalau tak buat..

benda ni jadi nampak salah sebab duduk menumpang kat rumah orang..contohnya dr kaca mata adik ipar yang belum kawen n belum rasa penat kerja dan hidup menempek kat rumah mertua.. obviously memang tak selesa.

Suriana Selamat, Masalah masyarakat kita ni terlalu inginkan perfection. Mak tu kalau tak larat, takyah buat la. Boleh tak jadikan sesuatu benda tu simple? Jangan buruk sangka.

Kau pun sama, sia² je nanti pahala mengemas tu. Rasanya ipar kau tu pun tak rasa ape, dia pikir orang dah masak, makan je la.. Dan tanggungjawap dia bukan jaga kebajikan korang, kau la kena bijak main peranan, senangkan urusan mak kau.

Confront akak ipar. Cakap la macam “akak, mak saakit harini, akak masak ye”, tu pun kena ajaq.. Be creative la confessor oi..kita hidup bukan semata nak mengemas, nak memasak je hari².

Amirah Zulfa, Aku cuma nak nasihatkn abg dgn kakak ipar confessor supaya keluar drpd rumah tu duduk rumah sendiri. Ini akibatnya bila duduk dgn keluarga lepas kawen x kisah sebelah suami atau isteri ada je yg x betul.

X kn boleh nk puaskn hati smua org. Kau duduk rumah sendiri nak masak ke beli ke rumah bersepah ke nk tdor bgun lmbt ke smua fleksibel x da org judge.

Mahera Anuar, Sebenarnya xder isu pun di sini cuma adik ipar ni yg nk cari isu.. Dr pg smpai ptg kakak ipar tu mmg kerja.. Balik kerja dah nk malam.. Bgtau jer kt mak tu xpayah nk rajin masak apa2 waktu malam..

Pandai2 la abg n kakak ipar tu nk cari makan.. Suka hati dia la nk beli ke nk masak simple2 ke.. Xpayah la mak tu dok rajin2 nk masak kalau dia sendiri xnk makan..

penat tau balik kerja dah dkt maghrib, mandi2 solat, pastu masa tu rasa nk rehatkan badan sekejap.. Lps tu biarlah diaorg pandai cari makanan kalau lapar..kadang makan roti pun dah ok..