“Kacak cakap muka saya macam security kat Dubai”- Dato Vida

Usahawan terkenal Dato Seri Vida secara umumnya mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan anak-anaknya iaitu Cik B dan Kacak. Gelagat anak-beranak ini sentiasa dikongsi menerusi instagram Dato Vida sendiri dan ternyata menghiburkan ramai netizen. Jelas sekali hubungan mereka sekeluarga ini sentiasa mesra dan ceria sepanjang masa. Begitulah kehidupan Dato Vida bersama anak-anaknya kini.

Malah sejak akhir-akhir ini, Dato Vida sering memuatnaik videonya meluangkan masa bersama anak-anak memandangkan ketika ini adalah musim Perintah Kawalan Pergerakan.

Video gelagat lucu Dato Vida bersama anak lelakinya, Kacak telah menjadi perhatian baru-baru ini apabila Kacak dengan ‘selamba’ nya memberitahu muka ibunya sama seperti ‘security guard’ di Dubai. Memang lucu habis bila tengok reaksi muka Dato Vida lepas dengar Kacak kata begitu….

Gelagat anak-beranak ini ternyata mengundang tawa kepada netizen selepas melihat video berkenaan.

Walau bagaimana pun, jelas terpancar kemesraan antara Dato vida dan anak lelakinya, Kacak. Beliau sedikit pun tidak terasa dengan kata-kata anaknya sebaliknya lebih terhibur.

Sementara itu, rata-rata netizen mnglkan komen pada posting Dato Vida dan tidak ketinggalan memuji wajah Kacak yang semakin kacak sekarang.

Ada juga sebahagian netizen akui, mata mereka lebih tertumpu kepada bilik Dato Vida yang begitu cantik dan dipenuhi dengan susunan beg mewah.

“Dato makin kvrus dan makin awet muda lah”- Netizen

“Kacak layan ja mami noh, kalau Cikb mami kena bahan ja”- Netizen

“Kacak makin handsome sekarang”- Netizen

Lucu bila dengar part Kacak kata mama dia macam security guard, nasib mama tak merajuk….

Sumber: instagram datoserivida

Artikel ini disediakan oleh Informasi Viral. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan