“Jumpa dlm tepon mak, maknanya mak pon kuat tiktok”- Netizen

Pada zaman milenia ini, sudah banyak teknologi yang telah diperkenalkan oleh syarikat-syarikat besar. Pada zaman yang memerluukan telefon mudah alih ini, ramai orang yang bijak IT mula mencipta pelbagai kemudahan dan keseronokan untuk individu nikmati dalam kehidupan harian. Bukan individu sahaja, kanak-kanak juga tidak terkecuali dengan pendedahan teknologi pada zaman ini.

Teknologi applikasi online seperti instagram, Tiktok dan pelbagai lagi membuktikan ia sebenarnya boleh merapatkan lagi hubungan antara masyarakat. Bukan itu sahaja, ia juga boleh membuat memori yang indah bersama keluarga tersayang.

Sharifah Shahirah, pelakon kelakar yang dikenali juga sebagai seorang ibu yang sempoi terhadap anak-anaknya. Anak-anaknya juga kelihatan senang bersama beliau.

Sebagai seorang ibu juga, beliau tidak akan terlepas dalam melayani kerenah anak-anaknya. Baru-baru ini,beliau berkongsi sebuah video Tiktok yang dibuat oleh anak beliau yang senang dipanggil sebagai Odda.

Sharifah Shahirah berkata beliau terjumpa video berkenaan didalam telefonnya sendiri. Kelihatan juga anaknya itu sudah mengikuti bakat ibubapanya yang tidak berasa segan untuk membuat hiburan seperti ibubapanya.

Para netizen sangat memuji anak Sharifah Shahirah sangat comel dengan gelagatnya itu. Rakan-rakan artis seperti Nurul, Feeya Iskandar dan Catriona Ross juga mengatakan gelagat Odda itu sangat comel.

Selain itu, ada juga netizen yang meminta Sharifah Sharifah membuat video gandingan bersama anaknya dan berharap tidak mengecewakan peminat-peminatnya.

Seronok melihat gelagat anak-anak apabila mereka membuat sesuatu yang kelakar. Namun, walau apa pun, kita sebagai ibubapa haruslah memantau anak-anak kita dalam penggunaan gajet dan applikasi seperti ini dan menjaga tahap penggunaan dan pendedahan teknologi kepada mereka agar mereka tidak begitu taksub dengan teknologi.

sumber : shieraijoy

Artikel ini disediakan oleh Informasi Viral. Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*