Isteriku digelar menantu derhaka. Satu taman mak jaja keburukan isteri aku

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat perngajaran dari kisah ini. Assalam semua pembaca, Tolong lah admin siarkan kerana aku hampir jadi giila. Aku perluukan pendapat. Terutamanya dari ustaz ustaz. Aku tak faham. Selama aku dibesarkan. Aku selalu baca artikel tentang Mak Mertua tak ngam dengan menantu perempuan. Selama ni aku tak percaya. Bila betul betul terjadi, aku seperti tidak boleh terima.

Aku anak tunggal lelaki dalam keluarga aku. Dah dua tahun berkahwin , namun tidak dikurniakan cahaya mata lagi. Mama dan abahku adalah anggota polis.

Namun setelah kahwin, mamaku berhenti kerja dan menjadi surirumah tangga sepenuh masa. Mamaku amat menyanjung tinggi pada Pegawai Pegawai polis, lebih lebih lagi yang memiliki gelaran Dato dan Datin.

Masa mula mula berkahwin, mamaku memujuk untuk tinggal bersamanya memandangkan aku masih belum tamat Masters. Dia kata kejap je, nanti dah stabil nak pindah. Pindah lah.

Oh ya, aku kahwin semasa aku sedang menghabiskan Masters, dan tidak ada kerja tetap lagi. Tapi jangan salah faham ya, semua duit kahwin semua aku dan isteriku kumpul sejak dari sekolah lagi. Kami bercinta dari zaman sekolah.

Kerana memikirkan aku tak habis Master lagi, aku pun memujuk isteriku untuk tinggal bersama dengan mama dan abahku sementara aku mengukuhkan kewangan. Isteri aku tidak mempunyai kerja tetap, tapi dia sangat berbakat dalam bisnes.

Duit kahwin yang dia sumbangkan semua berpunca dari bisnes dia. Isteri aku menjual pelbagai barang dan sememangnya dah target untuk terus berbisnes. Sebab itu aku yakin untuk berkahwin walaupun tidak mempunyai kerja tetap lagi.

Duit selepas kahwin pun ada kami kumpul. Tidak lah banyak, tapi ku kira 10k itu cukup untuk makan pakai berdua. Isteri aku ada degree dalam bidang Kejuruteraan.

Tapi entah macam mana dia boleh terminat sangat dengan bisnes. Jadi dia tidak langsung mencari pekerjaan, sebaliknya fokus dalam bisnes.

Pada awal perkahwinan. Semuanya okay lagi. Namun semuanya jadi serba tak kena apabila aku membuat keputusan untuk ikut isteriku dalam bidang perniagaan.

Isteriku membuatkan aku berminat dengan bisnes. Dia boleh kerja ikut masa dia. Tapi dia pernah nasihatkan aku bahawa jika berniaga, memang akan susah pada awalnya. Namun jika konsisten dan tidak cepat tamak serta sabar , akan membuahkan hasil yang lumayan.

Mamaku ingin aku mencari kerja tetap. Jika aku tidak mahu kerja dalam bidang aku, dia mahu aku menjadi Pegawai Polis. Katanya, jika aku jadi pegawai. Semua orang akan hormat, lagi lagi di tempat kecil seperti Ipoh ini. Disinilah ceritanya bermula.

Mama aku memang marah yang amat setelah mendengar keputusan aku untuk berniaga. Hubungan kami mula renggang. Terutamanya hubungan isteri dan Mama ku.

Mama ku menyebarkan berita bahawa lepas kahwin anak lelaki tunggalnya ikut cakap isteri sahaja. Tidak mahu dengar kata katanya. Mamaku mula mencari salah isteriku. Ada je yang tak kena. Menantu pemalas lah.

Selalu melawan lah. Padahal ketika isteriku di rumah, dia memang fokus dengan bisnesnya dan ada je bantu siang siang bawang ke kalau kakak masak.

Pada mulanya, isteri aku boleh tahan. Tapi lama kelamaan, mamaku makin banyak menabur fitnah pada isteri aku. Dia ceritakan pada kawan kawan dia , pada abah ku , pada kakak kakakku tentang keburukan isteri aku yang tidak betul.

Bila kami tiada di rumah, sehingga tahap mamaku masuk kebilik ku dan tangkap gambar bilik dan sebarkan pada kawan kawannya. Dia lihat bakul baju kotor penuh. Sebar bahawa menantunya pemalas tidak basuh baju.

Aku mengaku. Isteri aku tidak sempurna. Dia tidak dibesarkan oleh wanita bergelar mak. Maka dia memang lompong dari segi pengurusan rumah. Isteriku tidak pandai masak sangat.

Isteriku bukan jenis basuh baju hari hari, dia akan tunggu dah penuh bakul baru akan basuh. Aku tidak ada masalah dengan itu. Langsung tidak pula aku complain. Tetapi mamaku asyik mencari kesalahan.

Isteri ku memang tidak berbakat dalam dunia surirumah tangga. Tapi dia sangat rajin dalam berkerja walaupun hanya berkerja sendiri.

Kadang kadang isteriku perlu tidur 3/4 pagi demi siapkan tempahan. Maka kadang kadang dia tak mampu utk bangun awal pagi. Tapi aku faham. Tidak langsung aku marah kerana faham.

Isteriku juga tidak mahir memasak kerana dia hidup bersama babahnya. Sepanjang dia hidup, keluarga isteri ku memang makan diluar sahaja, Bila masuk sekolah menengah sampai lah ijazah, isteriku duduk di asrama.

Maka isteriku tidak didedahkan dengan dunia dapur. Namun aku juga tidak ada masalah kerana aku bukan cerewet tentang makan.

Tapi di depan isteriku, Mama ku tidak pernah cmplain kepadanya. Tapi dia akan mengumpat isteriku kepada kawan kawan jirannya. Banyak cerita cerita ftnah mamaku tabur pada isteriku.

Macam macam cerita dia buat supaya isteri aku nampak seperti pemalas dan teruk. Hampir 1 taman perumahan ingatkan isteri aku sangat teruk walhal sama saja dengan semua wanita. Isteri aku juga seorang manusia, ada masa malas. Ada masa rajin.

Mamaku juga bukan lah rajin mana. Rajin mengumpat adalah. Memasak pun jarang. Selepas masak memang sinki ditinggalkan begitu. Basuh baju pun jarang sekali mamaku buat.

Biasanya aku dan kakak kakakku akan buat. Tapi tidak pula kami complain. Abah pun tidak complain.

Kemuncaknya adalah bila aku membuat keputusan untuk berpindah rumah. Menyewa di luar. Aku kasihankan isteriku. Serba tak kena di rumah mertua sendiri. Tak boleh jadi sendiri, bak kata omputeh – fake . Asyik menghadap fitnah mamaku. Betapa kuatnya emosi dia yang bergelar isteri.

Kini bisnesku semakin stabil. Bisnes yang ku usahakan dengan isteriku. Cuma mamaku masih kekal dengan perangainya. Tak pernah rasa diri sendiri salah. Semua benda di sekeliling dia akan kutuk.

Sekarang mamaku masih aktif mengumpat tentang isteri ku pada jiran jiran. Aku dianggap sebagai anak derhaka, kononnya kerana aku asyik dengar kata kata isteriku walhal semuanya adalah dari keputusan aku sendiri. Isteri aku ? Isteri aku digelar sebagai menantu derhaka. Walhal yang banyak kena fitnah, adalah isteriku.

Isteri aku kini sudah pandai memasak. Sejak ada dapur sendiri, isteri aku rajin eksperimen masak. Walaupun dulu banyak tak jadi, tapi sungguh aku tak kisah kerana aku tidak cerewet.

Sampai sekarang hubungan kami masih renggang. Mamaku tidak pernah angkat call aku. Membalas mesejku. Tapi aku masih mengirim duit buatnya walau dia hebahkan dia tidak perluukan duit aku ( walaupun sebenarnya dia guna juga )

Jadi aku nak bertanya pada pembaca sekalian. Derhaka kah aku dan isteri aku ? Apa yang harus aku lakukan. Apakah hukum nya ? Mohon pencerahan. Aku buntu

Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet

Cik Huda, Jgn hindari ibu walaupun sejahat mana pun dia berbuat baik seperti biasa malah lbh lg baiki hubungan dgn Allah dan bykkan berdoa in sha allah Allah maha mendengar pd si isteri

Bykkan sabar keluhan siisteri pujuk la dgn hikmah jgn menambah s4kit dihati sy juga mengalami nasib yg sama tp sy tak nak suami jd derhaka cuma byk kan sabar dan sekarang menantu tinggal dgn sy sebaik mungkin sy layan kerana tak mahu mengulangi episod duka sy , sy nak anak menantu sy bahagia dunia akhirat.

Adam Rao,.aku respek tidak terhingga aku pada ang kerana ang x kulum bulu ketiak mak ang.. kita laki nie neraca logo barisan nasional.. buat x reti ja.. kalo ang dok simpan dalam dia makan jantung lalu mati..

teruskan dengan apa minat dan cinta tu pada bini ang.. surga bawah tapak kaki ibu tu x boleh dguna pakai pada mak yang mulut cam celaka..

teruskan hidup dengan buat apa yang ang minat dengan bini ang.. pak ang idup lagi.. bukan tugas ang nak jaga mak ang.. suruh pak ang jaga la bini dia yang mulut celaka tu.

Siti Zaleha, Pertama sekali, tahniah kerana berjaya jadi wali yang baik buat isteri. Sekarang masing-masing tak happy, isteri stress, mak tak suka, saudara susah hati.

Cuba buat win-win situation. Teruskan duduk berasingan (ini memang saranan Islam) tapi dalam masa yang sama, senangkan hati mak sementara dia hidup. Dalam confession kat atas, impian mak tu kita sendiri dah tahu.

Try dulu mengalah sekali dengan berkorban memenuhi impiannya. Tengok apa jadi dengan hubungan anak-mak, menantu-mertua, kesenangan hidup, keberkatan rezeki dan kebahagiaan hati selepas itu.

Balik berbuka dengan keluarga nanti, cubalah slow talk dengan dengan mak, hati ke hati. Gembirakan mak, insya Allah mak berubah.

Yakinlah dengan janji Allah, redha Allah terletak pada redha ibu bapa (bagi anak lelaki). Semoga Allah buka jalan penyelesaian buat saudara.

Ika Nasyrah, sabarla.. saya doakn raya ni dapatla kamu berbaik dengan keluarga.. jangan kerja ikut minat mak ayah.. nanti kita sengsara.. tambah2 polis, askar kerja yang tekanan tinggi…

hati perempuan senang cair.. hari2 hantar la mesej saya sayang mak.. hantar hari2 sampai bila kamu tak hantar dia akan rasa sunyi.. kita anak menantu kena la buat muka tak malu dengan mak.. insyaallah ada cara.

Nadhirah Afiqah, Inilah masalah dan penderitaan yang akan dihadapi oleh menantu perempuan jika tinggal dengan mak mertua. At the first place, encik sepatutnya terus tinggal di rumah sewa sendiri sejurus selepas kahwin.

Jangan terpengruh dengan alasan duduk kejap je dah stabil nanti pindahlah. Bila saya baca alasan seperti itu, saya dah boleh agak dan menjangka perkara seperti ini akan berlaku. Sebab apa? Sebab perkara ini normal. Menantu perempuan biasanya menderita sebumbung dengan mak mertua.

Sebenarnya, encik BUKAN ANAK DERHAKA. Jangan merasa bersalah tak berkesudahan. Jauh di sudut hati mak encik, mak encik cuma susah nak lepaskan encik sebab encik satu2 nya anak dia. Masa akan menentukan.

Lama2 nanti biasalah. Mula2 kahwin memang takkan biasa. Dia merasa seperti anak bujangnya dirampas. Merasa seperti dia dimadukan. Walhal itu menantunya. Biasalah perempuan, emosi itu terlebih.

Jadi, apa yang encik buat sekarang adalah FOLLOW THE FLOW. Saya pasti dan yakin yang encik dah sedaya upaya berbuih mulut yakinkan mak encik yg keputusan bisness tu encik sendiri yg buat.

Encik dah berusaha pujuk mak encik tentang menantu dia. Tapi mak encik akan rasa mak encik betul. Encik dan menantu yg salah. Tu adalah syndrom sesetengah mak2 mertua. Semakin dipujuk semakin ego meninggi sebab merasakan dia yang makan garam dulu. Aku betul, kau salah.

Yeah, just follow the flow. Mungkin selepas mak encik mendapat cucu, mak encik akan berubah sedikit demi sedikit terima menantu encik. Ataupon lama2 bila dah terlalu tua baru akan terima.

Bersabar itu memang perit. Tapi nak buat camane, terpaksa hadaplah sebab ini ujian selepas berkahwin. Berdoa itu sangat perlu untuk melembutkan hati mak. Sebab Allah yang memegang hati.

Cuma saya berharap, jangan bercrai disebabkan mak mertua. Sudah banyak k3s begini. Jagalah hati isteri encik elok2, gembirakanlah isteri encik.

Saya pasti emosi isteri encik sangat tak stabil kerana difitnah mak mertua, dijaja aib, dihina, dikeji. Tahniah kerana sudah duduk berdua di rumah sewa bersama isteri encik.

Puan Zura, Kesiannya.. Sabarnya isteri encik, dan dia sangat bertuah mempunyai suami yang memahami isteri, pindah rumah untuk keselesaan isteri.. Semoga ibu encik dibukakan hati untuk menerima korang suami isteri, dia sedih sebab encik tak ikut katanya untuk jadi polis…

Asalkan encik hormatkan ibu dan jalankan tanggungjawab anak sudah la.. Ibu encik masih tak dapat terima hakikat untuk berkongsi anak lelaki tunggal nya dengan orang lain.. Sabar.

Hasanah Najwa, Tak derhaka pun. Sebijik mcm ceramah mufti menk. Berdasarkan mufti menknpunye ceramah Mak ayah boleh jadikan anak masuk syurga dan juga masuk neraka.

Bila mertua start tidak berlaku adil pada menantunya, sebagai suami kenelah bertindak untuk mengakkan kebenaran. Pahit atupun tidak mak ayah kene tahu tak boleh cross line dlm hidup anak2 yg dah berkahwin.

Keputusan untuk kamu duduk diluar adlh keputusan yg terbaik. Mmg tak digalkkan duduk serumah dgn mertua. Alahmdulillah kamu je is yg tahu bezakan benda baik dan buruk.

Banykkn doa agar diberi hidayah pada mak kamu. Jangan putus asa pujuk mak.. tu jelah.. nnt kalau ada free buka je ceramah mufti menk dekat youtube berkaitan dgn menantu dan mertua. Bnyk ilmu kt situ.

Shila Rosli, Hg x nmpk ka kekecewaan mak hg..bljar smpai master last berniaga..dia nk hg tunjuk kejayaan hg sendiri bkn trus bergntung bisnes bini.. Besa dia nk jgk bercerita ank dia kja best klu x dpt jdi polis mcm dia minx pon jdi hat lain..

jnji keja guna pelajaran hat ada bisnes ni tlg2 bini dh la..sbb sebelum ni mak tu ok ja mai xmau kje nk keja sndiri trus dia kecewa la.. Mgkin dia malu sbb isteri yg mula dulu bisnes..nmpk mcm tumpang bini..ermm tah pndapat aq jela.

Nurul Hazwani, nie pendapat akak sdri dr crte yg adik tuliskan. sbnrnya mak adik ok dan orgnya positif pda awalnya. tapi disebabkan kecewa yelah dah anto adik belajar tggi² sekali anak kerja sdri.

mmg xsalah tapi sbrnya hrapan ibuayah sdri nak anak ada pekerjan tetap mybe memudahkan loan pinjaman rumah. lg satu dpt menaikkan nama mrka jika adik join.polis. sbnrnya mak bapak nie mrka xmntk apa just nak anak ada kerjaya tetap shaja.

cer pk.pda awal isteri adik berniaga mak adik xde kacau lgsg.btulkan.. tapi bila adik sdri nak join venture mak trus jdi org yg sgt negatif. membawang sana cni takbur fitnah aib lg. before tu xde kan. relax je.

better mcm nie lah. akak just bg cdgan. join lah polis ikut ckp org tua. kurg2 kelak if bisnes isteri adik perluukan modal yg lg besar untuk lebarkan sayapnya .adik ada blh hulurkan bantuan. lg satu if adik bekerjaya mana tahu smua akan tahu bisnes isteri adik. so akan meningkatkan lg jualan.

kwn akak ada je bisnes .suami bekerjaya isteri bisnes yes suami sgt membantu isterinya. mcm akak suamisteri bisnes jugak tapi bila suami akak kena vss tnpa sebab bisnes pda awal ok. last² kwn pun lari dik. nak tlg if bisnes slow pun xblh.

Dgr je ckp fmly adik. mgkin tu blh buat mrka stopkan apa yg sdg berlaku skg.mrka fmly. susah senang mcm ne pun kelak mrka jugak yg ada disamping kite. org lain xde. dlm msa yg sama bantu isteri sebarkan flyers perniagaan if dah bekerjya kelak.

Akak doakn apa yg berlaku skg xakan berlaku lg pda masa hadapn.
tolong sentiasa flashback tgk kebaikkan makayah kite sendiri. jgn nampk buruk negatif mrka shaja. tanpa mrka siapa kite skg.

Apa pula kata dan pendapat anda. Jangan lupa kongsikan di ruangan komen