Isteriku diam2 dtg ke rumah bkl madunya utk meminang. Pelik, lps nikah dia sendiri tak redha

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalam semua pembaca. Jngan triggered dulu dengan tajuk yang diberikan. Niatku baik hanya untuk share pengalaman sepanjang aku beristeri dua. Bermula dengan niat yang baik tetapi akhirnya kucar kacir seluruh keluarga aku. MADU, wanita mana yang tak alergik dengan perkataan ini. sebaik mana pun wanita, pasti terguris jua hanya dengar perkataan ini.

Aku dan isteri pertama, Hanani, sudah 10 tahun berkahwin. Dikurniakan sepasang cahaya mata yang cerdik, hidup aku cukup teratur dan semua adalah berkat kerajinan Hanani mengurus rumahtangga.

Aku, dari hanya seorang kerani biasa, menyambung pelajaran hingga peringkat Master, hinggalah aku mempunyai syarikat sendiri. Hanya Hanani menjadi kekuatan aku disaat jatuh bangun aku sebagai seorang lelaki, suami dan ayah.

Apabila menjadi seorang Pengarah Urusan, memang aku terpaksa menghadapi pelbagai kerenah client dan staff. Kadang, aku terlalu stress, pasti aku kembali kerumah berjumpa Hanani untuk aku luahkan segalanya.

Anak-anak cukup rapat denganku. Kami sentiasa bersama diwaktu hujung minggu walaupun hanya berada dirumah dan tidak kemana-mana.

Anak-anak tidak pernah mengajak aku kemana-mana. Mereka cukup faham kesibukkan aku dan aku perlu banyak berehat apabila hari cuti.

Begitu bagusnya Hanani mengajar anak-anak untuk tidak meminta-minta, tapi pandai bersyukur dengan apa yang ada. Kami sentiasa berjemaah bersama-sama. Hidup penuh dengan aman damai.

Aku bertemu dengan Sarah di sebuah pasaraya. Kali pertama aku melihatnya, aku dapat agak dia dilanda masalah. Entah kenapa aku berani menegurnya dari situlah kami mula menjadi rakan whatapps dan hampir setiap hari dia mengadu masalah di tempat kerja dan di rumah.

Sarah seorang balu dan mempunyai anak seorang. Aku menjemputnya untuk bekerja denganku kerana at least aku dapat menjaga kebajikan diri dan anaknya disamping terhindar dari sexual harrasment ditempat kerja lamanya. Niatku pada mulanya amat baik. Aku cerita segalanya kepada Hanani.

Dan aku melihat sikit riak wajahnya bertukar. Pada mulanya aku tidak ada niat pun mengambil Sarah sebagai isteri kedua. Lillahitaala, aku hanya ingin menolong lagi-lagi aku melihat anaknya yang kurang kasih sayang bapa.

3 bulan selepas itu, Hanani mula bersuara. Dia dapat rasakan aku amat berlainan setelah bertemu Sarah, aku kerap balik lambat dan jarang sekali berbual dengannya seperti selalu. Anak-anak semakin berdiam diri dan jarang berjenaka denganku.

Aku mula tersedar, yaa. Aku banyak meluahkan segala masalah kepada Sarah, kerana dia ada disampingku di pejabat. Anak-anak semakin jarak denganku rupanya mereka kerap melihat ibunya menangis kerana perubahanku. Allah, aku cukup terkilaf dan aku memohon maaf kepadanya.

Aku berjanji akan berubah sehinggalah Hanani mengatakan dia berniat untuk meminang Sarah. Aku terkejut dan cuba untuk memujuknya. Hanani mengatakan yang aku tidak usah menipu diri sendiri. Yang hatiku sudah terbelah dua.

Aku terdiam seribu bahasa. Waktu itulah menjadi kekesalan dihatiku sehingga sekarang. patutnya, aku terus menafikan perasaanku kepada Sarah. Aku tidak patut berdiam kerana itu akan menambahkan luuka dihati Hanani.

Hanani tetap dengan pendiriannya tidak mahu aku terus bergelumang dengan dosa sekiranya aku tidak menikahi Sarah. Dia secara diam bertemu dengan ibu Sarah dan menyatakan hasrat untuk meminang.

Serta merta ibunya dan Sarah bersetuju tanpa bertanya pendapat aku. Sekali lagi kesilapan aku kerana aku terus berdiam dan mengikut apa yang Hanani lakukan. Patutnya sebagai lelaki, aku perlu bertegas untuk keluar dari konflik ini.

Seluruh keluargaku terkejut dengan keputusan Hanani. Ibuku sendiri menampar aku kerana berlaku cuurang. Aku masih ditahap keliru dan terus berdiam. Aku mengatakan, Hanani yang membuat keputusan, dan aku ikut sahaja.

Maka, berkahwinlah aku kali kedua bersama Sarah. Aku ingatkan, kerana ini adalah kesanggupan Hanani, dia tidak akan bersedih. Tapi sebenarnya aku salah. Cukup susah untuk mengetahui dan memahami isi hati wanita.

Rupanya selama 3 bulan aku berkahwin lagi, tahap kesihatan Hanani semakin menyusut. Hiilang segala kegembiraan didalam rumah kami, anak-anak ibarat menyalahkanku dengan apa yang jadi.

Aku menjadi stress, aku marahkan Hanani, kenapa dia pergi meminang Sarah sekiranya dia tidak redha? Kenapa dia yang memaksa aku untuk membuat keputusan sekiranya hatinya saakit?? Perkahwinan bukannya permainan. Nasi sudah menjadi bubur. Patutnya dia perlu luah isi hatinya yang sebenar.

Kami lelaki, tidak pandai untuk membaca seluruh isi hati, mengapa para wanita cukup payah untuk berterus terang?

Hanani menyalahkan aku dan buat kali pertama dia meninggi suara dan bercakap kasar. Memaaki hamun Sarah sebagai wanita jalang.

Aku tidak menyalahkan Sarah dalam hal ni. Patutnya Hanani tidak tergesa-gesa untuk meminangnya dahulu. Ya, aku bahagia dengan Sarah, dan aku sayangkan Hanani dan anak-anak.

Sarah juga mengatakan dia tidak ada niat untuk menggodaku. Kami rapat hanya sebagai abang dan adik sahaja dahulu. Sekiranya aku ingin membuat jahat, aku tidak menceritakan kepada Hanani mengenai Sarah.

Sarah juga mengatakan dia melihat Hanani begitu ikhlas menerimanya, sebab itulah dia menerima pinangan tersebut. Sekiranya dia tahu Hanani tidak ikhlas, dia tidak sesekali menerima untuk menjadi sebahagian dari keluarga kami.

Sekarang, aku memohon Hanani untuk kembali taat. Tiada sebab untuknya untuk derhaka kepadaku. Aku memberi segalanya dengan adil dan saksama. Itupun Sarah menyuruhku untuk berada dirumah Hanani 2 minggu dan dirumahnya hanya 1 minggu.

Tetapi aku sendiri berasa sudah tiada erti berada disamping Hanani sekiranya dia asyik derhaka, anak-anak dihasut membnciku dan segalanya tidak seperti dulu.

Aku memberitahu Hanani, hak suami adalah memberi keadilan. Dia yang mulakan semua ini, dan aku terpaksa menjadi nakhoda yang adil.

Sekiranya aku tidak mengampuninya, tiada bau syurga yang dia akan merasai. Aku harap Hanani membaca kisah ini dan mencari iktibar. Sesungguhnya abang sayang kepadamu Hanani.

Anggaplah kehadiran Sarah sebagai adikmu. Sarah banyak berkorban untuk memberimu kelebihan sebagai isteri pertama.

Hanani diberikan rumah mewah lengkap segalanya. Aku memberikan tukang masak dan driver siap dengan kereta mewah. Hanani hanya duduk dirumah tanpa perlu bekerja lagi. Itu ganjaran untuknya kerana bersama denganku susah dan senang.

Sarah pula hanya aku belikan apartment biasa, itupun cadangan darinya yang tidak mahu rumah besar. dia menolak untukku membeli kereta kerana dia mampu untuk membeli sendiri. Sarah masih bekerja denganku sebagai pekerja biasa.

Dia juga mengatakan kesediaan untuk dicraikan sekiranya konflik ini semakin menebal. Sebab itulah Sarah tidak mahu behenti kerja. Aku juga sayangkan anak tiriku, aku ingin mendidiknya menjadi seorang anak yang baik.

Hubungan Sarah dengan ibuku juga sudah baik dan mereka kerap bersama sekiranya ibuku melawat kami disini.

Aku tahu Para Wanita tetap akan menyalahkanku didalam hal ini. Kerana woman always right. Memang takkan menang sekiranya bercakap mengenai soal ini.

Tetapi ingin aku katakan, berterus teranglah kepada suami dan luahkan segala isi hati sekiranya anda tidak mampu untuk menerima madu. Jangan belagak seperti hero, pergi meminang anak orang lain untuk tonjolkan anda seorang wanita yang kuat.

Aku yang sudah ada dua isteri, akan terus tabah menjadi seorang suami yang adil. Apa orang nak kata itu terserah. Ada sebab mengapa wanita tidak diberi kuasa nikah crai oleh Allah SWT.

Kepada para lelaki, kalau anda tidak mampu, cekalkan hati untuk tidak mengzalimi para isteri. Aku sudah tidak dapat kebahagiaan seperti dahulu walaupun aku mampu segalanya.

Tidak ada anak yang akan bahagia dengan keadaan seperti ini. Fikir sedalamnya sebelum terjun ke dunia aku.

Ramai terkesan dgn perkongsian ini, ramai yg kecaam, apa reaksi warganet

Daim Yusuf, 1. Aku setuju part hanani tu. Asal gedik sgt nak pinang org lain tuk laki sendiri pas tu merajuk dgn laki sendiri. Mak aku yg perempuan pun akan ckp org bodo tak akan buat mcm benda bodo mcm tu.

2. Kau pun sama. Nak berkawan dgn perempuan boleh. Tp jgn tunjuk mesra sgt lagi smpi isteri nampak. Kawan dgn perempuan ni, lagi2 bg laki yg dh kawin tu, fhm2 ajelah…

So kesimpulannya, tiga2 bangang. Sekali dgn bini no 2 kau tu. Pergi terima pinangan tu apasal? Nmpk sgt nk kt kau. Jd sebagai hakim FB saya menjatuhkan hukuman lantak korglah.

Melisa Haidar, Suami cari pasal pergi gatei dengan perempuan lain kunon nak menolong orang. Banyak lagi k4um sejenis yg kau boleh tulong bang. Kedua, bini pun cari pasal dah tak suka pedehal beria-ria kenenkan suami dengan perempuan lain. Elok la kome berdua.

Cik Laily, ntah la cik.x tau sangat rumahtangga owang ni.yg penting sara da naik mahkamah nak tuntut crai sama nk f1ght hak penjagaan anak dia ngan fawaad.kalau dia tau fawaad ada bini kat pakistan compem2 dia x nk kawen da ngan laki tu. laki tu cam biasa la play vict1m cakap soal taat keluarga la ape la.

Labu Joe, Benda dah jadi, nak menyesal pun tak guna… Secara rasmi tuan dah berpoligmi so jalankanlah tngungjwb sebaiknya… Jgn rosakkan nama poligami…

Tntg isteri tuan Hanani tu, dia tengah marah… Slow2 pujuk… Memg la dia setuju tuan kawin lain tapi hati dia hncur… Jangan marah isteri tuan, biar dia nak kata apa pun… Dia setia dgn tuan dari tuan cuma seorang kerani smpai berjaya skrg… Tentu la dia marah bila dikhianati…

Nasihat saya pujuk.. Tunjuk kasih sayang macam dulu bahkan lebih lagi… Jgn craikan dia, jgn tuduh dia isteri derhaka… Perangai dia berubah disebabkan tuan sendiri…

Jadi suami yg boleh bimbing kedua2… Jumpa alim ulama tanya pndapat mereka apa perlu tuan buat… Ikut saranan mereka… Poligami ni bila ikut landasan Islam insyaAllah elok pengakhirannya…

Saya doakan tuan dan isteri2 bahagia sehingga ke akhir hayat… Banyakkan bersabar dlm mengharungi hidup p0ligami.

Annie Mohd, 1.ko eg0, x mengaku salah sendiri.. sbb? ko yg buka ruang pada sarah menyebab kan jurang antara ko dgn hanani.. bkn hanani jer.. anak ko pn terpalit.. tu semua punca dr ko.. masih x mengaku salah?

2.kalau betul ko x nak sarah tu, ko ade mulut nk bersuara.. bak kata org tua2 ,diam tanda setuju.. kalau ko diam.. tak menolak, jangan kata hanani, aku yg org luar pn bleh assume yg ko nak, ko terima sarah tu.

3. Ko kata sarah bnyk berkorban?? ko list balik dr ko kawin, dr ko keje kerani sape tulang blkg ko? sentiasa ada masa susah ko, nk dibandingakan dgn sarah yg jd bini ko di saat ko dah punya segala..
bincang dgn hanani, apa yg dia mahu.. kalau dia dh x nak ko..

lepaskan la.. x kan nk hidup dgn eg0o ko, smpai menyakitkan org lain
kalau ko adik aku, dah lama aku gerudi kepala ko.. akal tuhan bagi 10, tp tu pn x bleh guna.

Siti Syawani, Laki ni tak paham . Wanita kalau dah marah memg dia akan bertindak macam tu . Contoh tgh brgduh geram sgt kan . Mesti p ambik p1sau ‘ bnuhlaaa aku ‘ . Hny lelaki yg bodoh je p bnoh .

Sama macam ni jgk .. sepatutny lelaki kalau betul syg hanani ni kena tolak dan buat pilihan . Perempuan nk dgr lelaki ckp ‘ abg cintakan awak sorang , abg x nk terima dia ‘ ..

Yang awak ni macam tongkoiii kayuuuu ikut aje ape hal . Kalau wife bg racun suruh minum agak2 pandai tolak ke tidak??.

Nurul Izati, Eh kau kan ketua keluarga mcm mana boleh kata kena paksa dgn bini suruh kawen lg? Siap mak kau bg penampar sedas kau diam jugak. Mmg hanani tu terburu² sbb dia terasa hati, dia rasa kau dah tak sayang dia saja, dah terbahagi dgn perempuan lain.

Walaupun s4kit hati at the same time dia pun sayang lg kat kau..tu yg dia suruh kau kawen. Yang kau pun kalau betul² taknak kawen 2 buat la cara taknak, pastu sekarang nak cakap hanani derhaka pulak.

Dia jd mcm tu sbb kau yang tak kuat. Hadap je la bro. Aku mula² baca rasa mcm nak memahami je dilema kau tp bila keluar perkataan ‘derhaka’ tu cancel teruih. Ha kan dah keluor komen ala KRT.

Kamal Syah, Saya ada 1 cdangan. Craikan hanani tapi sbb sayangkan. Sentiasa beri pertolongan tanggung segala keperluan dan sentiasa ambil berat. Lgpun confessor ada anak bersama.

Klu keadaan btmbh baik teruskan. Klu keadaan lg² bertmbh baik mungkin blh rujuk semula. Title yg pertama & ke2 bertukar. Masa lalu tak kan berulang. Ketiga² pihak ada salah masing².

Safinah Rasid, Kenapa kau salahkan hanani sedangkan kau yang melayan semua benda ni dulu. Kenapa kau mengadu pada orang luar sedangkan kau sendiri kata hanani tu ada bersama dgn kau susah senang bertahun-tahun

Salah orang nampak. Salah sendiri tak nampak. Lagi nak cakap adil la bertanggungjawab la. Apa kata kau bg mak kau baca confession kau ni, tengok dia lempang kau lagi ke tak.

Mira Dia, Aku tak tau nak kata apa tapi confessor ni mmg nak mintak kene maaki ke apa? Hahahahahahahaha dah aaah kau play v1ctim konon hahahhaha nt dah tua merangkak jangan kau harap belas kasihan anak anak kau dari bini pertama.

Bini pertama kau tu aku malas nak cakap lebih2 dah nak acah2 baik p pinang utk laki sendiri kenapa daaaa. Sarah tu kunun laaa nak berundurrr podahhhhhhhh awal2 dah tau laki org nak menyendal.

Adam Ahmad, Hanani cuma berpura2 sahaja hendak meminang Sarah dengan harapan confessor berkeras menolak.
Tapi itu memakan diri kerana lelaki tak akan faham apa yg ada di dalam hati wanita.

Wanita pulak berharap lelaki faham dengan tindakan lain di hati lain di mulut. So kepada semua wanita jgn buat perkara bodoh. Anda patut berterus terang kehendak anda.