Isteri nk bsalin swasta tp duit simpanan aku dh habis, blnja kahwin 20k. Aku menyesal khwin dgn dia

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Aku berasal dari Melaka. Aku dah kahwin lebih kurang setahun. Isteri aku dulu belajar sama-sama dengan aku di universiti. Kami kahwin suka sama suka. Aku memang betul-betul sayangkan dia dan aku yakin dia pun sayangkan aku. Kami pun merancang untuk meniti bahtera perkahwinan.

Kerja aku biasa. Aku tak ada income yang besar. Tapi aku mampu dan pandai menyimpan, merancang untuk kehidupan selepas perkahwinan.

Apabila kami merancang untuk berkahwin, kami mula uruskan satu persatu. Beli barang-barang untuk hantaran.

Isteri aku ini memang minat barang-barang yang berjenama. Aku faham, aku layankan sebab aku nak dia happy selagimana bajet aku mampu.

Aku yakin dia pun faham keadaan aku. Jadi kami pun beli barang hantaran sama-sama dan terus terang, cuma untuk barang hantaran dah mencecah RM3000.

Ini tak termasuk cincin nikah, gelang emas yang aku rancang nak belikan untuk dia sebelum berkahwin. Bila kami keluar sama-sama untuk beli cincin, aku pun beritahu dia bajet aku untuk cincin dan gelang emas.

Dia mula ‘argue’ yang aku letak bajet terlalu rendah. Tak boleh dapat yang bagus dengan bajet sebegitu. Aku pun terpaksa naikkan bajet aku semula dan belanja lebih RM3000 juga untuk dua-dua barang kemas tersebut.

Aku agak tertekan sebenarnya. Aku dah cuba jelaskan. Dia yang tak faham dan tak cuba memahami. Tapi, bila kau dah sayang, bukan senang kau nak tolak.

Perkahwinan menjelang tiba. Semua duit simpanan aku lebih kurang RM20k habis untuk bayaran wang hantaran dan barang-barang hantaran.

Aku cuba minta untuk dikurangkan sedikit wang hantaran sebab aku fikir kehidupan lepas kahwin. Tapi macam biasalah, adat melebihi keperluan. Aku pun bayarlah RM15000 wang hantaran.

Untuk majlis sebelah aku, bapa aku taja seluruh majlis kecuali benda-benda macam pakaian dan lain-lain. Aku terpaksa pinjam kakak aku RM3000 untuk urusan-urusan walimah sebelah aku.

Sekarang aku dah kahwin dan dengan izin Allah aku akan menimang cahaya mata dalam sebulan lagi. Aku nak beri isteri aku yang terbaik. Dia suka hspital swasta daripada kerajaan. Tapi aku tak mampu dah. Duit aku habis.

Lepas kahwin berapa banyak belanja lagi. Aku susah nak menyimpan. Lagi-lagi dengan keadaan hari ini yang tak menentu.

Aku sangat tertekan. Aku tak boleh nak balance antara sayang dengan keperluan. Yang aku tak tahan, dalam hati aku mula timbul sedikit sesal berkahwin dengan dia.

Aku tak suka perasaan macam ini, tapi benda tu dah mula datang. Aku tak tahulah dia baca ke tak confession aku ni, aku harap dia baca. Supaya dia boleh fikir.

Aku nak nasihat pada semua pemuda, gadis yang nak berkahwin. Fikirlah masak-masak. Jangan kau orang enjoy sehari tu, tapi kau menyesal nanti. Tak kiralah lelaki atau perempuan.

Memanglah orang akan puji hebatnya majlis kau, cantiknya barang hantaran kau. Tapi pujian tu tak cukup untuk tanggung kehidupan kau.

Sayang kau dekat dia tu tak boleh tanggung kehidupan kau. Berhemahlah. Sebahagian akan cakap jangan lokek dengan isteri ataupun kahwin memang macam tu. Hanya sebab semua orang buat macam tu tak menjadikan benda tu baik.

Aku tak pernah lokek, aku cuma boleh beri ikut kemampuan aku. Semua bakal pengantin, pasngan kek4sih atau sesiapa pun, fikirlah benda ni masak-masak. Jangan menyesal kemudian hari.

Kisah ke 2, lelaki ini menyesal selepas membelanjakan rm150k ketika berkahwin. Lps kahwin hidup susah.

Saya nak cerita sekadar berpesan pada bakal pengantin jangan buat majlis keterlaluan sampai berhutang.

Majlis saya mmg besar2an makan belanja sampai RM150K ke atas. Takyahla nak citer karang riak pulak. Tapi it was a doube wedding.

Kebanyakan duit parents ade jugak duit sendiri. Tak ambil loan tapi byk jugakla habis. Tapi memang secara tak langsung menjadi “benchmark” sedara mara yang kurang mampu nak tiru berbelanja besar wedding saya dan adik.

Sekarang dah ade anak dua. Dapat sorang anak istimewa yang perluukan belanja. Dlm hati kalau dapat saving RM10 ribu dulu pun dari belanja kahwin bole buat bayar rawatan anak.

Bukan takleh mintak kat parents tapi malu lah dah kawin 7 thn masih nak meminta2 ke? Nasib baik kompeni masih tolong bayar rawaatan hampir RM3 ribu sebulan. Kalau tak.. naya weii.

So sesal kemudian tiada berguna. At least saya tak hutang and tak crai (insya Allah). If not rasa bazirnya ya Ampun. Pernah dengar anak kawan Ayah berbelanja sampai RM200 ribu. 3 minggu crai. Rugi kan?

Kalau u olls mampu takpalah. Bila lagi nak berbelanja kan? Mak pak kaya raya sampai 7 keturunan tak abis makan pun OKla. Hak korang.

Tapi kalau sekadar cukup2 makan, duit bersara mak pak tak mencukupi takperlu lah.

Sekarang saya hanya menung tgk gambar dan video2. Tu jela kan hasil RM150 ribu ++ kan?? Haha. Kalau nak berbelanja saya nasihat dua je korang “splurge”. Make up dan Juruvideo / Gambar. Sebab pe? Yang itu kenangan u olls.

Baju takyah tempah. Sewa je. Trust me, baju saya ribu-raban tu dok dalam gobok tak pakai pun. Dah naik berat badan lepas bersalin..buat tengok jela.

Lama2 kain mereput.Hantaran pun takyahla banyak2. Baik simpan beli perabut rumah. Lagi lama duduk rumah dari wedding.

Okla tu je pesanan saya. Semoga berbelanja dengan lebih hemah OK. Takyah la grand2 ni. In the end boleh kene dosa riak, majlis akan berlalu begitu sahaja. Lepas seminggu sumeorang dah lupa kecuali diri sendiri and family…

Ramai terkesan dgn perkongsian yg pertama, apa reaksi mereka.

Cik Nadia, Kalau isteri confessor baca, akak cuma nak pesan, kalau awak dapat suami yg reti menyimpan, ingat hari kemudian, ketahuilah yg awak sngt beruntung..x ramai lelaki yg akak kenal, ada perangai mcm ni..kalau awk TAK HARGAI suami awk, akak harap awak x menyesal dikemudian hari.

Bersalin swasta memang dengar gah, tp kalau berlaku sebarang komplikasi yg berisiko, mereka akan tolak awk kt hspital kerajaan jugak.

Percayalah dik..lps ada anak nanti, awk kena fikir insurans, pampers, makanan berkhasiat, keperluan menyusu, duit kecemasan kalau anak saakit..Sudah2lah berkiblatkan kata2 pujian org..sudahlah.

Hidayu Jamil, Pergh ..all the best la di hari2 mendatang. Baru setahun, pasni byk tahun lg perlu dilalui. Dengan keperluan anak yg heeee memang byk le kena sedia pasni.

Kena terus terang, buka buku bank, akaun bank tunjuk realiti kehidupan korang dan baik sedarkan dia cpt2 yg awak akan tunaikn tjawab awak dgn kemampuan yg ada shj.

Kena belajar bertolak ansur, empati, sikap cepat-cepat saling membantu dlm rumahtangga ni. Kalau tak boleh belajar, kena ajar….kalau tak ….masakk.

Bro…lebih sedih bila datang “sesal berkahwin dgn dia” tu..cepat2 la rawat dan selesaikan ya. Ni realiti rumahtangga, awak kena hadapi dia dan selesaikan.

Rizal Rodzuan, Begitu la lelaki klu dah syg byk berkrban, yg asyik fokus oh pengorbanan wanita je lps kahwin seolah2 lelaki takda buat apa2. Ko Bincang la elok2 dgn bini ko, tunjuk buku Bank dsb ckp dah hbs duit psl kahwin dulu,

suruh isteri pun krban skit duit ke, rendah kan keperluan bersalin pi hspital kerajaan dsb. Semoga dia bkn jenis yg oh taknak beranak hspital biasa nak yg mahal klu tak, taknak bersalin mcm dulu ada viral.

Zanariah Ismail, Ukur baju di badan sendiri lah. Sanggup ikat perut ke demi nak nampak mewah di mata org? Sanggup susahkan pasaangan sendiri demi nak puaskan kehendak di luar kemampuan?

Utk confessor, suatu hari nanti bila kau tak mampu nak sediakan semua kehendak isteri, adakah dia akan bersama kau lagi. Dari skrg kau kena didik dia supaya ukur baju di badan sendiri. Jgn terlalu bermewah jika sekadar cukup2 utk makan sahaja. Kau ketua keluarga, jadi nasihatkan isteri kau secara berhemah.

Sakinah Abdullah, Setuju bab majlis kawen. Kira2 bab kahwen bukan sbb lokek tapi ukur baju di badan sendiri. Perjalanan kewangan lps kawen lagi mencabar sebenarnya. Masih belum terlambat utk berubah.discuss dgn isteri kemampuan awk.

Jgn sbb kita tak mampu nak bincang secara terbuka dengan isteri, rumahtangga musnah.masih belum terlambat pun nak didik isteri. Ps: beranak hspital kerajaan pun ok. Service pun tip top, insyallah.

Rara Ghaz, Kepada isteri confessor, Kalau kau sayang laki kau ni bawak-bawak la ajar diri tu jangan nak bajet instafemes sangat…kang dia terjumpa gadis desa yg cantik, tak mata duitan pastu ada plak kerjaya yg bagus – baru kau tau erti penyesalan sambil menangis kat bucu pagar rumah laki kau…kikikiki

Nurul Ain, Kena terus terang dgn wife tu dalam acc ada berapa. Kalau nk jugak beranak swasta walau dh bagitau duit ada banyak mana. Mintak la tanggung sndri. Just bgtau tt dapat bagi berapa.

Contoh 1.5k ke. Jdi selebihnya wife tanggung sndri. Aish x faham aku generasi skrg neh. Kahwin nak grand, beranak nak swasta. Tapi nan hado.

Nor Ain, Rasulullah saw ajar. Kalau terasa hati dengan isteri. Pergi masjid.. bro. Pergi masjid. Subuh sampai Isha pegi masjid. Balik rumah.ajak dia ngaji sama2. insha’Allah dia ikut cakap bro.

Sebab u dah terdidik dia untuk bahagia dengan duit Dan Nama.Bukan bermakna kene tarik semua benda. Slow2.. Bini mu tu

Kalau mampu nk swasta. Silakan. Ak pun bersalin swasta sebab nk doc pompuan tu. Tapi hantaran ak budak Lulus upsr pun lagi tinggi.

Fazira Majid, Perempuan ni kadang2 dia fikir apa yg dia nak je. Tak sedar partner ni dlm kesusahan lagi kesempitan. so dari awal lagi encik perlu bertegas, cuz the best husband mesti ada leadership quality.

Urus financial dgn bijak, fahamkan partner encik situasi yg sebenar. Alhamdulillah encik bukan kedekut orangnya cuma jgn diikutkan sangat nafsu berbelanja barang2 berjenama. Semoga dipermudahkan urusan kpd encik dan pasngan.

Nora Ziyan, 21 tahun dulu…apa yg bakal bg itulah yg Saya terima..x Dak nak mintak2… P shopping hantaran pun hat besa2 ja beli kat kamdar..x Dak Rasa nak menunjuk apa sbb pikiaq lps kawen lg bnyk nak pakai walau perjanjian awai kn duduk dgn mak dia at least 1 year…

Alhamdulillah..buleh simpan duit lagi sbb bila bg duit mak dia x mau..jgn dok turut sangat kalau hat jeneh nak mengebat ni TT…kalau mampu takpa…dok ajaq turut ke depan dia besa nanti makan diri…Sekian.

Thia Saidi, Harta benda xmenjamin kebahagiaan.. ada yg banyak duit pun xbahagia. Ada yg sikit duit pun xbahagia jugak. Rezeki dan kebahagiaan bergantung pada hati n effort n tanggungjawab pasaangan.

Hantaran n belanja mahal ke murah ke, xdpt beli bahagia jgk. Klu kata sblm kawen dh kenal hati budi masing2. Smua tu xtepat.. lepas kawin baru kita kenal hati budi pasngan masing2 sbb masa tu semua benda kita berkongsi..

Jadi yg belum berkahwin pk la masak2 selalu lah berdoa kat Allah supaya Allah kurniakan pasngn yg memahami, sentiasa berkomunikasi, bersyukur, bertanggungjawab paling penting.. bila benda dh jadi mcm ni terpaksa la hadap sbb dr awl sanggup kan..

Apa pula kata dan pendapat anda. Jangan lupa kongsikan di ruangan komen