“Ini bahan-bahannya, stay tune gaiss” – Chef Ariana Aubrey

Pelakon Datin Eina Azman sering kali menjadi perhatian netizen dengan perkongsian video masakannya di Instagram. Dengan aksi Eina Azman yang handal memasak Eina, ibu kepada sepasang anak kembar ini sama sekali tidak kelihatan kekok di dapur. Malah, mempunyai pembantu rumah yang ramai bukanlah satu alasan bagi Eina untuk tidak memasak di rumah.

Lebih mengejutkan, anak perempuan Eina iaitu Arianna Aubrey pun turut sama ikut jejak langkah ibunya yang handal memasak.

Eina berkongsi video gelagat anaknya, Ariana membuat chocolate cookies sehingga menjadi perhatian ramai. Siapa sangka, Ariana langsung tak nampak kekok buat cookies tau.

View this post on Instagram

Chef Arianna Aubrey πŸ‘©β€πŸ³ @aubreykarl

A post shared by π‘¬π’Šπ’π’‚ π‘¨π’›π’Žπ’‚π’ (@eina_azman) on

Gelagat Ariana yang comel itu ternyata membuatkan ramai netizen memuji kesungguhannya membuat chocolate cookies. Eina juga dipuji oleh netizen kerana sikapnya menggalakkan anak perempuannya rajin ke dapur sekaligus menjadikan satu contoh baik buat ibu bapa yang lain.

Sementara itu, video Ariana Aubrey telah ditonton seramai 162,000 tontonan dan ruangan komen dipenuhi dengan reaksi positif daripada netizen.

“Like mother like daughter”- Netizen

“Boleh lah dia ikut jejak mummy dia lepas ni, comel je”- Netizen

Tidak terkecuali, rakan-rakan artis antaranya Elvina Mohamad,juga Niena Baharun dan Faradhiya turut mngalkan komen dengan memuji wajah comel Ariana Aubrey dan kelihatan bijak serta petah bercakap.

Seperti umumnya, Eina dikenali ramai dengan sifat pemurahnya yang sentiasa memberi bantuan kepada golongan yang memerluukan. Bersedekah pun tak pernah menunjuk.

Comelnya tengok Ariana Aubrey ni, betul-betul ikut macam mummy dia pandai masak. Tak kekok langsung.. Kecil-kecil dah pandai buat cookies, hebat Ariana hehe.

Sumber: Instagram eina_azman

Artikel ini disediakan oleh Informasi Viral. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*