Hina sgt ke sy masak guna perencah maggi cukup rasa, smpaikn mak mertua dan ipar xsentuh lgsung makanan sy

Foto sekadar hiasan. Kebelakangan ini, kita banyak mendengar atau membaca luahan dari menantu yang tidak serasi dengan mertua mereka. Apa yang menantu buat ada je yang tak kena. Sebagai menantu, bukan sahaja suami, mertua juga perlu di ambil hatinya tp ada sesetengah mertua ini walaupun menantu sedaya upaya menjaga hati tetap juga mencari kesaalahan menantunya. Baca kisah di bawah, dan bagilah pendapat anda di ruangan komen.

Assalamualaikum smua. Saya nak tnya hina sgt ke sy masak guna perencah Maggi seckup rasa. Sampaikan mak mentua dan ipar duai tak sentuh langsung makanan sy. Sedangkan di rumah dia guna ajinamoto.

Sy kena tegur sebab gunakan masakan maggi. Dah sy tak bawa makan dekat rumah, duk kata “menantu dia tak pernah masak” dah bawa. Sentuh pun tak. Kecil hati sangat2.

Smua tak kena. Sy ni sebatang kara. Ingat bleh tumpang kasih. Tapi mreka dh bina benteng. Sy sdih sgt2. Sy cuba utk rapatkan dgn mreka. Tapi mereka mcm tu ja.

Kisah ke 2 lebih mendebarkan dan menyakitkan hati pembaca, baca perkongsian di bawah

Assalamualaikum semua. Dah lama aku nak bercerita di sini. Tapi belum ada kekuatan.

Maaf kalau jalan cerita bukan yang berilmiah dan lebih berkisar rumah tangga. Aku tak tahu medium apa lagi untuk aku luah rasa hati dan mendengar pandangan kalian.

Mungkin di sini aku akan berjumpa mereka-mereka yang dapat memberi aku rasa diri ini masih layak untuk dihargai. Sebelum itu, aku ucapkan terima kasih kepada admin jika sudi siarkan kisah aku ini

Aku seorang isteri, ibu, anak dan menantu. Aku berumur lewat 20-an dan mempunyai 2 anak. Alhamdulillah aku mempunyai seorang suami yang sangat baik dan anak-anak yang bijak.

Aku mempunyai degree tapi aku adalah suri rumah sepenuh masa di samping melakukan pelbagai business online.

Alhamdulillah pendapatan aku dapat membantu mak ayah di kampung. Setiap bulan aku akan bagi duit pada mak ayah dan membayar bil astro serta api.

Walau pendapatan aku mungkin bukan sehebat mereka yang berkerjaya tapi aku bersyukur kerana aku masih dapat membeli apa sahaja kemahuan aku atau anak-anak tanpa menyusahkan suami.

Walau suami masih memberi duit perbelanjaan bulanan kerana itu janjinya asbab dari dia yang meminta untuk aku menjadi suri rumah.

Kehidupan rumah tangga kami baik-baik sahaja. Doakan keadaan ini berterusan sampai bila-bila untuk kami. Namun, Allah datangkan ujian dari sisi lain agar aku tidak lupa padaNya.

Aku mungkin bukan menantu pilihan kerana mereka telah terlebih dahulu mempunyai calon menantu lain untuk suamiku sebelum kami berkahwin.

Calon nya itu seorang yang berkerjaya dan senegeri dengan mertua. Sampai sekarang mertua masih berhubung dengan calon menantu idaman mereka.

Namun, apabila suami memilih aku, ya aku perlu mengharungi dugaan ini dengan redha walau terlalu banyak hati ini terguris.

Aku sentiasa di perli, di maluukan depan orang ramai oleh ibu mertua hanya kerana aku tidak bekerja. Apa saja suami belikan atau sediakan untuk aku ibu mertua pasti akan menyoal aku balik.

Dia akan menyoal aku di hadapan semua keluarga apabila kami balik ke kampung.

Kenapa aku guna kereta anak dia, kenapa makan di luar tak masak untuk anak dia dan macam-macam lagi. Padahal suami yang sediakan kereta untuk aku hantar dan ambil anak-anak di sekolah.

Untuk aku bergerak ke mana-mana bagi menguruskan perniagaanku. Adakah itu satu kesalahan? Bukan aku yang minta dia belikan kereta untuk aku.

Makan di luar pula hanya sesekali saja sebab aku suka masak. Tapi walau sesekali macam-macam aku di perli.

Malahan, pernah ibu mertuaku ikut semasa kami keluar bersama ketika di kampung bagi membeli keperluan hari raya.

Ketika aku ambil sepasang kain untuk di jadikan baju raya sambil tunjuk pada suami. Aku hanya bertanya pendapat dia cantik ke tak kain tu tapi aku bukan minta dia bayarkan.

Aku boleh bayar sendiri. Terus ibu mertua datang dan rampas kain di tangan aku dan meletakkan semula di rak sambil melarang aku dari menyuruh anaknya belikan untuk aku.

Aku terkejut namun aku hanya mampu diam sebab aku tak mahu keadaan jadi kecoh di situ.

Pernah juga aku pakai beg tangan baru ketika balik kampung. Bag tersebut pemberian mak aku yang mak belikan ketika dia melancong ke Sabah.

Terus macam-macam soalan ibu mertua tanya dan apabila aku ceritakan itu pemberian mak terus diperlinya seolah-olah aku tipu dan kejadian itu sekali lagi dilakukannya di hadapan semua saudara mara suami.

Kalau boleh mertua hanya nak aku berpakaian lusuh, duduk di rumah jalankan tanggungjawab sebagai isteri dan jangan ambil apa saja pemberian anaknya. Sebab itu apabila balik ke kampung, belum sempat duduk terus di suruh ke dapur.

Walaupun aku mempunyai ramai biras dan ipar perempuan, tapi apabila aku balik kampung hanya aku yang buat semua kerja dapur.

Ipar-ipar perempuan aku kalau masuk dapur pun hanya untuk minum, basuh tangan dan berlalu keluar walau nampak aku sorang-sorang masak di dapur.

Mereka tak pernah disuruh ke dapur oleh mertua. Aku pun tak tau kenapa layanan kepada biras-biras berbeza dengan aku.

Namun, mertua sering mengatakan biras-biras penat berkerja sedangkan aku tak ada kerja walaupun hari tersebut adalah hari minggu.

Kadang-kadang aku memasak sambil dukung anak sebab tak ada seorang yang sudi menjaga anak aku. Sebab aku tak dibenarkan minta tolong suami untuk menguruskan anak-anak atau apa saja di kampung.

Aku minta tolong suami ambilkan air untuk anak ketika aku suapkan anak makan ibu mertua akan halang sebab nanti anak dia penat,

Aku tak dibenarkan minta tolong suami mandikan anak-anak, tak dibenarkan suami jaga anak-anak walau ketika tu aku sibuk di dapur dan aku tak dibenarkan makan dulu sebab nanti tak ada orang akan jaga anak-anak.

Aku wajib bagi suami makan dulu dan selepas tu baru aku makan sambil pangku anak.

Begitu juga bila mertua datang ke rumah kami. Aku tak dibenarkan minta tolong suami buangkan sampah, uruskan anak-anak.

Malah ketika aku sarat mengandung juga mertua minta aku mop di dapur malam-malam dan basuh toilet sebab kotor katanya walau setiap hari aku dah mengemas.

Ketika kenduri di kampung juga, pernah aku minta tolong suami jaga anak di luar sebab suami berada diluar ketika itu sambil berbual dengan rakannya.

Aku terpaksa meminta bantuan suami sebab anak-anak berlari-lari di dalam rumah orang sedangkan aku ketika itu sedang membantu urusan di dapur.

Aku risau anak terlggar barang-barang kaca tuan rumah. Bila ibu mertua nampak dijeritnya dari dalam rumah suruh aku sambil tengok anak-anak. Jangan ganggu anak lelakinya berbual.

Mertua tidak akan sesekali menyuruh anak-anaknya membuat apa saja kerja rumah dan begitu juga aku tak dibenarkan kacau suami.

Walau banyak kali suami membantah dan ingin membantuku, ibunya tetap akan halang. Aku selalu berpesan pada suami ikut saja arahan ibunya sebab aku tak mahu dia jadi anak derhaka.

Jika mertua datang ke rumah kami, aku perlu ambil alih tugas suami hantar dan amik anak tuition waktu malam walau masa tu aku dah sarat.

Alasan mertua kesian anak dia perlu rehat esok kerja sedangkan aku tak kerja goyang kaki. Dah berpuluh kali mertua menyuruh aku kerja walau dia tahu sebab apa aku tidak bekerja.

Alasannya dia nak aku tolong kewangan anak dia. Dia tak suka anaknya uruskan keperluan kami anak isteri sorang-sorang.

Terlalu banyak lagi kalau aku nak bercerita di sini. Kini, hati aku dah tepu. Aku tak mampu lagi terima segala macam kata-kata, arahan dan dimaaluukan depan semua orang.

Aku tak membenci, tapi hati aku dah tak mampu untuk menjadi sebahagian dari mereka. Aku memilih untuk tidak lagi berjumpa mereka supaya hati aku lebih tenang.

Mungkin setahun sekali dua cukupla. Namun aku tidak akan halang suami untuk berjumpa mereka sebab aku nak suami terus menjadi anak yang baik.

Asbab PKP aku menjadi sangat bahagia kerana tidak perlu berjumpa mereka. Hinanya seorang suri rumah di mata mereka sedangkan tangan ni la yang menjaga anak dan keturunan mereka dengan sebaik-baiknya tanpa meminta apa-apa balasan.

Adakah aku berdosa memilih untuk tidak lagi berjumpa dengan mereka? Tapi siapa yang akan menjaga hati aku jika aku terus berhadapan dengan mereka?

Terima kasih kerana sudi membaca kisah aku dan maaf jika ianya terlalu panjang.

Ramai terkesan dgn perkongsian kisah pertama, apa reaksi warganet

Faz Nana, Sis buat dgr tak dgr.nampak tak nampak jer dgn mertua n ipar duai yg camni.asal suami anak2 ok sudah.nk puaskan hati org takkan sampai mana pon..jadi sis santai2 jer.yg penting sis kenyang suami anak kenyang sudah.

Putri Aween, sabarlah sis, kita ni orang luar, sampai bila2 pun kita tetap org luar, suami sy pun taksuka secukup rasa tu,

bila masakan jd pekat ke ape, secukup rasa tu yg disalahkan, tp sy pedulik apa, sy letakkan aje cara dia dr family yg berbeza, mmg akn ada percanggahan, chill2 je.

Nur Nadia, Sebenarnya kan kita je yg rasa sedih. Dorg ape pon idak.. Tp kalau jd menantu beripar duai nie hati kene kental. Jgn amik hati sgt.. dan jangan baik sgt .. sekali gitu depa buat kita . So lepas nie jaga jaga jela.

.buat ape yg kita suka pdulikan mereka.. rasa nk masak kita masak, depa tak makan takde hal.. xyah amik hati..

baru boleh happy, kalau nk ikutkn perasan mmg mnangis tiap hari la weh .. dan nnt kita yg fedup. So buat tak taw jela.. akhirnya depa yg akan malu sendiri .

Nani Hana, X apa sis.. org x sudi x perlu kita harapkan lg. Hidup kita ni kalau kita mengharapkan balasan manusia kita mesti akan kecewa instead sis berlapang dada shj dgn apa yg terjadi sbb kalaupun mereka x mahu berbaik dgn sis mereka yg rugi. Tp sis tetap dpt pahala sbb dh berniat utk bersiratulrahim..

Marisa Sofia, Sis kena belajar jgn try hard nk bg org terima kita syg kita..kita kena syg diri sendiri dlu bru kita akn hidup happy..kita mmg xakn dpt puaskan hati semua manusia kt dunia ni..jd jadilah diri sendiri..

yg pnting kita hormat dgn cara yg betul itu sudah memadai..nanti sis beli la ikan besar buat bakar,lamb grill..lepas tu sis makan je sorang klu diorang xnak mkn sudah la.bg diorang tgok terliur..biar la xnk mkn sgt kn..

Puan Hana, mcm ne abaikan je ape mereka buat tp sis buat je ape yang patut… ikut diorg nak sentuh makanan tu ke tak yang berdosa membazir tu diorg…

ceritakan semua pada suami takut suami dengar dari mulut family dia yang sis tak masak… org macam ne memang lama juga berubah dan sedar kita ne wujud jadi sis buat tak tau je.. semoga tabah ye sis.

Nur Zaleha, Sejenis manusia mcm ni melambak dik, masalah hati sbnrnya tu bkn sbb perencah meggie. X reti brsyukur dgn rezeki Allah. Kalau akk mmg dh serik dh.

Nk kata apa pun aku dh x kisah. Yg penting aku nk jaga hati sendiri dr disaakiti. Lpss ni dik xyah anto Apa2 mknn pun pi lantak mereka.

Eina Hamid, Biasa lah sis.. sy pun dulu mertua dok complain.. masakan sy manis lah.. apa la.. langsung x disentuh.. tambah makanan beli.. lagi x disentuh.. katanya takut nak mkn.. sedangkan dia masak masyallah masssssiiiinnnn..

nak telan ikan goreng pun x lepas tekak.. last last dia mengaku, tangan dia mmg asyik terlebih garam sbb dia dah biasa mkn masin..

sy tetap dgn style sy.. akan letak sikit garam,gula,cukup rasa.. nak makan,makan la, xnak lantak koooo lah.. yg kebulur tu kooo.. hahaha

Nur Alia, Xpayah p dh Lps ni sis . Klu sis Nk pi Pon xyah msak . Buat mcm Aku . Pi rmh mntua xpernh msak sbb prnh kena komplen . So mmg Aku xmsok kacau dpoq depa .

Dan xmau dh msak bwak p rmh depa . Senang . P nnti Beli ja . Jdi menantu prmpuan ni Hati mau kena kering . Jgn lembut sgt . kena kuat. Okey sis. Xmau sedih2 .

Asmah Anuar, Sis klu kena hina psl guna perencah maggi secukup rasa tu, sis nyanyi la kuatĀ² hebat hebat rasa maggi cukup rasa..ulang je lagu tu sampai la sis habis memasak dan memakan..

ingat mamee dgn maggi bukan satu company..maggi dgn cintan pun tak pernah tangkap cintan..dan ingat lagi ajinamoto itu salah ejaannya..yg sebenarnya AJINAMOTO..

klu sis nk sedap makanan tu,sis boleh guna produk seperti ADABI melazatkan, ADABI menyelerakan.mengandungi pelbagai rempah,melazatkan kari dan kuah..sis boleh juga guna BABAS.

Boleh nyanyi guna babas ni..babas sedap untuk guna kari kambing…tp yg paling penting sis guna belacan melaka la..bulat besor belacan nya..klu kena hina,boleh lempor belacan ni kt muka si penghina tu..