Hanya kerana tiada hantaran telefon bimbit, aku diperli dimalukan keluarga mertua

Foto sekadar hiasan. Nama aku Nelisa. Ini bukan nama sebenar. Catatan aku kali ini hanya ingin berkongsi kehidupan aku sebagai seorang wanita. Kalau sesiapa triggered, aku mohon maaf dahulu kepada kalian. Aku dilahirkan di Kedah, dibesarkan di Kuala Lumpur. Sejak dahulu memang aku tidak rapat dengan keluarga aku. Aku pelajari kesilapan dari pengalaman aku sendiri. Tiada siapa mengendah apatah lagi menasihati.

Sifat aku yang polos dan lurus menyebabkan ramai yang mengambil kesempatan. Setelah aku peroleh Ijazah, aku terus ditawarkan pekerjaan di salah sebuah Bank terkemuka di Kuala Lumpur. Menjadi seorang eksekutif muda, aku banyak pelajari sendiri kehidupan.

Aku pindah keluar dari rumah keluarga kerana sudah tidak tahan lagi dengan talam dua muka keluarga sendiri.

Sehingga aku bertemu dengan seorang lelaki, dari perwatakan memang cukup solat dan baik. Aku yang memang tiada rasa kasih sayang dari keluarga, terus menerimanya dengan hati yang terbuka.

Tapi malangnya selepas berkahwin, selepas sahaja akad nikah, perangai tembelangnya pecah. Rupanya sikapnya selama ini adalah penipuan semata-mata, dia marah kepada aku kerana tidak menyediakan hantaran telefon bimbit seperti yang dia mahukan.

Dia juga membandingkan aku dengan kakak iparnya, waktu abangnya berkahwin, kakak iparku menyediakan hantaran yang mewah.

Aku mengatakan, aku memang bukan seorang yang kaya. Dan dia juga bukan dari keluarga yang senang, sebab itulah aku tidak meletakkan sebarang hantaran kerana ingin memulakan hidup bersamanya.

Tapi aku tidak menyangka kerana tiada hantaran mewah, aku diperli dimaalukan oleh keluarga mertua aku. Aku hairan dengan manusia ni. Mereka pun hidup di PPRT sahaja. Tetapi demand melebihi orang kaya.

Setelah kecewa dengan tingkah lakunya, aku tidak menuruti dia pulang ke rumahnya. Ya, hari pertama perkahwinan dan masih tidak sempat disentuh olehnya, aku melarikan diri ke rumah kawanku.

Keluarga aku hanya bertepuk tangan dan menghalau aku keluar kerana memaluukan keluarga. Tapi bagi aku tidak mengapa. Dari aku hidup dengan lelaki sebegitu.

Aku terus failkan percraian. Sehingga staff disitu hairan apabila melihat tarikh perkahwinan tidak sampai seminggu.

Suami tidak mahu datang ke mahkamah walaupun sudah dihantar surat saman sebanyak tiga kali. Dia tuduh aku nusyuz. Tapi aku ingat perkataan hinaan dia kepada aku, aku kuatkan semangat.

Aku offerkan RM5000 sebagai ganjaran untuknya untuk melepaskan aku. Dah nama gold digger, pasti akan menerima walaupun hanya RM5000.

Tertalaklah satu sebagai janda berhias. Aku terus meminta ditukarkan ke cawangan Negeri Sembilan untuk memulakan hidup baru. Rupanya, masih tidak cukup dugaan aku alami.

Kerana berstatus Janda, aku kerap diganggu. Boss aku sendiri kerap menghantar mesej lvcah, dan aku adukan kepada HR, tetapi tiada tindakan. Isterinya datang ke cawangan dan memarahi aku.

Subhanallah, patutlah ramai wanita sanggup jadi punching bag dari jadi Janda, sebab dugaan sebagai golongan J ini amatlah besar. Aku terus berhenti kerja dan membawa diri ke negeri lain.

Sehingga sekarang aku menyendiri. Trauma dengan lelaki cukup tinggi. sehingga sekiranya kawan aku ingin berkahwin, aku akan jadi sinis. Aku terlalu berasa negatif kearah perkahwinan dan selalu menasihatkan wanita lain supaya tidak berkahwin.

Aku selalu mengikut confession di ruangan ini. Rupanya ramai yang senasib dengan aku. Dan ada yang begitu kuat untuk tidak berkahwin kerana takut dengan lelaki zaman sekarang. Ya, Aku faham perasaan mereka.

Hidup aku sekarang, masih tiada hala tuju. Umur sudah masuk 30 an, ibarat yatim piatu tiada keluarga.

Aku nasihatkan yang mana ingin berkahwin, kenallah dulu pas4ngan dan keluarganya sebaik mungkin. Jangan percaya kononnya cinta lepas kawin baru nak kenal.

Tak, zaman sekarang kita kena lebih berhati-hati. Aku taktahu apa jadi dengan masa depan aku, tetapi aku berharap para pembaca dapat doakan aku semoga aku menjadi terus kuat tanpa menoleh kebelakang lagi. Sekian coretan dari aku.

Kisah ke 2 lebih mendebarkan, baca perkongsian di bawah

Assalamualaikum semua pembaca. Nama aku Izaa. Ini kali ke 4 aku hantar confession ke sini. 3 siri sebelum mengenai sahabat ku. Ini adalah kali pertama aku cuba mengarang cerita mengenai ku. Entah cerita ku mudah di hadam atau tidak.

Jam 1.11 am, Isnin. Patut aku dah diulit lena tidor. Tapi aku banyak tidor petang tadi. Haha itu pasal tak boleh tidor sekarang ni. Jam jam begini lah satu perkara muncul di benak fikiran aku.

Fikir punya fikir, terdetik aku nak tanya para readers. Aku tahu issue ni common di kalangan para belia seperti aku, mungkin juga banyak confessor dah pernah post benda yg sama kt confession ni.

Dan banyak jawapan bernas yang diberikan. Dan aku terlepas pandang confession seperti itu. Aku cuma nak dengar pendapat kakak-kakak dan abang-abang sekali lagi . harap tak jemu baca ya..

Aku berumur 25 tahun, berasal dari Sabah. Bekerja di syarikat swasta selama 3 tahun, dan menetap di Kota Kinabalu 8 tahun. Sedikit intro pasal aku ya..soalan aku nak tanya ni soalan biasa di kalangan kami para belia.

Biasanya up to 25 tahun, ada terfikir untuk berumah tangga. Biasalah dah nampak kawan sekeliling mendirikan rumah tangga, punya suami, punya anak berderet. Hehe..tapi aku bukanlah terdesak untuk kahwin sekarang, cuma aku risaukan bakal suami aku. Sebab apa? Jeng jeng..

Aku risau dengan hantaran yang mak aku minta untuk lelaki yang mahu memperisteri ku nanti. Mak aku dah warning awal-awal cakap, kalau ada lelaki nak kan aku, cakap awal mak minta 20k. haaa terkejut kauuu.

Aku lagi la. Terus terang aku cakap..aku bukan kelulusan tinggi, belajar takat diploma saja. Dan aku terus sambung cari kerja company sekarang, untuk hulur duit buat keluarga memandangkan bapa aku dah bersara, dan cuma ada kebun kelapa sawit kecil untuk diusahakan.

Mak aku style kalau cakap putih, maka putih lah. Tak boleh bangkang nak cakap hitam. Aku juga akui aku ni degil, tapi degil aku untuk perkara macam ni mak aku tak boleh kompromi. *long sigh

Aku anak kedua dari 4 adik beradik. Aku ada seorang kakak, dan dia pun masih study. Setakat ni aku lah bekerja, dan selalu banyak menghulurkan duit bulanan. Tak besar, tapi cukup lah untuk mereka bayar bil bil kat rumah, dan sedikit belanja rumah.

Jadi korang dapat agak, macamana bergantungnya mereka pada duit huluran dari aku. Dalam keluarga kami, belum pernah ada mana-mana perkahwinan yang diadakan dari pihak kami.

Termasuk cousin-cousin aku. Dan jika aku lah orang pertama yang melangsungkan perkahwinan, memang diraikan besar-besaran. Sebab bagi mereka, ini adalah majlis pertama jadi mesti diadakan besaran.

Maksud aku, bukanlah sampai nak buat kat hotel ke apa, sekadar 5 khemah kat luar rumah aku dan macam-macam jenis lauk. Haha ambikk kau..

Aku pernah cakap saja-saja dengan mak aku. Nanti kahwin, ruangan depan rumah kita ni mak..boleh la letak beberapa khemah kan.Tapi taknak sanding luar, sanding kat dalam rumah sekadar gambar tatapan kenangan buat keluarga dan kawan-kawan cukuplah.

Mak aku curious, ada orang nak kat aku ke? Aku sengih ja. Mak cakap, klu ada lelaki nak kat aku, cakap awal itu hantaran mak mahu. Aku pun bangkang la, tak payahlah ma..kita buat biasa-biasa ja. Mak aku apa lagi, bertegas lah. Nanti ramai saudara nak datang, kawan mak nak datang.

Kawan bapa kau nak datang. Anak kampong sebelah yang belajar takat SPM pun hantaran 15k, apatah lagi kau yang ada diploma. Haaa korang rasa, mcmna lagi aku nak lawan cakap mak aku ni.

Aku betul-betul kasihan siapa lelaki nak memperisterikan aku ni haa..serius wei. Aku tak mahu hantaran tinggi macam tu. Aku kesian nanti macamana bakal laki aku nak cari duit. Aku lagi tahu lepas kahwin lagi banyak guna duit.

Aku bukannya banyak simpanan, aku pun sekarang kais pagi makan pagi..haha gaji pun takdalah besar mana. Family kami pun bukanlah jenis berada, and aku tahu mak aku bukan jenis mata duitan. Harap jangan salah faham ya. Mak aku typical mak mak yang nak nampak gah sikit berbanding orang lain dalam bab-bab majlis-majlis begini.

Apatah lagi tinggal di perkampungan. Mungkin juga dia nak kan kesempurnaan untuk majlis anaknya. Dan aku tak mahu perihal wang hantaran jadi bualan antara keluarga kami dan keluarga bakal laki. Bukankah perkahwinan menghubungkan dua keluarga asing.

Cakap pasal bakal laki. aku takut bila cakap pasal wang hantaran, tak da sudi memperisterikan aku haha lawak weh. Aku ni jenis naif sikit, blur-blur. Tak pandai manage sangat kehidupan, cuma aku style go with flow.

As long ke jalan benar huhu aku ni umur 25 tahun, baru dua kali bercinta. Haha mak aku dari aku sekolah menengah cakap jangan bercinta. Aku ikut cakap mama. Zaman cinta monyet memang aku tak rasa sangat, dating lepas sekolah ka memang aku tak rasa.

Tapi crush senior tu pernah lah. Dari form 3 sampai form 5, minta nombor, sent mesej persahabatan yg pjg2 tu haha. Sampai ke habis sekolah, tak bercinta dengan senior tu. Lepas tu, masuk zaman kolej.

Dapat geng budak lelaki, sebab course aku ambik majority lelaki (IT). Aku tak de berkenan sorang pun dari geng-geng aku ni sebab aku kalau dah cop as friends, takda maknanya aku nak buat lebih dari kawan. Sebab aku lebih menghargai persahabatan. Ia kekal selamanya. Betul tak?

Dah masuk tahun kedua, baru lah aku berkenan dengan kawan satu course housemates aku. Haha kira first boifren lah. Sayang tak payah cakaplah..memang aku sayang. Sampai dah break after 1 year, dia nak rujuk. Aku accept ja.

Bila kali ke dua perhubungan, dia still buat hal. Aku minta break. Aku fikir semasak-masaknya..dari aku skit hati, baik aku jaga hati aku dulu. Betul org cakap, sebelum kau nak sayang orang, sayangi diri dulu. Dan aku buat.

Aku tinggalkan dia. Dan single beberapa tahun. Aku rasa aku lebih banyak waktu single dari bercinta . tapi bab-bab motivasi jaga hubungan,move on aku pandai nasihat kawan haha

4 tahun aku single. Kemudian aku jumpa seseorang yang aku nak bawak ke masa hadapan. Sorry eh aku selit sikit cerita aku, kalau memanjang citer family aku, memang bosanlah.

Ini cerita tahun lepas, aku kenal si dia tanpa segaja di media social. Masa tu, aku tak letak pun gambar kat profile. Saja nak tengok, ada tak lelaki nak kawan tanpa tengok paras rupa. Itu kira ujian first lah. Ok dia lulus.

Kawan dengan aku tanpa mengetahui jelas bagaimana sebenar paras rupa aku. Aku akui aku bukan terms macam perempuan kat luar sana, yg pandai mekap,putih melepak.

Kening pun aku tak cukur,tak pandai lukis kening, sekadar apply eyeliner, eyeshadow dan lipstick sikit. As long nampak fresh sikit muka dan tak nampak macam hantu haha Then kami mula-mula berkawan, share rutin seharian masing-masing, dan get more feeling.

Masa tu kami berhubung jarak jauh, dia di KL, aku di sabah. Memang teknologi saja yang menghubungkan kami (chat,call, videocall) . Nak berjumpa, memang besar sikitlah kos. Dan kami hold perjumpaan.

Aku masa tu umur 24 tahun. Aku berpikir, aku malas nak bercinta as persinggahan dan tiada perancangan dalam sebuah perhubungan. So aku approach dia, aku cakap dengan dia..apa kata kita buka satu account bank.

Every month kita masukkan duit kat situ, tak kira berapa amount as long ada. Jika kita ada jodoh bersama, kita gunakan duit tu duit kahwin tapi kalau tak kesampaian, kau ambik bahagian kau, aku ambik bahagian aku. And he agree dengan cadangan aku.

Time tu aku gembira, sebab aku ada someone yang aku nak bawak ke masa hadapan aku. Mula-mula aku tak yakin boleh bagi komitmen dalam perhubungan jarak jauh. Tapi sebab aku jumpa seseorang yang betul-betul sayangkan aku. Aku menahan perasaan rindu sayang segala. Ceh

Aku kan dah lama single haha dan bila ada orang sayang, fuyoo..beginikah orang angau bercinta? Haha handphone memang tak lepaslah. Tengah memasak pun dia nak tengok aku masak macamana.

Tapi ada pepatah kata, “ Tuhan tu ada banyak cara untuk tunjuk setuju atau tidak Dia dengan pilihan kita. Jangan prejudis pada Tuhan. Dia sebaik-baik perancang..”

Hubungan kami bermasalah kemudiannya. Macam biasalah eg0 dan dia ada masalah family masa tu. And he decide to break up. Kita tak boleh pergi jauh,katanya. Dia ada masalah family. Family dia paksa dia loan untuk tutup hutang abang dia memandangkan hanya dia seorang saja kerja bagus.

Masa tu, aku tak tahu dia menghadapi masalah keluarga dia . aku lagi buat hal. Sampai dia buat keputusan untuk break off this relationship. Dia pulangkan semua duit yang aku masukkan ke account kami.

Masa tu seminggu aku hiilang arah haha macam typical orang putus cintalah. Mandi tak basah, makan macam tak makan, tidur tak lena, asal bangun rasa macam nak nangis. Pernah sekali, aku nangis dalam kereta Uber. Nasib driver aku tak perasan haha

Bila dia cakap, perkara sebenar kami break-off..aku rasa bersalah. Sebab masa hubungan kami bermasalah, aku eg0. Aku taknak ambik tahu apa terjadi padanya. Walhal hal genting begitulah dia perluukan aku. Dia rasa pressure stress semua, sebab dia dipaksa loan untuk bantu bayar hutang abangnya.

Padahal dia nak simpan loan untuk beli rumah atau apa aset-aset. Dia cakap bukan masa sekarang dia memikirkan masa depan dia, dia kena fikir hal selesaikan hal loan dan keluarganya.

Dan aku redha and the same time, aku lega. Sekurang-kurangnya dia lepaskan aku bukan, tak sayang. Tapi ada perihal yang lebih penting.

Dan aku recover sebulan selepas tak kesampaian cinta jannah aku. Haha dan hingga kini kami still berhubung. Tapi boleh tahan janggalnya, tiada lagi panggilan sayang, tiada lagi caring each other. Cuma hanya sekadar pertanyaan khabar yang datang singgah di whatsapp. Jodoh akan datang bila waktunya tepat.

Aku teruskan hidup. Tak m4ti tapi rasa kosong. Aku terlepas seseorang yang tulus menyayangi aku. Tak mengapalah. Bukan jodoh. Hihi

Awal bulan 4 baru-baru ni, aku ada urusan ke Kuala Lumpur plus bercuti berjalan-jalan 5 hari. Maka aku susun atur perjumpaan dengan si dia. Si dia yang pernah bertakhta di hati.

Hati berbunga-bunga bercuti ni. Dia pun excited nak jumpa kali pertama. Biarpun as ex. Tapi kami tetap berkawan baik. Aku tetapkan dalam hati, jangan bermain perasaan. Nanti saakit.

First time kami berjumpa kat depan SOGO haha masa tu aku tengah layan busking depan SOGO sambil tunggu dia habis kerja. Dia kerja kat Wangsa Maju. Jadi memang jauhlah dia ke tempat aku. First time jumpa, gila tak dup dap haha..pertama kali jumpa, first impression aku. Eh hensem rupanya bekas boifren aku ni.

Haha lelaki memang cam tu eh? Dalam gambar, muka biasa-biasa. Bila jumpa depan mata, eh hensemnya hahaha plus comel lagi. Eh please jangan senyum mencairkan hatiku lagi. Haha begitulah bingit-bingit dalam hatiku masa tu.

Kemudian dia bawak makan area tempat biasa dia makan. First tempat dia bawak makan, gerai area Wangsa Maju. Pertemuan kali pertama kami berjalan lancar, macam dah lama kenal. Senang untuk berinteraksi.

Rupanya putus cinta tak saakit, yang saakit sudah putus tapi masih cinta. Haha mungkin itu yang kami rasa. Banyak tempat dia bawak jalan, yalah aku kan lama tak ke KL. Bawak ke Danau kota, pergi makan cendol kat Kg Bharu, makan kat Urban Street Dining.

Dan aku paling suka, kami ke Bukit Ampang. Serius memang lawa permandangan sana. Aku teruja. Di situ, kami duduk berdua, minum minuman favourite sambil menikmaati permandangan kota raya.

Di atas sana, kami getting more hard conversation. Talk heart to heart. Bukan untuk kembali bersama tapi untuk clearkan apa yang pernah terjadi. Dia bagitahu terus terang apa yang terjadi sampaikan dia buat keputusan untuk break off.

Dia dah cakap awal-awal kat aku, dia tak boleh bagi komitmen dalam perhubungan jarak jauh. Aku akur. Aku mengangguk faham, at least dia awal-awal tarik diri sebelum kami pergi jauh dan buat dua hati lebih terluuka.

Dan aku juga begitu. Kami berlapang dada tentang apa yang terjadi. Aku cakap sejujurnya dengan dia, Tuhan takkan saja-saja perancangan begini. Mesti ada hikmahnya. Aku berterima kasih atas kasih sayang mu selama ini, tapi aku tahu sekarang ni bukan ada jodoh kita bersama. Kita bersangka baik sajalah.

Manatahu masa akan datang kita ada jodoh bersama? Ataupun kita sama-sama dapat jodoh yang baik. Kalau memang kita tiada jodoh, kenanglah aku sebagai the best kawan sabahan mu ya. Haha masa tu aku senyum tengok si dia, tapi dalam hati…menangis.

Betul saranan kawan aku. Kalau pisah cara baik, cakap lah yang baik-baik agar dua hati tidak terluuka. Siapa kita hendak mempersoalkan keburukan atau kesalahan si dia? Walhal kita juga ada kekurangan. Manusia tidak sempurna. Again, aku terlepas seorang lelaki yang baik.

Alamak dah panjang pulak aku taip ni. Aku minta maaf ya kalau confession aku merepek sangat. Aku cuma mampu luahkan perasaan melalui penulisan. Kalau aku buat bebenang kat twitter, panjang sangat ni haha tapi aku takda twitter, tak reti main. Dan aku tak ramai kawan, cukup sekadar ada dengar keluh kesah yang aku alami.

Berbalik perihal keluarga ku. Mama aku pernah cakap, kalau boleh..cari lelaki orang Sabah saja. Bukan mama aku tak nak menantu belah semenanjung. Mama nak anak-anak dia lepas kahwin, duduk sekitar Sabah saja.

Senang balik kampung atau emergency katanya. Yalah, typical mak mak kan. Tapi jodoh siapa yang tahu? Kot kot luar Negara, lagi jauh jawabnya haha..dia cakap lagi, kalau bakal lelaki belah sana pun, make sure yang menetap kat Sabah dah. Amboi makk..banyaknya syarat. Aku agak, aku memang lambat kahwin lah ni. Haha

Rasanya ada yang senasib dengan keadaan aku kot. Kami sebagai bakal bride masa akan datang, tidak meletakkan hantaran tinggi dan majlis yang gah tapi apakan daya, permintaan keluarga buat kami tak boleh buat apa-apa. Apatah lagi, restu keluarga penting dalam perkahwinan. Kang aku bawak kahwin lari, kena cop anak derhaka pulak haha.

Sekian saja lah coretan aku yang ntah apa-apa ni, aku tengah menghabiskan sisa sisa perenggan di pc office. Teruk insomnia aku sampai pkul 4 pagi. Harap penceritaan aku di fahami.

Sekiranya kakak dan abang semua ada pengalaman atau ada tips untuk saya yang noob ni, sharelah ya. Saya hargai komen kalian. Terima kasih para readers kalau baca hingga ke hujungnya.

Mohon maaf kalau cerita berterabur atau penceritaan kurang memuaskan. Semoga Allah merahm4ti kalian semua, Assalamualaikum saya akhiri semua.

Ramai terkesan dgn perkongsian kisah pertama, apa reaksi warganet

Fauziah Kamal, Nampak confesssor ni matang .. Actually you know what you want in your life dan tahniah berjaya elak dari hidup dengan orang yang toksik .. Pasal title J, just buat dia macam title V1P, jangan anggap rantai macam membelenggu diri. Feeling V1P, sebab tu rmai tertarik dan menyibuk.

Biar je title tu, teruskan hidup dengan positif. Ada rezeki, Allah kurniakan lelaki yang baik. Kalau tiada, ada banyak lagi cabang rezeki Allah nak beri dan moga ada limpahan kasih syang utk confessor, kalau pun bukan dari keluarga mungkin dari orang2 luar yang lain.

Atikah Nasir, Saya tahu confessor seorang yang sangat berdikari, tabah & kuat semangat.. Tindakan yang confessor ambil utk keluar dari hidup lelaki tu bagi saya 1 tindakan yg terbaik utk sis..

Insha Allah ada sinar kebahagiaan utk sis nanti.. Semoga Allah permudahkan segala urusan sis dan berada dalam lindungan Allah SWT.

Suzi Ros, Confessor sgt tabah. Jgn biarkan kata2 org lain melemahkan anda. Bykkan akt masy & keagaamaan. Cari ruang utk bergembira dgn cara kita. Rapatkan diri dgn Allah. Semoga Allah sentiasa bersamamu.

Ungku Nor, Sayang diri sendiri dulu sebelum nak sayang org lain. Pastikan jugak jgn tinggal istikharah tiap kali nak buat keputusan. In sya Allah tak gelincir. Jgn takut sendirian. Allah ada. Allah jaga kita. Itu yang akak pegang sejak dulu.

Izzy Rashid, Bagi saya tindakan sis untuk minta crai agak terburu2 sbb sis tak cuba dulu hidup dgn die,tgok dulu macamana..tp takpela dah terjadi kan..takpe sis.. Insha Allah akn ade jodoh terbaik utk awak…

Sekarang jgn str3ss2 just focus kerjaya, cari duit byk2..manjakan diri,cantikkan diri..shopping,pegi facial,travel tmpt2 best.

kalau sia fikir hidup sis teruk fikirlah ade org y lg teruk dr sis.. even hidup sy sekarang ni pun quite hard sometimes sis..i’m still hanging there.

Rohayu Hashim, Semoga nelisa terus tabah. Dipermudahkan segala urusan, diberi kesihatan yang baik, murah rezeki.. Sentiasa dlm Rahmat Dan kasihsayang Allah.

Terus tabah dik, ada rezeki awak dpt jodoh dan keluarga yg lebih baik. In Shaa Allah. Walau tiada bahu utk bersandar ketahuilah Allah sentiasa disisimu.

Salwa Omar, Dunia akhir zaman. Selama ni perempuan je yg digelar piisau cukur, isteri dkatakan kikis duit suami, isteri penghabis harta laki rupanya sekarang ada juga suami yg ambil tempat isteri sebegini….

Apapun puan buat keputusan yg dah terbaik bg pihak diri puan. Didoakan puan sentiasa dipermudahkan urusan oleh Allah.

Qis Eyka, Gyla pny jantan.. igt kita ni kje cop duit ke walaupun kje bank.. sndiri pn mkn pagi kais pagi, mkn ptg kais ptg lgi mau demand, Jantan mcm tu elok humban dlm tong sampah je.. jgn risua awk.. jdi janda ni xmestinya akn janda selamanya..

awk just enjoy je dgn life awk skrg ni.. in sha allah satu ari nt Allah akn hadirkan seseorang untuk temani awk hingga ke hari tua.. jgn hidup brtemankan toksik dlm kehidupan, kelak kita yg merana.. better being single first..

kenal diri abis2 dlu.. beside awk pn ad kje yg kukuh, jdi jgn risau.. kenal seseorang tu biar habis-habisan.. jmp mak bapak knal betul2.. jgn disebabkan awk rsa awk kurang kasih syg then awk terima je sp2 yg hadir dlm hidup awk..

smua tu xmnjaminkan kebahagiaan.. bahagiakn diri sndiri dlu.. ad msalah mengadulah pada Allah.. n last, sy doakn awk temui insan yg akan mmberikan kebahagian hingga ke syurga buat awk.. in sha allah.. aamiin.

Ain Sein, Acahnye ex hang tu nak demand hantaran mahal.. Weyhh sedaq diri sikit weyh dia tu pon miskin..eh aku plak panas hati… Takpa hang sabaq.. One day nanti hang jumpa lah someone yang terbaik untuk hang.. Naseb laa hang tinggai dia.. Kalau x ntah apa lagi yg dia nak kikis dari hang.

Syaz Wany, Kepada future mother and father diluar sana didik lah anak lelki dan perempuan dengan betul jangan manjakan anak lelaki dari segi kerja rumah… Berikanlah anak lelaki dan perempuan tanggungjawab yang sama, supaya dah besar nanti tidak menyusahkan pas4ngan mereka.

Elaklah mentality perempuan kena buat semua kerja mentality orang melayu dipanggil… Sedangkan akhlak rasullullah s.a.w sangat berlainan. Dalam perkahwinan isteri cuma menolong suami sahaja…

Suamilah yang bertanggungjawab semuanya dalam perkahwinan. Jangan kahwin kalau semuanya ditanggung Isteri.