Hairan isteri nk smpaikn sesuatu dri lukisan dia, tp aku malu nk hantar dia ke hspital utk cek

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalam semua pembaca. Benda ni aku pendam 7 tahun berkahwin. Aku bukan nak buka aib sesiapa disini. Tapi aku perluukan bantuan atau cara nak bawa isteri aku jumpa pakar. Isteri aku ada masalah mental.. tapi bukan giila. Aku pun sebenarnya tak tahu kondisi dia apa. Takpelah, aku cerita, mungkin ada yang tahu isteri aku ni sebenarnya ada saakit apa..

First sekali, isteri aku ni datang dari keluarga bermasalah. Ibu dia ‘kupu-kupu’ malam. Ayah dia selalu pkul dia masa kecil.

Kemudian kahwin dengan isteri baru pastu tinggal dia macam tu je. Jadi, dia terpaksa kerja start umur 13 sambil sekolah menengah secara haram.

Haram sebab umur 16 baru legal kerja.. aku kenal dengan isteri masa dia umur 20, aku 25. Kami kahwin lepas 6 bulan.. aku sebenarnya niat nak tunggu lagi.

Tapi disebabkan kami bukan mahram, aku tak boleh nak protect dia yang seorang diri. Sebab tu aku pilih untuk cepatkan pernikahan.

Lepas sebulan nikah, isteri prgnant. Dia berhenti kerja dan duduk dirumah. Dia memang jadi isteri yang baik. Sampai air basuh tangan pun dia hidang walaupun aku taknak. Everything is okay, perfect.

Tapi, aku perasan banyak sangat lukisan, kertas yang dah dironyok dalam tong sampah. Kat dinding bilik tetamu penuh dia tampal lukisan yang aku tak sangka dia pandai melukis.

Tapi… semuanya macam ‘dark’. Satu lukisan tu perempuan kecil tengah menangis.. satu lagi tu perempuan kecil tengah duduk kat atas curam yang tersangat tinggi.. dibawahnya ada tangan-tangan hitam sedang cuba menarik.

Ada lagi yang perempuan tengah lmas dalam laut… cuba untuk keluar ke permukaan. Dan beratus lagi lukisan yang seakan macam tu.

Pada awalnya aku tak fikir banyak. Aku cuma ingat isteri aku ni suka melukis. Tu jela.. sampai lah lepas bersalin. Dia tak nak mak aku jaga dia masa pantang. Ibu dia memang dah lama tak contact. Nak upah orang jaga kat rumah, dia pulak taknak.

Betul-betul berkeras nak pantang seorang diri. Aku ni kerja pkul 7 pagi sampai 11 malam.. cari duit lebih demi anak isteri kan.. jadi memang takde kat rumah waktu tu.

So isteri yang buat segala benda dari mandikan anak, sediakan makanan sendiri, buat kerja rumah dan lain-lain. (Masa ni dah suruh dia rehat, jahitan dia kat bawah tu banyak, tapi dia kata boleh buat). Aku pun anggap everything is fine.

Sampai lah one day aku cuti.. anak aku menangis tanpa henti. Biasalah baby memang kuat menangis.. tiba-tiba isteri aku ambil piisau.

Terkejut beruk aku. Dia cuba nak bvnuh diri dia, aku pujuk slow-slow tak jalan. Aku terpaksa berkeras sikit demi nak dapat piisau tu..

Masa tu tiba-tiba ada keluar drah dari kain dia.. menggelabah aku angkut pergi hspital. Rupanya jahitan banyak terbukak.. Allah.. masa ni aku betul marah.

Aku kemas barang dia pergi rumah mak aku, mintak mak aku jagakan sampai dia betul-betul sembuh. Tapi lepas 3 hari dia kemas balik barang dia naik teksi balik rumah..

Aku tanya kenapa buat mcm tu.. dia jawab sebab dia tkut kena marah. Takut kena marah yang rumah tak kemas dan dia tak buat kerja.. dia asyik ulang banyak kali perkataan ‘takut’.

Takde siapapun yang marah dia. Aku boleh je nak hantar baju pegi dobi atau basuh sendiri.. siapa yang marah dia? Sampai sekarang aku tak tahu.

Kami ada anak umur 6 tahun, 4 tahun, dan 8 bulan. Setiap bersalin mesti dia yang paksa diri nak uruskan.. setiap kali pantang dia akan ulang perkataan ‘takut’ orang mrah yang dia tak buat kerja asyik rehat.

Aku dah lain macam dah tapi cuba cool kan diri.. siapa yang marah dia? Ayah dia ke? Hmm. Lagi-lagi dengan keadaan dia tak boleh tidur malam.

Start kahwin sampai sekarang dia tak pernah tidur sebelum subuh… kalau dia terlelap sebelum subuh, dia akan mimpi ada ayah dia pkul dia.. hentak kepala dia.. dia meracau racau takut

Pada awal nya aku buat tak endah. Tapi sekarang ni aku mula rasa yang dia ada satu tr4uma masa kecil yang dia tak pernah dapat nak buang.

Aku sendiri tak tahu nak tolong macam mana. Kalau aku bawa dia pergi hspital, aku risau doktor panggil aku ni yang giila.. oh ya, disebabkan dia tak boleh tidur malam.. kalau besoknya ada urusan yang kena pergi pagi, dia paksa diri dia untuk pergi jugak.

Dan bila dia tak cukup tidur, perangai dia dari sopan santun, baik hati, lemah lembut, bertukar 360 darjah macam orang tak siuman.. piisau tu dia toreh-toreh kat tangan.. menangis.

sambil ulang yang takda siapa sayangkan dia.. takda siapa nakkan dia.. dia rasa sorang-sorang… padahal setiap kali tu takde angin bergoncang pun.. takde bergduh ke apa pun..

Disebabkan benda ni dah lama aku hadap.. aku ada sikit improvement untuk handle dia.. prinsip aku, bila dia fikir dia tak layak jadi seorang ibu atau isteri, then minta crai atau lepas, aku akan fikir benda lain.

Aku takkan ucap langsung perkataan tu kat depan dia. Walau macam mana pun, dia isteri aku. Aku sayang dan takkan lepaskan dia selagi aku masih hidup.

Setiap kali dia tak cukup tidur, aku akan elakkan dia dari nampak piisau. Dan terus dodoikan dia sampai tertidur.. walaupun aku dah lambat nak pergi kerja.

Masa aku takde, aku pantau rumah melalui cctv.. banyak kali nampak isteri kurung diri dalam almari masa baby tak berhenti menangis. Lepas 10 minit dia akan keluar balik dalam keadaan tenang.

Oh ya, dia ada hyperventiliation. Banyak kali jadi, memang kerap bila panic datang, dia hembus guna plastik… kalau tak dapat kawal, jari-jemari dia akan jadi bengkok.. keras dan sejuk.. aku risau p4tah je. siapa yang pernah tengok tu tahu la macam mana.

Lukisan-lukisan dia dalam masa 7 tahun ni dah boleh penuh satu bilik.. aku biarkan je asalkan dia bahagia. Tiap kali trauuma tu datang, aku akan jaga isteri macam anak kecil.

Yang perlu dibelai, perlu didodoikan, perlu dipluk, ucap perkataan sayang banyak kali tanpa henti.. sampai dia tertidur.. Waktu dia normal, semuanya okay.. rumah kemas dengan bersih.. makanan sentiasa ada.. solat cukup.. mengaji.. ajar anak-anak pelajaran..

Tapi, walaupun aku dah dapat cara untuk handle, jauh disudut hati aku. Aku tertanya tanya, betul kah cara aku ni? Ada ke yang aku silap? Aku ingin jugak isteri aku dapat tidur normal macam biasa..

Aku sebenarnya taktahu kondisi apa yang ada kat isteri aku.. nak kata depressed pun ada, nak kata tra uma pun ada, nak kata insomnia pun macam ada.. nak kata split personality pun ada..

Aku taktahu nak refer pada siapa.. nanti orang kata aku pulak yang glla.. lagipun aku tak pernah bercerita pasal ni kat sesiapa pun walaupun mak ayah aku sendiri. Lagipun bila dengan diorang, isteri aku ni normal.. hmm..

Walaupun banyak kali isteri nak cederakan diri dia, setakat ni tak pernah dia cederakan aku atau anak-anak. Dia macam ada satu dndam pada diri dia.. yang aku pun tak tahu apa benda.. aku tahu banyak lagi yang dia tak cerita pada aku pasal tr4uma dia masa kecil.

Kalau aku terpaksa hadap perkara ni sampai tua, aku redha. Orang lain diuji dengan benda berbeza-beza.. mungkin ini bahagian aku.. Allah Maha Pengatur setiap hidup hamba-hambaNya.

Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet

Awin Maria, Aku pula yg menitis air mata baca kisah ni…aku blh rasa mmg ada tekanan di jiwanya kesan dr pembesarannya…smg suaminya terus tabah dlm menghadapi isteri yg mmg mmerluukan moral support perhatian n kasih syg.

Umi Kalsom, Pergi lah berjumpa pakar kaunseling utk bantu isteri atau pakar psiikiatri dihspital utk bantu… Xkan nk biarkan begitu sepanjang hayatnya… Nanti ank2 pun terkesan sama, bantu lah dia…

Anda seorg suami yg sgt btggjwb dan dia pun seorg isteri yg baik dan btggjwb tp tlh melalui tr4uma yg pnjg dlm hidup nya dan Allah temu kan isteri dgn seorg yg bertggjwb.

BANTULAH isteri utk mengatasi tr4umanya supaya dia blh hidup tenang sehgga akhir hayatnya.

Mashi Saidi, Hebat nya suami mcm awk. Isteri tu mgkin fobia ditambah dgn kekangan hidup mslh kluarga mak ayah yg brmslh smua tu bole menyebabkan dia jdi mcm tu.. Smoga cpt pulih isteri awak.

Rizki Ahmad, Mulia sungguh hatimu wahai suami.bgt iri mendengarnya. smoga istri cepat sembuh dn suami di beri kesehatan dn umur panjang amiiiin.

Mia Hamid, Semoga mendapat penyelesaian yang baik menangani masalah isteri awak. Apapun pendapat saya bawalah isteri jumpa pakar psikiatri.

Jangan dibiarkan tanpa rawatan. Isteri awak perluukan bantuan untuk hidup normal. Semoga dipermudahkan segalanya.

Syarina Huda, Bagi aku tt ni sangat bodohlah… kau dah tau bini tak berapa betul sbb traauma, kau masih boleh biarkan dia sendiri di rumah dgn anak2… kau pasang cctv kalau dia bn0h ank2 tu kau sempat ke nak selamatkan.

Hanya nasib saja masih menyebelahi keluarga kau… bila2 masa boleh maati terbn0h, bila2 masa bini boleh bn0h diri. Kau kerja dari jam 7 sampai 11 mlm tinggalkn bini tak siuman kat rumah…

Kebangangan apa ka ini bro… kau jangn menyesal kalau nasib sudah tdk berpihak dgn kau ya. Seperkara lg… anak dah 3 cukuplah. kau jangn tunggu sampai ank bederet dn bini meroyan sampai ada yg maati terbn0h baru ko nak nyesal yaa.

Dhia Hayati, pertama sekali tahniah sbb tuan dah menjadi suami dan ayah y paling sempurna buat dia dan anak2 tuan..cara tuan buat tu sngt2 bgus…isteri tuan tr4uma dgn kisah2 silam dia….dan dia rasa hidup dia kosong walau pun tuan ada di sisi dia.

Sebaik nya lagi tuan bwk dia p jupe pakar psikiatri…bg dia semangat y baik2…sentiasa ada dgn dia….semoga tuan isteri dan anak2 di lindungi Allah swt sentiasa.

Nur Hanum, Allahu..bawak isteri jumpe dokter bro..ko suami yg bertnggung jawab..jumpe dkter psiikiatri tak bermakna kita ni giila..in shaa allah.

Isteri ko akan sihat bila dpt rawatan yg sesuai..semoga allah melindungi ko n keluarga ko dan dipermudahkan segala urusan.

Sarimah Sigai, Bawak la isteri jumpa pakar psikiatri… ada ubat2an yang sesuai untuk mengawal s4kit dia. Toreh2 tu namanya self harm. Dia tak rasa saakit.

Tp dia s4kit kat dalam jiwa dia. Dah betul dah tu cara confessor jaga isteri. Memang terbaik. Harap berkekalan kasih sayang kepada isteri. Bawak la dia berubat.

Zulaikha Hamzah, Saya cadang kan awak bawalah dia pergi pakar psiikiatri. Isteri awak ni mengalami tr4uma yang teruk.

Bawa sekali rakaman cctv sebagai bukti supaya awak tidak dikatakan mereka2 cerita. Jangan biarkan dia seorang. Temani dan layan dia berbual. Gembira kan hatinya.

Munir Raz, Kalo boleh sya bgi saran.. Tolong bwa pgi rmh p ustad.. Sbb biasanya org yg sllu susah tidur mcam istri awak.. Ada gangguan Dr mkluk lain..

Knape sy ckap mcam ni krn jiran sy pun mcam istri awk… N dia di smbuhkan p ustad.. Skali lgi sy Minta Maaf, sy hny bg saran

Apa pula kata dan pendapat anda. Jangan lupa kongsikan di ruangan komen