“Hafiz tahu hargai orang yang dia sayang” – Netizen

Akhirnya acara besar Anugerah Juara Lagu yang dinanti-nantikan pada tahun ini telah melabuhkan tirainya pada malam tadi. Pasti ramai yang masih teruja dengan persembahan-persembahan hebat dari artis tempatan kita yang telah dilangsungkan di Axiata Arena semalam kan. Anugerah Juara Lagu pada tahun ini telah diadakan dengan ulungnya dengan persaingan yang amat sengit dari 12 finalis yg mara ke pertandingan sebenar.

Disinilah tempat penyanyi dan komposer lagu diberikan penghargaan yang luar biasa di atas titik peluh keringat mereka demi menciptakan sebuah lagu yang indah dan diminati ramai. Diantara 12 finalis tersebut, Hafiz Suip dengan lagu Kisah Cinta Kita merupakan salah satu artis yang turut memberikan persaingan sengit pada malam tadi. Ramai yang terpaku dengan keromantisan yang telah dipamerkan oleh Hafiz Suip kepada isterinya.

Lain pula ceritanya pada anugerah yang lepas apabila Hafiz berjaya menjadi finalis dengan membawa lagu Awan Nano yang popular pada ketika dulu. Kalau sebut saja nano nano pasti akan teringat sosok seorang Hafiz dengan rambut keritingnya itu. Pada persembahan lalu, dia memilih untuk membawa ayahnya ke pentas besar tersebut untuk bersama-sama dengannya sewaktu memberikan persembahan. Sayangnya Hafiz dekat ayah sampai bawa ke pentas kan.

Pada Anugerah Juara Lagu pada tahun ini, Hafiz sendiri telah memilih untuk menggambarkan keseluruhan lagunya untuk isteri tercinta. Sudah maklum bahawa lagu tersebut merupakan lagu cinta darinya buat isteri yang menunjukkan betapa kasihnya dia kepada Nureffy Jesreel. Pasti ramai yang cemburu melihat betapa romantisnya Hafiz yang langsung tidak malu untuk menunjukkan sayangnya kepada khalayak umum. Betapa beruntungnya kan isteri Hafiz malam tadi.

Para netizen telah membandingkan kedua-dua persembahan tersebut yang kedua-dua juga telah berjaya membolot hadiah sebagai persembahan terbaik. Pada malam tadi juga, rezeki berada di pihaknya dengan berjaya membolot dua sekali anugerah iaitu vokal terbaik dan persembahan terbaik. Sikap Hafiz yang penyayang ini telah dipuji para peminat dan orang ramai sendiri.

Apa pun tahniah diucapkan kepada Hafiz Suip kerana telah memberikan persembahan yang amat baik pada malam tadi. Siapa tak kenal lagi dengan bakat Hafiz yang boleh menyanyi dengan merdu dalam apa situasi sekali pun kan. Tahniah Hafiz Suip.

Sumber: Twitter hanifjamals

Artikel ini disediakan oleh Informasi Viral. Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*