“Geram betul lah tengok Kasih m4rah Danish”- Netizen

Drama Ironi Kasih di slot akasia gandingan lakonan Intan Najuwa dan Aqasha menjadi tumpuan ramai penonton walaupun drama tersebut baru ditayangkan pada 2 April lalu. Kehangatan setiap episod drama Ironi Kasih membuatkan penonton mula timbul perasaan m4rah dan geram dengan lakonan Intan Najuwa sebagai Kasih. Berhasil juga lakonan Intan Najuwa yaa sampai dikec4m netizen

Setiap episod drama Ironi Kasih yang ditayangkan di saluran TV3 telah membongkar sikap sebenar Kasih sedikit demi sedikit sehinggakan penonton sendiri berasa geram setiap kali part Kasih (Mama Omel) memarahi dan menengking anak tirinya, Danish. Watak Danish lakonan pelakon cilik Isaac Iman berhasil membuatkan ramai penonton amat bersimpati dengan nasib anak secomel Danish ini yang turut menjadi mgsa keadaan menerusi drama berkenaan.

Lakonan Isaac Iman menerusi drama Ironi Kasih sekaligus melonjak namanya sebagai salah seorang pelakon cilik dalam industri hiburan tempatan. Siapa sangka, pelakon cilik ini mempunyai hubungan adik beradik kepada pelakon Nik Adam Mika yang pernah popular menerusi drama Budak Ijat. Muka pun memang handsome masing-masing….

Baru-baru ini, Isaac Iman telah memuatnaik foto bersama Intan Najuwa beserta kapsyen yang mencuri tumpuan ramai. Rata-rata netizen turut memuji wajah comel Isaac Iman yang baru berumur 10 tahun ini.

Ada juga sebahagian netizen meluahkan rasa geram terhadap lakonan Intan Najuwa sebagai Kasih. Boleh tahan yaa penangan drama Ironi Kasih ni….

Kesian Danish kena tengk1ng dengan Mama Omel. Boleh nangis tengok part Danish kena macam tu…

Sumber: Isaaciman01

Artikel ini disediakan oleh Informasi Viral. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.