“Excuse me. Siapa yg hantar anak i surat cinta ni?” – Sari Yanti

Sudah lumrah kalau mempunyai ibu bapa sebagai selebriti Malaysia ni pasti anak juga akan mendapat nama. Begitulah yang dihadapi oleh anak lelaki Sari Yanti itu sendiri. Sebelum memilih Jep Sepahtu sebagai pengganti lelaki di hidupnya, Sari Yanti pernah berkahwin dan dikurniakan dua orang anak lelaki yang kacak iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al-Haq. Dengar nama saja sudah cukup menggambarkan keindahan kedua anak lelakinya itu.

Pada 2017 pula, Sari telah mendirikan rumah tangga kali kedua bersama Jep dan mempunyai seorang puteri yang comel iaitu Dariya Inara. Pasti ramai peminat Sari Yanti yang pasti merindui dirinya di kaca tv kan. Sebelum berkahwin, dia amat giat dalam bidang lakonan dan permodelan. Dengan kelebihan wajah yang cantik pada dirinya, kalau buka tv saja ada dia yang sedang berlakon dan kalau buka media sosial pula pasti Sari yang menjadi duta sesebuah produk.

Lucu dengan postingan terbaru Sari Yanti di Instagramnya yang marah dengan anak lelaki keduanya iaitu Baasit Al-Haq apabila dia mendapat tahu Baasit menerima surat cinta dari rakan sekolahnya. Amboi, ingatkan dulu-dulu je main surat cinta dan surat layang. Rupanya budak-budak sekarang pun masih guna platform sebegitu untuk mengorat yaa. Yang paling tak tahan, Baasit pun rupanya melayan surat cinta dari peminatnya itu dengan mengatakan yaa pada surat tersebut.

https://www.instagram.com/p/B8Ld_Yoni3W/?igshid=1b41me40oifhf

“Do you like me Baasit? Tell the truth” ayat yang dikatakan dalam surat cinta yang diterima oleh Basit sangat menghiburkan para netizen dan peminat Sari Yanti. Postingan tersebut turut di comment oleh pengacara dan artis hebat Alif Satar sendiri.

Bertabahlah Sari Yanti. Nama pun anak kacak mesti ramai peminat di sekolah kan. Pemantauan yang penuh dari ibu bapa sangat penting untuk kanak-kanak sebaya Baasit dan Barr Al Aliy supaya mereka terus fokus dalam pembelajaran dan tidak lalai dengan hal-hal remeh seperti percintaan. Semoga kedua-dua anak lelaki Sari tidak mudah terpengaruh dengan hal-hal seperti ini dan berjaya dalam pelajaran di sekolah yaa.

Sumber: Instagram Sari Yanti

Artikel ini disediakan oleh Informasi Viral. Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*