“Eh penatnya jadi awak” – Nabila Huda kata Sherry

Siapa lagi yang tidak mengenali Sherry Alhadad yang kini semakin berkaliber dalam industri hiburan. Bukan sahaja berlakon, beliau juga mempunyai bakat dalam mengacara pelbagai talk show. Beliau membuktikan walaupun berbadan besar, beliau tetap boleh mencapai impiannya dalam kerjaya. Baru-baru ini beliau berkongsi momen beliau menari dan menyanyi bersama seorang peserta Konsert Permata Seni tahun lepas. Mengikut beliau di laman instagramnya, video itu dirakam oleh rakannya dari sebuah televisyen.

Dilihat di dalam video tersebut, Sherry nampak bertenaga dalam busana merah hitam ketika menari bersama seorang peserta konsert tersebut. Terlihat disitu walaupun beliau hanya artis jemputan tetapi beliau telah memberikan kerjasama sepenuh hati dlm menjayakan konsert tersebut. Video Sherry ini membuktikan beliau adalah seorang yang serba boleh didalam bidang hiburan ini.

Rakan artis beliau, Nabila Huda mengatakan adalah sangat penat jika menjadi Sherry dek kerana stamina dan tenaga Sherry yang sungguh padu di malam konsert tersebut.

Para netizen pula sangat memuji stamina dan tenaga Sherry di atas pentas konsert di ruang komen. Ramai mengatakan beliau hebat dan tidak nampak mengah langsung dalam menjayakan konsert tersebut.

Menjadi seorang penghibur bukannya senang. Apa-apapun perkerjaan pun juga bukan senang dan masih susah jika kita tiada semangat dan kesungguhan dalam mengerjakan sesuatu perkara. Kedua perkara inilah yang akan membantu kita naik sedikit demi sedikit demi menuju kejayaan yang diidamkan.

Sumber : Ig sherry_alhadad

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*