Dulu suami pomen, bila jadi bos kaya suami beli rumah besar tp rumah tu menakutkan

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, ini merupakan kali pertama aku confess di sini. Selama ni aku cuma jadi pembaca yang setia, menyelami susah payah pahit manis hidup orang lain di sini. Aku tak pernah terfikir akhirnya aku akan meluahkan kisah hidup sendiri. Cerita aku bukan lah ada apa sangat untuk di keluh kan. Aku sudah berkahwin hampir 8 tahun dan belum mempunyai cahaya mata.

Suami aku dahulunya hanya seorang mekanik di bengkel cina dan sekarang telah bertukar status kepada boss di sebuah company yang sedang membangun.

Aku berkenalan dengan suami semasa aku menuntut di universiti di KL. Aku hantar motor yang rosak ke bengkel tempat suami bekerja.

Masa tu suami banyak ajarkan aku perkara asas tentang motor, minyak hitam, macam mana nak jaga semua jadi aku mula tertarik dengan suami.

Suami aku seorang lelaki yang sangat segak pada mata aku walaupun setiap kali berjumpa di bengkel baju seluar nya bercalit minyak dan kain buruk sentiasa tersangkut di bahu.

Aku meminta no telefon nya untuk bertanyakan perihal motor dan daripada situ berlanjutan sehingga ke jinjang pelamin.

Selepas aku tamat belajar aku bekerja di sebuah company dengan gaji basic yang sangat rendah. Aku dan suami mengumpul duit kahwin dan mendirikan rumah tangga dua tahun selepas aku mula bekerja.

Family aku menyambut baik kehadiran suami dalam keluarga walaupun dia hanya bekerja sebagai mekanik.

Abah kata suami aku seorang yang rajin dan berbudi bahasa. Abah suka dengan suami aku. Walaupun menantu abah yang lain (suami/ isteri kakak dan abang aku) bekerja hebat abah tetap meraikan suami aku sama seperti menantu lain.

Kehidupan semasa awal perkahwinan sangat mencabar. Gaji aku dan suami hanya cukup untuk membayar sewa dan keperluan asas.

Kami tidak mempunyai kereta. Suami akan menghantar aku ke tempat kerja menaiki motosikal dan akan terus ke tempat kerjanya.

Sesekali bila hujan lebat aku akan menaiki KTM ke tempat kerja. Pada masa itu tambang KTM pun agak mahal bagiku jadi aku berdoa setiap hari supaya hujan hanya turun semasa hujung minggu.

Aku akan masak dan menyediakan bekal untuk aku dan suami bawa ke tempat kerja. Suami kata kawan sekerja sentiasa mengusik katanya kami pasngan yang romantik tetapi sebenarnya itu sahaja cara yang kami mampu buat untuk berjimat cermat.

Kami menyewa di flat kos rendah dan rumah kami hanya mempunyai perabot asas seperti tilam, dapur gas dan tv flat 28 inci yang kakak berikan. Perabot lain terpaksa ditangguhkan dulu kerana kami kena berjimat cermat.

Walaupun hidup susah saat itu aku dan suami sangat bahagia. Kami jarang bergduh dan rumah tangga kami sangat harmoni.

Selepas beberapa tahun suami aku mula berjinak dengan perniagaan spare part dan aksesori kereta. Siang malam aku berdoa semoga perniagaan suami aku berjaya dan doa aku akhirnya termakbul.

Selepas berpanas hujan dan bekerja keras suami aku berjaya membuka sebuah company supplier. Income company yang mulanya hanya tiga angka meroket menjadi 5 angka sebulan.

Sedikit demi sedikit suami mengubah kehidupan kami dari rumah flat ke rumah teres mewah. Suami upah interior designer dan menghias rumah kami sehingga menjadi rumah idaman yang selalu di keluar di majalah majalah dekorasi.

Dulu meja makan pun kami tak mampu untuk beli tetapi meja makan rumah kami diperbuat daripada kayu jati mahal dan mampu memuatkan hampir 10 orang.

Segala galanya berubah, dari motor buruk yang aku dan suami tunggang ke sana sini telah diganti dengan vellfire.

Suami juga menghadiahkan aku kereta mazda untuk memudahkan aku pergi kemana mana. Semasa ketiadaannya di rumah. Aku telah berhenti kerja dan kini bergelar suri rumah sepenuh masa.

Pada mula nya kehidupan kami, aku sangat bersyukur dan masih tidak percaya setiap kali aku buka mata aku berada di rumah yang sangat mewah tetapi lama kelamaan semuanya tidak lagi membuatkan aku rasa apa apa.

Setiap kali aku buka mata suami aku telah pun bergerak ke tempat kerja dan hanya akan pulang lewat malam.

Suami aku masih bekerja keras, setiap hari akan jumpa client dan meeting sana sini. Aku keseorangan di rumah. Apabila suami pulang selalunya aku telah pun terlena.

Suami ada meletakkan cctv di setiap bahagian di ofis nya dan aku boleh access cctv tersebut daripada hp. Sesekali bila aku rasa sunyi aku akan buka cctv dan lihat betapa gigih nya suami aku bekerja dan aku akan menangis sendirian. Hidup aku jadi terlalu sunyi dan d3press.

Kawan kawan yang tinggal di sekitar KL kebanyakkannnya bekerja. Jadi aku tiada teman untuk meluangkan masa bersama. Kebanyakkan waktu aku habiskan masa di shopping mall berjalan tanpa arah selama berjam jam lamanya.

Aku masih lagi belum biasa membeli barangan mahal jadi aku tidak shopping. Handbag harga 300 bagi aku dah terlalu mahal. Aku cuma akan belek dan letak balik.

Kad bank yang suami aku bagi untuk shopping aku habiskan dengan makan di tempat tempat mahal. Makanan adalah terapi aku. Hampir semua tempat makanan mahal yang dulunya tak mampu aku rasa akan aku jejak.

Selepas main dish aku akan pergi ke kedai dessert pula. Kemudian aku akan berjalan untuk beberapa jam dan lunch di tempat mahal yang lainnya. Semuanya masih belum mampu mengisi kekosongan di hatiku.

Aku berjalan keseorangan di shopping mall dengan jiwa yang sangat kosong. Terlalu kosong. Aku kesunyian dan tertekan.

Pernah beberapa kali aku duduk di bangku di dalam mall dan memerhatikan gelagat manusia selama beberapa jam. Aku tidak mahu pulang ke rumah kami. Rumah itu terlalu sunyi dan menakutkan bagi aku.

Aku akan duduk di dalam kereta berjam lamanya sehingga kadang kadang aku terlelap. Bila tersedar aku menangis semahunya. Kadang kadang aku akan membawa kereta dengan laju untuk mengh1langkan tekanan yang ada di dalam diri ini.

Aku tak peduli dengan hon di kiri dan kanan, tetapi bila aku tersedar aku cepat cepat istighfar. Aku pernah hampir berlaga dengan belakang lori akibat perbuatan aku ini tetapi aku sempat brek sehingga berbunyi kereta dan tayar berasap.

Aku ingin ceritakan pada suami tetapi aku tahu suami tidak akan ada masa untuk mendengar semuanya.

Aku pernah cuba menghadiri kelas agama dengan ustazah terkenal yang mana kosnya mencecah ribu ringgit sebulan.

Kelas dijalan kan sekali setiap minggu dan ahli kelas agama semuanya orang kenamaan dan artis artis yang kini telah berhijrah. Aku rasa sangat kekok untuk menyesuaikan diri.

Aku tak tahu la mungkin ini hanya perasaan aku tetapi mereka seolah olah kurang mesra dengan golongan selain daripada circle mereka jadi selepas beberapa bulan aku drop out dari kelas tersebut.

Aku pernah cuba untuk mula kan bisnes tetapi aku zero knowledge dalam bisnes akhirnya aku give up.

Suatu malam suami aku pulang dalam keadaan keletihan. Belum sempat aku berkata apa apa dia memelukku dan terus terlelap.

Aku melihat wajahnya dalam dalam, aku rindukan suami aku yang dulu. Yang sederhana, yang hanya berkain pelikat dan baju t-shirt lusuh tetapi sentiasa ada di sisiku, menonton tv dan ketawa bersama sama.

Kini semuanya telah lenyap. Malam itu juga aku menangis sekuat hati sehingga suami aku terjaga. Suami aku panik melihat keadaanku. Aku ceritakan segalanya betapa aku terlalu sunyi aku hampir rasa nak giila.

Aku menangis sehingga ke pagi di dalam plukkan suami. Suami berkali kali memohon maaf dan berjanji akan mengubah semuanya. Aku bukan tidak bersyukur tetapi sejujurnya aku rindukan kehidupan kami yang dulu. Kehidupan yang susah tapi cukup membahagiakan.

Dipendekkan cerita aku sekarang sedang menjalani sesi kaunseling setiap bulan. Aku di diagn0s dengan d3pr3ssion tahap 3.

Suami cuba mengubah kembali kehidupannya yang sibuk dengan sentiasa menemani aku di rumah. Suami mengupah adiknya menguruskan sebahagian kerja di ofis dan akan membawa aku bercuti untuk aku reda kan perasaan ini.

Dia sentiasa memantau tingkah laku aku dan memastikan aku sentiasa berada di depan mata. Sekarang kami sedang berusaha untuk mempunyai anak, moga ada rezeki nya untuk kami. Aamiin. Mohon doa kalian semua supaya aku kembali sembuh ye. Terima kasih

Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet

Rin Haris, Dear confessor….ingin hidup berpasngan tu adalah fitrah…takde manusia yg bisa menidakkan….org yg mengaku bahagia hidup single pun akan terdetik rasa sunyi…cuma kdg2 , kenalah fikir positif sebab nak sedapkan hati….tak semestinya, bila berkahwin x bahagia.

InsyaAllah doa byk2 dikurniakan jodoh lelaki yg soleh yg terbaik utk jd teman hidup kita…teruskan sikap positif confessor di samping berdoa dikurniakan jodoh yg baik…baru umur 30, belum terlajak lagi tu.

InsyaAllah mana tau Allah bagi jodoh umur 31…mmg diakui ada wanita yg berat jodoh tp jangan sesekali berputus asa utk mencari yg terbaik dan berdoa…awak tahu apa yg awak nk, berdoa pada Allah…

Jgn dengar sangat best hidup single, travel ,kumpul harta semua…mgkn bg sesetengah org, hidup bekerluarga akan lebih membahagiakan…x semestinya berkahwin, akan sengsara..bila belum dpt sesuatu tu, doa agar dikurniakan yg terbaik…may Allah always bless you.

Amnah Ismail, Saya ada belah mak dan belah ayah yang tak kawen sampai sudah. Dah mngal dua2 orang. Saya iring jnazah kakak ayah saya tu, mngal waktu subuh, sebelum zuhur dah siap setel kafan semua tggu untuk solat jnazah.

Then kebumikan. Zuhur memang terik panas tak ada awan tapi saya perasan ada awan gelap kat bahagian kami tggu urusan kebumi, macam payung kami je. Sedangkan kawasan lain panas terik.

Urusan sekejap, tak ramai orang pun tapi mudah je. Saya muhasabah. Mungkin ini bahagian mudah arwh mak saudara saya. Dia tiada d0sa dengan suami, tiada dosa dengan anak2, mertua ipar duai dan lain2 lagi barangkali.

Sebab mudah sangat. Moga Allah mudahkan urusan saudari dan kita semua. Mari kita bersama memohon keampunan dari Allah.

Rahifah Karim, Assalamualaikum adik Cem… akk pun single lagi.. 41 tahun ni. Sangat berdikari. Mampu tgk wayang sorang segala. Masuk hspital setiap Tahun Sebab ade problem thyr0id. Drive sendiri ke hspital hehehe.. yups sama terketar2.. kat hspital akk Tak nak layan sangat sedih tu.. akk order delivery makan.

Baca majalah dan mengaji.. biasa sebelum masuk w4d mmg dah siap semua baju segala.. biasa kat w4d ni lagi tenang tuk akk.. Sebab boleh berlama solat dan Ngaji..

Kalau kat sekolah ni terkejar2.. Dengan anak2 murid 24 jam.. hehehe Jangan sedih dik.. ada ramai lagi mcm awak.. kita Sama2 doa key? Take care.

Nur Hela, Kena panggil puan ok lagi drpd kena panggil makcik oleh budak yg muda 2,3 tahun je dari kau. Haha rasa cam nak starlight je dahi dia..  ok2 sedikit selingan gurauan..

Ok balik pada topik,awak ada cuba tak cari2 dlm laman web yg dipercayai? Kawan2 lama kat ig ke..ustaz kata jodoh ni mcm rezeki..kena dicari.. Dia tak bergolek dtg sendiri.

Fairuz Abdillah, Ustazah Norhafizah Musa ada kongsikan satu doa jodoh yang sangat indah iaitu “robbi habli minas sholihin”. Maksudnya “Ya Allah jadikanlah daku dalam kalangan orang-orang yang soleh”.

Doa ni sangat indah sebab bila kita berdoa macam nih kita akan jadi sangat berlapang dada dengan Allah. Kita semua nak berkahwin & bina keluarga tapi Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Ulama’ zaman dahulu pon ramai yang tak kahwin.

Ustazah cerita ada seorang sahabat ustazah nih kata dia tak pernah rasa sunyi walaupun dia bujang sebab dia terlalu sibuk dengan Al-Quran. MashaAllah. Sedangkan ramai yang ada pasngan pon sering kali rasa sunyi.

Nur Cahaya, Sye pun single lewat 30an..sye diuji skit knser.rawatan kimo sye jalani sorang diri.mak ayah sye x larat nak jge.sye pun x mengharapkan mereka sbb xnak susahkn mak ayah.sedih bile tngok org lain ade yg teman.

Skit nk bngun pun kne pakse diri jgk.tpi mase xde la fikir nak ade suami bagai.sbb sye hnya bergantung ngan Allah saje. Alhamdullilah Allah permudahkan urusan sye.Allah xkn uji hambaNya klau xmampu.

Klau sye x mmpu hadap sorang2 mesti Allah dah kurniakan tman untuk sye.alhamdullilah smpai skrap sye x caye sye bole hadap sume tu sorang2. kenangan tu mnjadi pengalaman yg xkan sye lupekn.skrg sye dah sihat berkat doa mak ayah sye.ngadu ngan Allah itu yg trbaik. Allah bantu.

Juraini Ishak, Alamak tersama plak dgn confessor nie… Seblm nie pun tak berapa nk kisah sgt walaupun umur dah masuk 30an x kawen lg… Tp bila kne skit teruk… Tiba2 rasa sedih.. Sebb xder tempt bergntung..

Gagahkn diri sendri jer… Tapi positifkn diri balik belum tentu jugak klu kawen.. Pasngan akn jaga kite… Ajal maaut jodoh pertemuan Allah yg tentukan… Kite bersangka baik jer dgn Allah.. Mungkin hidup single lebih baik utk kite dari berkahwin.

Nur Nadhirah, I feel you, confessor. Hari tu masuk w4d pun, terkebil2 la sorang2. Mak ayah orang kampung, memang tak akan datang ke ibu kota sebab tak mampu. Sedih je rasa bila fikirkan balik.

Memang kita rasa kita kuat, tapi ada masa kita perluukan teman, tapi bila kita suarakan apa kita rasa, orang asyik cakap, “ala relax la, orang lain boleh je hidup sorang”. Masalahnya diorang tu ada je tempat bergantung, ada kawan, adik beradik, mak ayah senang nak tolong bila susah.

Yang kita ni? Segala benda urus sendiri. Ingat tak penat ke? Orang kata senang la, macam hidup kita ni sama macam hidup dia. Hakikatnya apa yg kita lalui tu jauh berbeza. Kadang terfikir, kalau tiba2 mati, mungkin badan dah berulat baru orang sedar yang kita ni dah tak ada.

Effa Hana, Dear confessor…bukan semua orang bahagia setelah berkahwin…Ada juga k3s selepas kahwin terpaksa tanggung skit sorang2. Pergi hspital sorang2. Sebijik macam single.

Bila dah berkahwin dan terpaksa tanggung derita sorang2, perasaan sedih itu lebih berganda dari orang yg single yang rasa dirinya keseorangan.

Sy bagi tahu ni bukan nak suruh tengok sisi negetif berkahwih. Bukan. Just nak bagi tahu, setiap org ada dugaan masing2. Yang kita nampak tu just surface jer.

Jodoh sy juga lewat tiba di kala umor sudah 32. Sblm kahwin juga tinggal di kota raya sorang2. Skit demam sorang2.

Cuma sy tak pernah sampai tahap rasa sedih bila tgk org lain ada partner masing2..Maybe sbb sy ni demand tinggi. hehe..But pengalaman lepas menjadikan sy kuat, berdikari dan berani. Mcm confessor ckp…

Dah…jgn sedih2 okey.. Jodoh ni bila nak datang sekejap jer.. Sekelip mata.. Sy kenal husband tanpa bercintan cintun.. Kenal 3 bulan terus kawen.. Tp sy tak tangkap muat…Sy kaji dalam2 dulu lah..Sebab sy demand. Haha.

Apa pula kata dan pendapat anda. Jangan lupa kongsikan di ruangan komen