“Dulu cita-cita nak jadi p0lis bahagian jen4yah”- Wany Hasrita

Anggota polis antara pejuang barisan hadapan yang banyak berkorban masa dan nyawa demi kesejahteraan rakyat Malaysia. Wira dan wirawati negara ini telah bertungkus lumus bekerja tidak kira siang dan malam. Bersempena sambutan Hari Polis yang ke-213 pada hari ini, ramai golongan selebriti Malaysia telah membuat ucapan dedikasi khas buat anggota polis Malaysia termasuk penyanyi, Wany Hasrita.

Siapa sangka, penyanyi bersuara merdu ini dahulunya bercita-cita ingin menjadi anggota polis bahagian jen4yah. Gaya pun dah ada tau…

Wany juga sendiri memberitahu drama Gerak Khas antara drama kesukaannya dan dia sendiri mempunyai skil dalam menembak. Hebat juga Wany ya..

Sementara itu, menerusi posting pada Instagram Wany, dia telah memuatnaik video nyanyian lagu ‘Polis Sedia Berkhidmat’ dan beberapa foto bersama bapa tercintanya yang juga merupakan seorang anggota polis. Posting Wany itu juga adalah salah satu tanda menghargai jasa dan pengorbanan anggota polis termasuklah bapanya sendiri.

Posting video dan fotonya yang dimuatnaik itu telah mencuri perhatian ramai apabila rata-rata peminat Wany kelihatan teruja mendengar suara merdu Wany menyanyikan lagu ‘Polis Sedia Berkhidmat’. Suara Wany tetap maintain merdunya bak kata netizen..

“Nyanyi lah lagu apa pun, tetap sedap kan”- Netizen

“Kenapa dulu tak jadi polis Wany, gaya dah ada tu”- Netizen

Merdu sungguh suara Wany, agaknya abang-abang polis bolrh cair dengar Wany menyanyi hehe.. Selamat Hari Polis yang ke-213. Jasamu sentiasa dikenang.

Sumber: Instagram Wanyhasrita

Artikel ini disediakan oleh Informasi Viral. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*