Dktor dtg meminang aku tpaksa tolak sbb aku mimpi jodoh aku adalah musoh aku

Foto sekadar hiasan. Assalam semua pembaca. Nama saya Aisyah, Ibu kepada 2 orang puteri dan 2 orang putera. Saya berasal dari kelantan dan bekerja di sebuah hspital pakar dekat selangor. Apa yang saya nak confess ini berkenaan dengan jodoh. Jodoh ini adalah cerminan pada diri. Jika diri ini suka pada agama maka jodoh itu juga akan suka pada agama.

Malah jodoh ini juga adalah hak mutlak dari Allah. Allah jugalah yang membolak balikkan hati manusia. Jadi tidak perlu ber-couple dan bercinta kerana hati manusia ini adalah milik Allah.

Jadi single ini baik kerana bebas dari perkara maksiat. Jika bertemu hari m4ti pun bebaslah dari kemaksiatan kerana couple before nikah itu maksiat.

Bagaimana saya mampu berkahwin dengan rakan sekelas masa zaman sekolah dulu ? Hidup saya sebagai seorang wanita sebelum kahwin hanya memikirkan 4 perkara sahaja.

Mempersiapkan diri untuk bertemu hari m4ti, mengejar sebuah cita – cita dan membahagiakan adik – adik dan mempermudahkan kehidupan arwh ummi dan abi di barzakh dengan menjadi anak yang soleh.

Tidak pernah ada ajnabi ( maksiat ) yang masuk dalam hati saya sebelum kahwin. Kerana diri saya tak pernah memikirkan soal kahwin. Cumanya dalam hidup saya ini hanya berdoa semoga dikurniakan suami yang baik akhlaknya dan beragama.

Saya berdoa ini secara general tanpa merujuk kepada sesiapa. Dari tahun pertama saya study med1c sampai tahun akhir saya study med1c. Tak pernah saya abaikan doa itu selepas menunaikan solat fardhu.

Sebagaimana saya berdoa supaya dim4tikan dalam keadaan husnul khatimah begitulah juga saya berdoa supaya dijodohkan dengan lelaki yang baik akhlaknya dan faqih dalam agama.

Pada tahun akhir saya di universiti dulu. Ada seorang classmate saya yang lelaki datang confess dekat saya dimana dia menyatakan yang dia itu menyukai diri saya dan berhasrat untuk membawa rombongan untuk merisik saya.

Saya ini sudah diajar dari kecil supaya sebelum buat apa – apa keputusan minta petunjuk dari Allah dahulu supaya perancangan saya sebagai manusia itu tidak mendahului perancangan Allah sebagai pencipta.

Selepas saya buat solat sunat istikharah. Jawapan yang saya terima itu lain dan bukan individu yang confess sebelum ini.

Tapi jawapan itu telah membawa diri saya ke zaman saya belajar dekat MRSM PC dulu melalui mimpi. Tapi jawapan itu juga tidak menunjukkan sesiapa kerana hanya menunjuk suasana sewaktu saya mengikuti program badan beruniform. Saya ketika itu juga belum pasti apa makna tersurat yang Allah sampaikan itu.

Sampailah satu hari itu tiba – tiba coursemate saya dekat universiti dulu masuk meminang saya. Tapi secara tiba – tiba hati saya ketika itu hati jadi berat untuk menerima dia walaupun saya tahu diri dia itu baik, faqih dalam agama dan juga seorang dktor.

Selepas seminggu saya menolak pinangan itu. Saya hanya jalani kehidupan saya sebagai graduan perubatan yang menunggu penempatan untuk kerja.

Selepas saya habis jalani tempoh housemanship. Tiba – tiba dalam satu hari itu ketika saya pergi ambil adik saya dekat KLIA. Dengan tidak terduga ada seorang lelaki hampiri saya dan memberi salam.

Salam aisyah kenal lagi tak aku ? Aku hilmi classmate kamu dari form 1 – form 5 masa dekat MRSM dulu. Ketika saya memandang kali pertama dirinya terus dan kemudiannya saya tunduk.

Hati saya itu tiba – tiba jadi tenang, bahagia dan lapang. Bila saya jawab ya kenal sebab kita dulu adalah muusuh.

Tiba – tiba diapun confess isi hatinya yang sudah lama tersimpan untuk diungkapkan. Apabila hati saya ketika itu jadi lapang, tenang dan bahagia.

Saya ini tanpa keberatan keluarkan pen dan kertas untuk menulis no hp wali saya dan alamat rumah saya di kampung sebagai tanda setuju.

Kami terputus hubungan sekian lama iaitu mencecah 8 tahun. Tapi perancangan Allah itu membatasi segala – galanya. Selepas kami berkahwin saya ada tanya suami saya kenapa kita boleh berkahwin. Sedangkan kita ini musuuh di alam persekolahan.

Kata suami saya, selepas tamat zaman SPM dulu. Dia mula datang perasaan suka pada saya. Tapi katanya ketika itu dia tidak tahu kemana halatuju saya selepas tamat zaman SPM.

Ketika suami saya berada di zaman matrikulasi. Dia ada buat solat sunat istikharah untuk perkara jodoh ini.

Jawapan yang dia terima adalah dia bermimpi kami ini dekat sekolah suka bergduh. Malah apabila dirinya mula mengenang kisah kami bergduh dulu hatinya menjadi tenang dan damai. Disebabkan dia juga bukan individu yang mendahuluukan jodoh.

Dia hanya mengambil pendekatan mengutuskan 2 doa untuk saya selepas solat fardhu. Doa itu semoga saya ini dihidupkan atas landasan agama dan semoga Allah jodohkan dia dengan saya.

Dalam 8 tahun usaha dia dalam berdoa. 8 tahun itu juga hidup dia sentiasa diusahakan untuk hidup atas landasan syariat.

Kerana katanya apabila diri ini buat maksiat apa yang kita minta dari Allah itu mampu terhijab dengan maksiat. Usaha dia dalam menambat hati saya itu tidak perluukan perasaan sayang dan cinta.

Tapi hanya perluukan perasaan suka terus minta dengan pemilik hati saya ( ALLAH ). Sifat suka dia itu juga bukan berada dalam hati tapi hanya berada dalam genggaman sahaja.

Katanya, tujuan dia letak suka kepada saya itu hanya dalam genggaman supaya bila Allah tidak mengizinkan apa yang dia hajatkan. Dia boleh melepaskannya dengan penuh redha. Ini juga terkait dengan qada dan qadar Allah ini.

Kerana diri manusia ini tidak akan tahu apa yang akan terjadi pada masa mendatang. Jiwanya juga hanya bersandarkan pada Allah tanpa putus. Jadi mulai saat itu barulah saya faham yang membolak balikkan hati manusia ini adalah Allah.

Hati manusia juga milik Allah. Bila suka pada seseorang tidak diperluukan pun ungkapan i love u tapi teruslah meminta pada Yang Maha ESA. Kerana Hati manusia ini milikNYA dan yang membolak balikkan hati manusia juga adalah DIA.

Kalau kita suka dekat diakan. Bertindaklah dengan bijak. Usahlah minta dengan dirinya tapi mintalah dengan penciptanya. Sesungguhnya hati manusia ini milikNYA. Malah Allah juga yang membolak balikkan hati manusia.

Jika dia jodoh kita, walau kita ke ufuk timur dan dia ke ufuk barat. Suatu masa pasti kita dengan dia bersatu jua. Tidaklah rugi, jika dalam usaha menunggu jodoh itu sampai.

Tiba – tiba dilamar oleh malaikat mauut terlebih dahulu. Ketika itu diri kita ini akan bebas dari unsur maksiat yang mampu membawa ancaman di barzakh dan akhirat.

Malah terhindar juga takut jaga jodoh orang. Permulaan indah tapi pengakhiran sengsara. Akhir kata dari saya. Ketika hati kata mahu tapi Allah kata tidak. Kita merancang Allah juga merancang tapi Allah adalah sebaik- baik perancangan.

Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet

Amirah Rasid,.Part atas tu sebijik mcm cerita makcik aku. Sebijik. Tapi dia belajar dkt TKC..sekolah semua perempuan. Ambik med1c di irland. lps tu masa otw balik malaysia,abis belajar,tetiba pakcik aku bg sejambak bunga than ckp-tunggu rombongan meminang sy.mmg sebijik mcm farytale betul.

Skrg both consultant doc.masih berkhidmat dlm kerajaan. byk hspital swasta offer diorg gaji beratus ribu tapi diorg tolak dgn alasan-diorg ambik med1c sebab nk bantu manusia -i was like speechless.

Kalau kita betul2 bertuhankan Allah.mmg hidup smooth je.makcik aku ada 4org semua perempuan.anak,sulong lwyer,2nd and 3rd graduan dr US dan last tgh buat mediic.

Diorg semua cari biasiswa sendiri.aku memang tabik dgn diorg ni.kalau korang tgk spupu2 aku ni.muka x siap je.tudung labuh.baju besar.tp bil bukak mulut.aku pon terkedu.

Keluarga mereka adalah keluarga contoh buat kami. Kaya tp humble.bijak tapi bsederhana ketika bercakap. Semoga kita boleh contohi mereka.iaitu dahuluukan Allah selain benda lain.

Emely Rose, Maaf, sy agak kurang setuju utk istilah jaga jodoh org. Krn setiap prtemuan adalah takdir yg Allah tentukan. Bukan kebetulan. Kita harus belajar sesuatu dari dia atau pun sebaliknya. Baik jadikan teladan, buruk jadi sempadan. Semuanya berhikmah.

Nur Abdullah, Betul dik..bg saya bazir masa je couple ni..cuba gunakan masa bujang utk tingkatkan amalan dan tmbahkn ilmu..bila dah jadi isteri org dan mak org kita sibuk sgt..
Satu lg nnti bila dah kawin mula teringat kt ex memasing..syitan pun cucuk…hanyut.

Nurul Aini, MasyaAllah dktor. Suka baca confession yg sgt menenangkan hati. InshaAllah, saya ambil iktibar. Letakkan semua hanya di genggaman,

jaga syariat dan bebas maksiat moga apa2 kebarangkalian yg dtg tidak terperangkap dgn mksiat andai maaut mendahului. Minta hanya pada DIA, pemilik mutlak hati manusia bkn merayu pd insani. InshaAllah.

Nadia Hana, Hahaha saya fren dengan fb akak yang dikongsi bersama. Selalu baca penulisan suami akak pasal rumah tangga. Tak sangka, akak pulak buat confession kat sini. Selalu baca kisah dr pihak suami akak.

Laaa ni, dr pihak akak. Macam tu rupanya kisah kalian ya Semoga dirahmaati dan diberkati keluarganya ya. Banyak yg saya belajar dr kisah dan penulisan kalian walaupun kenal nama kat fb je.

Mazni Yasin, Ya..jauhi diri dari maksiat..Allah dah tetapkan jodoh kita..hanya berdoa pada Allah..tiba hari, masa dan tempatnya..kita akan bertemu jodoh kita jua..

Tidak perlu cari disana-sini..yg dpt hanya d0sa. Perkara ini juga saya selalu pesan pada anak..hidup ini cari sebanyak mungkin cinta Allah.

Apa pula kata dan pendapat anda. Jangan lupa kongsikan di ruangan komen