Disebabkan sy tak makan pil perancang, anak berderet2. Tu pasal tak cukup duit

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Saya nak luah di sini. Dah tak tahan dah. Nak ngadu dengan kawan sedara nanti kite aibkan suami pula. Tapi dah tak tahan la. Suami saya sejak kahwin tak pernah pun bagi saya duit. Semua atas bahu saya sendiri..

Yuran sekolah anak2, pampers, keperluan dapur, bil2, pakaian2 sekeluarga, transport, semua la.. Setiap kali kalau saya bangkitkan jadi gduh.

Kerja rumah jangan cakap la saya dah jadi hamba. Anak2 nangis. Langsung tak nak bantu kerja rumah. Aktiviti harian bangun pagi. Mandi sarapan rkok main game hantar anak pergi sekolah. Itu jela..

Kerja kalau nak keje dia keje. Kalau taknak keje dok rumah tidur jer. malam melepak pagi2 bari balik. Dah 9 tahun kawin tak ade perubahan. Anak dah 4. Semua saya urus sendiri.

Gaji dia untuk diri sendiri sahaja. Tapi tak pernah cukup. Saya pun pelik.. Padahal tak bayar apa2 pun. Tapi Alhmdulillah Allah mudahkan rezeki saya.

Walaupun gaji saya seribu lebih saya mampu tanggong 4 orang anak. Tanggung suami. Yuran2 tadika taska anak. Pakaian. Makanan tempat tinggal.. Bayar2 bil. Semua belanja atas bahu saya. Allah juga sentiasa bagi saya kesihatan yang baik.

Cuma saya tak merasa nak makan sedap2 enjoy2 macam kawan2 lain.. Sebab saya kene betul2 berjimat untuk keluarga.. Ade kala iman saya jadi down bila suami tak hargai.. Maraah2 saya..

Anak2 yang jadi mngsa sebab stress saya.. Dahla suami tak bagi apa2 kat saya.. Tolong buat kerja rumah tak nak urus anak2 pun tak.. Lagi nak Marah2. Saya banyak diam

Sekarang memang saya sudah tak bersuara pun sebab kalau saya bersuara boleh jadi lagi berprang besar. Suami tak pernah rasa dia bersalah.

Yang geram nya lagi mil ingat semua duit dari anaknya sendiri.. Siap pesan saya jaga anak nye (suami) elok2.. Saya jadi terlalu stresss dah. Tak tau nak lepaskan pada sapa.

Setiap kali saya cakap saya balik yang disalahkan. Sebab saya tak mkn pil perancang. Anak berderet2. Tu psl tak cukup duit. Saya menyesal tak makan pil perancang dulu, kalau tak, saya tak susah macam ni. Anak ramai tapi hidup saya sempit. Entahla nak cakap ape lg la pasal suami saya ni.

Saya bertahan ni sebab anak2 je. Kalau tak ade anak dah lama aku halau dia dari rumah. Mohon bagi pndangan dan cadangan yang bernas untuk saya.. Terima kasih.

Kisah ke 2 lebih mendebarkan, baca perkongsian di bawah

Kisah ini berlaku beberapa tahun yang lalu ketika mana sedang menjalani latihan industri di Mahkamah Syariah.

Suatu hari ketikamana bertugas di kaunter khidmat pelanggan hadir satu pasngan di hadapan saya. Isteri tersebut merupakan seorang muallaf (dulu beragama Kristian), mereka duduk di hadapan saya.

Si suami pun ceritakan masalah mereka, katanya dia suruh saya nasihatkan isterinya yang nak bercrai dengan dia. Saya pun mendengar dan cuba untuk menasihati mereka supaya tidak bercrai.

Namun begitu, tak sedap hati ini memandang wajah si isteri tersebut yang berlinangan air mata seolah-olah menangung beban dan emosi terlalu lama dan tiada siapa yang mampu membantu beliau.

Ditebak saya dengan suatu persoalan, is there anything wrong with her husband, something doesn’t add on in their story. Seolah-olah ada sesuatu yang di sembunyikan oleh isteri kerana kehadiran suaminya di situ.

Saya pun menyuruh si suami tersebut keluar dahulu supaya saya boleh menasihati isterinya baik-baik kerana si suami tadi agak menganggu saya dalam proses konsultasi kelayan tersebut.

Selepas suami keluar saya pun katakan kepada isteri tadi, Puan ada apa yang puan sembunyikan sebenarnya yang betul-betul menjadi alasan untuk puan bercrai dengan suami puan tersebut?

Menitis air mata isteri tadi dan dia berkata begini:

“Ustaz, saya ni muallaf ustaz, saya masuk Islam kerana ketenangan dan keindahan agama ini, tapi ustaz kenapa kehidupan saya lagi merana ustaz, kalau begitu lebih baik saya pulang ke agama asal saya sahaja.” Ujar beliau kepada saya.

Saya membiarkan beliau menangis air mata bercucuran membasahi pipi beliau agar terubat segala kesedihan di hatinya. Saya pun mengambil tisu dan memberikan sedikit air kepada beliau.

Saya pun menjawab pertanyaan beliau sebentar tadi dengan menyatakan:

Puan, Islam itu tidak salah puan, yang salah itu penganutnya yang jahil dan tidak mengamalkan prinsip Islam yang sewajarnya.

Islam tidak pernah menzalimi hambanya akan tetapi hambanya yang saling menzalimi diantara satu sama lain.

Puan perlu tabah dan sabar kerana Allah tidak akan uji kita jika kita tidak mampu menanggungnya. Allah itu maha Adil dia tak akan menguji hambaNYA berlebihan.

Puan tadi meneruskan penceritaan beliau:

Ustaz, suami saya tu baru keluar penjara, tidak bekerja, beliau sering menyakiti saya, saya sampai kene bekerja untuk menyara diri sendiri dan beliau, gaji saya dah la sebulan 900 sahaja.

Dengan nak bayar sewa rumah, bil-bil utiliti, dengan dia mengmuk nak ddah ambil duit saya. Tertekan saya ustaz, tertekan saya dengan perilaku suami saya tu.

Sebab tu saya tekad ajak beliau datang harini ke mahkamah ni sebab saya nak bercrai saya dah tak tahan. Tetapi dia duk pujuk saya taknak bercrai. Apa perlu saya buat ustaz? Ustaz boleh ke bantu saya?

Saya pun menyarankan beliau memfailkan tuntutan fasakh dengan bantuan peguam JBG atas alasan di bawah s3ksyen 53 (1)(b) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor yang menyatakan bahawa;

(b) bahawa suami telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan bagi nafkahnya selama tempoh tiga bulan;

Saya juga menyuruh beliau ke JBG dengan membawa segala bukti yang ada serta bukti pendapatan beliau kerana JBG hanya melihat k3s yang ada merit sahaja sebelum menerima sesuatu k3s tersebut.

Pada bulan seterusnya saya melihat beliau hadir ke mahkamah untuk tuntutan fasakh dengan wajah yang sudah tidak lagi sedih malahan kuat dan beliau mampu mengukir senyuman.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada saya. Dan saya pun berlalu pergi kerana selesai tugas saya menyampaikan dan memberikan bantuan kepada mereka yang memerluukan.

Oleh itu, pesanan saya kepada sang isteri jika suami sudah seperti biawak hidup hingga menyebabkan dharar syarie dan menyebabkan hidup anda menderita akibat lazim menyakiti atau menganiayai anda, mohon lah pencraian secara fasakh.

Kerana anda perlu merasa gembira dan bahagia, bukanlah hidup dalam kesengsaraan mahupun penderitaan yang panjang sehingga terkorban kesihatan diri dan jiwa anda.

Kepada mereka yang belum berkahwin, jangan hanya seronok bercinta sahaja.

Sebelum berkahwin banyakkan istikharah, banyakkan menyemak latar belakang bakal pasngan anda. Agar kelak anda tidak terjatuh dalam penderitaan yang berpanjangan.

Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet

Cahaya Aishah, Memang nmpak lelaki salah sebab aniaya isteri…tetapi perempuan kena bijak kebanyakkan perempuan takut bercrai sebab dapat title janda….sampai ler emosi si isteri breakout…

sayang boleh tapi berpada2..klu k3s macam nie bukan sehari 2 hari lelaki buat hal bertahun2…jadi dengan bertahun2 perempuan musnahkan masa depan sendiri..klu lelaki nk berubah Alhamdulilah tetapi klu tak nk berubah kenapa nak jadi mngsa biawak hidup..

Satu lagi masa bercinta kena berpijak di bumi nyata..ada sesetengah perempuan bila tahu lelaki pengih dadh sanggup berkahwin sebab cinta….bila dh berkahwin dengan pengih ddah baru tahu langit tinggi ke rendah…cinta sahaja tak cukup dalam perkahwinan..

Tanya diri sendiri mualaf untuk cari hidayah kerana Allah atau sebab cinta..dalam kehidupan jangan mengharap cinta manusia tetapi Allah s.w.t..ramai yang takut jadi andartu selepas tue tersilap pilih..bila ada ujian rumahtangga muhasabah balik aku berkahwin kerana apa..jika kerana Manusia ini bnyk terjadi.

Farra suraya, Biawak hidup ni tak wujud kalau takde yang nak bela. Apa apa pun sekarang ni, para isteri yang kena bangkit kuat untuk diri sendiri, jangan takut sangat hadap realiti kehiilangan “biawak hidup” sebab takut jatuh title lain. Title tu takde apa dibandingkan kebahagiaan hidup kita.

Naim Hasan, Saya pernah berurusan dgn AADK pasal kerja statistik dorg ckp selang satu rumah ada pengih ddah..punya la teruk masalah ddah ni.

saya ingt kalau perempuan tu nak kawen, blh try ajak pasngan buat uriine test…tp jgn la bendul bgtau dulu..eiii ddah ni teruk..time stiim dia punya ayat manis…time hiilang stiim tu mmg elok bg kaki.

Aslina Majid, Kdg2 tak paham cemana boleh wujud lelaki jenis camni… Dari kecik sampai ke besar parents lepas tangan ke? Terlebih manjakan ke? Apa nak semua bagi ke? Pastu tgk kawan2 kawen, dia pun sibuk nak kawen tapi tanggungjawab zero.

Siap tunggang agama lagi kata bini wajib taat suami. Apooo manusia mcm ni? Tak sedar diri ke ape? Dari kecik sampai tua ke nak hidup ditanggung?

Vina Vinot, If korang terkahwin dengan biawak hidup,, if dia x nak craikan, n korang rse proses nak crai tu makan masa.. Begini penyelesaian dia..

Hari2 bagi dia minum rcun semut.. Murah je, sepaket x sampai Rm2.. Hari k8 InsyaAllah biawak nie mennggal. If terus bagi rcun kuat, nanti korang pulak ke dalam.

Nuraz Wan, Sebenarnya, klu suami gagal tunaikn tggjwb, dn klu siisteri tak mmpu brtahan, crai adalh pilihn terbaik, sbb selagi masih seorng isteri, kita wajib mntaati suami wlu dia suami yg serba gagal.. Kita sdh diberi solusi..

Lainlh klu siisteri merelakn diri mnanggung semua ,wlu kita pun x faham apa pun alasannya.. Mgkin krn ank2, tp kasih antara ank2 dn parents tdk sepatutnya putus krn percraian.. ayah, ibu tetap kekal selamanya berapa jauh atau lama terpisah pun.

Nur Eika, Time kursus kawin dulu, ustaz2 duk ceramah yg suami patut tanggung isteri ,ank n bg nafkah..skrg dh terbalik..ramai plak isteri(kebanyakan) bekerja keras n tanggung hidup suami..

isteri plak yg kena fikir nk cr duit lbh..isteri plak yg risau nk byr mcm2..suami hidup senang lenang membesar bagai johan kat rmh