“Dari bunyi kaki sofa pun boleh ye Mark”- Netizen

Aplikasi Tiktok telah menjadi pilihan ramai sejak akhir-akhir ini selepas masing-masing terpaksa duduk di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini. Pelbagaai jenis video Tiktok yang dikongsi oleh netizen di laman media sosial termasuklah golongan artis juga tidak ketinggalan bermain aplikasi Tiktok. Video Tiktok penyanyi Mark Adam antara menjadi tumpuan ramai dan membuatkan netizen terhibur dengan gelagat lucu Mark Adam.

Jarang sekali Mark Adam tak buat lawak, confirm ramai ketawa sakan dengan lawak spontannya. Mana tidaknya, setiap kali rancangan I Can See Your Voice ditayangkan pasti Mark memberikan suasana ceria satu studio dengan lawak spontannya. Tak perlu ada skrip pun, memang bikin penonton gelak habis tau.

Video Tiktok Mark Adam dikongsi menerusi laman instagram dan telah ditonton sehingga 184,000 tontonan walaupun baru saja dimuatnaik.

Video Tiktok Mark Adam menunjukkan dirinya bersama seorang gadis menari mengikut rentak lagu tersebut. Lebih melucukan, part Mark Adam menolak dan menarik kerusi sehingga berbunyi seperti rentak lagu Yeah nyanyian Usher betul-betul sama. Pecah perut gelak dibuatnya…

Ramai netizen memberi respon yang jelas mempamerkan reaksi terhibur mereka terhadap video Mark Adam.

Turut sama mngalkan komen iaitu Raf Yaakob dan Vincent yang juga tergelak sama dengan gelagat lucu Mark Adam.

“Hahahaha style lah Mark Adam ni”- Netizen

“Steady Mark Adam”- Netizen

“Hahahaha adoi”- Netizen

Kelakar tengok Mark Adam tolak kerusi tu, memang sama rentak muzik lagu hahahaha….

Sumber: instagram markadam1079

Artikel ini disediakan oleh Informasi Viral. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.