“Cutenya Anaqi jaga adik dengan mommy dia”- Netizen

Pas4ngan selebriti, Amyra Rosli dan Amar Baharin secara umumnya telah menyambut cahaya mata kedua pada Sabtu lalu selepas berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman Instagram mereka. Tentu sekali kehadiran cahaya mata baru buat Aamyra dan Amar bakal menambahkan lagi seri pada keluarga kecil mereka. Bukan itu sahaja, gelagat comel anak sulung mereka iaitu Aqeef Anaqi juga sentiasa membuatkan ramai netizen terhibur.

Walaupun Aqeef baru sahaja berusia dua tahun, pengikut-pengikutnya di laman Instagram sudah pun mencecah 690,000 sejak 2017. Pengikut-pengikut Aqeef di Instagram juga sentiasa mengikuti perkembangan hidupnya sejak bayi sehingga kini yang telah berusia dua tahun.

Terbaru, instagram Aqeef telah memuatnaik sebuah video menunjukkan gelagatnya membantu ibunya sekaligus membuatkan ramai netizen kagum melihat sikap penyayang yang ditunjuk oleh Aqeef. Video yang dimuatnaik itu juga telah ditonton sehingga 205,000 tontonan dan menerima ratusan komen daripada netizen.

View this post on Instagram

ada ni haaa.. busy skit jaga Mommy ☺️ & adik 👶🏻 . . @aamyrarosli @amyramarjr2020

A post shared by Aqeef Anaqi Bin Amar (@aqeefanaqi) on

Walaupun umur baru menncecah dua tahun, Aqeef sudah mula menunjukkan sikap penyayangnya sebagai seorang abang. Rata-rata netizen memuji Aqeef yang semakin comel dan mendoakan kesejahteraan Aqeef sekeluarga.

Sementara itu, cahaya mata perempuan Amyra dan Amar telah mempunyai pengikut di Instagram seramai 28,000 menerusi akaun Amyramarjr2020. Wah, untungnya anak Amyra dan Amar ya. Kecil-kecil dah ada followers. Ramai netizen juga masih ternanti-nanti untuk mengetahui nama anak perempuan pas4ngan romantis itu.

Amar dan Amyra telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 dan telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi, 2 tahun manakala bayi terbaru mereka masih belum diketahui namanya secara rasmi.

Sumber: Instagram Aqeefanaqi

Artikel ini disediakan oleh Informasi Viral. Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*