“Comelnya cucu Dato Rosyam Nor, putih melepak bak kapas”- Netizen

Pelakon terkenal tanah air, Datuk Rosyam Nor sentiasa menjadi pujaan ramai setiap kali muncul di kaca televisyen. Malah, Rosyam Noor yang sudah mempunyai tiga orang cucu ini masih bergiat aktif dalam industri hiburan meskipun umur sudah menjangkau 50-an. Wajah Rosyam juga masih kelihatan muda berbanding umurnya yang sekarang. Awet muda katakan…

Dalam perkembangan terbaru, aktor kegemaran ramai ini telah memuatnaik foto cucu ketiganya, Humaira Auliyaa yang kini sudah berusia tiga bulan. Apabila sekali imbas, wajah comel Humaira sama iras seperti datuknya.

Rosyam yang telah berkongsi foto wajah comel cucu ketiganya itu ternyata telah mencuri perhatian pengikut-pengikutnya di Instagram. Ramai netizen memuji wajah comel Humaira yang putih kemerah-merahan itu.

View this post on Instagram

CUCU KE3. Alhamdullilah Humaira Auliyaa dah 3 bulan usia dia. Nasib baik dia ikut muka iras aku 😉 COMEL MACAM ATUK

A post shared by Rosyam Nor (@iamrosyam) on

“Cucu ke tiga. Alhamdulillah Humaira Auliyaa dah 3 bulan usia dia. Nasib baik dia ikut muka iras aku. COMEL MACAM ATUK,” tulis Rosyam menerusi kapsyen pada postingnya.

Tak dinafikan, kulit Humaira sungguh comel dan putih kemerah-merahan sama seperti anak perempuan Rosyam.

Rata-rata pengikut Rosyam memberikan pelbagai reaksi menerusi ruangan komen. Tidak ketinggalan, ramai akui wajah Humaira sama seperti Rosyam dan ada juga yang mendoakan kesejahteraan untuk Humaira serta ucapan tahniah buat Rosyam.

“Comelnya cucu dato Rosyam Nor, putih melepak bak kapas”- Netizen

“SubhanaAllah. Indahnya anugerah Allah. Comeynya.. Tahniah datuk.. Semoga Humaira Auliya menjadi anak yang solehah”- Netizen’

“Alhamdulillah, semoga cucu datukk diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan menjadi cucu solehah kelak, amin”- Netizen

Comel betul cucu Rosyam Nor. Jarang-jarang sekali Rosyam Noor update gambar cucu-cucu dia.. Sekali tengok, semua comel-comel belaka. Tahniah Datuk…

Sumber: Instagram Iamrosyamnor

Artikel ini disediakan oleh Informasi Viral. Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*