“Cik B memiliki hati yg sgt murni, sebab pernah rasai kehilangan adik beradiknya”

Anak usahawan terkenal Dato Sri Vida semakin mendapat tempat di hati netizen apabila ramai yang suka dengan gaya sempoinya yang kadang kadang kelakar dan sangat berbakat terutamanya di dalam bidang usahawan. Cik B atau nama sebenarnya Nur Adlynn Zamileen Bt Muhammad Amin anak perempuan tunggal Dato Seri Vida.

Cik B juga mempunyai peminat dan pengikutnya tersendiri kerana bakatnya yang semakin menyerlah sebagai salah seorang influencer atau insta famous di dalam media sosial dan juga sangat bijak berniaga.

Mempunyai pengikut di instagram melebihi 500ribu pengikut, Cik B yang lebih mesra dengan penampilan yang ringkas dan sempoi membuatkan ramai yang suka dengan cara Cik B, walaupun anak orang kaya tetapi tidak berlagak. Walaupun sering berpenampilan lasak ramai sangat terkejut dengan perubahan Cik B apabila bermakeup mana taknya memang feminin habis.

Menerusi perkongsian dari DSV semalam di ruangan instagram miliknya, dia berkongsi satu video Cik B tengah mengendong adik angkatnya Amanda yang sedang lena tidur untuk di bawa ke bilik.

Tidak di kejut si kecil tersebut untuk bangun dan sendiri ke biliknya. Cik B yang mengendong Amanda membuatkan ramai yang sedih. Sungguh nampak keikhlasan di raut wajah Cik B dia menyayangi Amanda walaupun Amanda hanya adik angkatnya.

Kata DSV dia sangat rasa bangga dengan Cik B dan tersentuh kerana anaknya itu sangat penyayang dengan budak dan sangat menyayangi Amanda. Menurut DSV lagi, dia akan berkongsi kisah tentang Amanda nanti.

Rata rata netizen sangat tersentuh dengan keikhlasan Cik B. Ramai yang berpendapat Cik B sangat jujur ikhlas dan baik hati. Memiliki hati yang murni dan seorang kakak yang penyayang. Mungkin juga Cik B sangat merindui adik adiknya yang telah lama pergi mngalkannya dan keluarga di dalam nahas kebak4ran dulu.

Siapa agak agaknya Amanda ini kan, ramai juga yang masih belum tahu yang DSV ada mengambil anak angkat yang di jaga selepas 2 hari kelahiran. Amanda adalah anak angkat yang di bela DSV tetapi mungkin DSV tidak dedahkan sebelum ini.

View this post on Instagram

ANAK ANGKAT SY.. SEJAK USIA 2 HARI DIBELA.. Amanda . Alkisah sy ambil Amanda, Tahu melalui call.. org cakap ada baby comel.. sy terbayangkan mcm baby bak bidadari Rupanya.. dlm keadaan berkudis.. dan tak bermaya . Sy tak bg orang sentuh, Sy jaga sndiri.. wlaupun sibuk Sbb sy nk dia akan kasih sy.. sy akan rasa syg kat dia . Alhamdulillah la.. Stakat ni tak pernah lagi naik tangan kat dia.. WLAUPUN KDG DEGIL TAK TERKAWAL Anak sndiri pun time sy marah bergegar rumah.. Tapi amanda tak pernah merasa kena marah Sy tak smpai hati tp.. PERLU BNYK KESABARAN . Takper.. one day.. tunggu Dia akan cantik.. luar biasa Skrg pun da nampak dia petah bercakap… Bole jadi BUSINESSWOMAN . Syg2 pernah tengok org ada anak angkat? Atau yg bela anak angkat? Mcm mna pengalaman… Sy betul2 nk tahu.. Cer komen

A post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on

Melalui perkongsian lebih kurang 2 minggu lepas, DSV ada berkongsi tentang video dia bersama Amanda dan memberitahu umum yang Amanda adalah anak angkatnya yang di ambil di dalam keadaan baby itu tidak bermaya dan berkud1s.

Menurut DSV dia tidak bagi orang lain sentuh baby itu kerana dia nak sendiri menjaganya supaya Amanda merasa kasih kepadanya dan dia menyayangi Amanda. Walaupun dia sibuk dengan kerja tetapi tetap dia akan meluangkan masa untuk menjaga Amanda.

Kata DSV dia akan bersabar dengan Amanda, tidak sampai hati ingin memarahi si kecil itu walaupun kadang kadang dia selalu marah Cik B dan Kacak tetapi tidak sampai pula dia ingin memarahi Amanda walaupun kadang kadang Amanda sedikit degil.

Semoga hubungan baik keluarga DSV bersama dengan Amanda akan kekal sampai bila bila. Semoga segala kebaikan yang DSV dan Cik B curahkan kepada Amanda di balas dengan ganjaran yang luar biasa dari Allah. Bukan senang ingin menjaga anak angkat bukan semua orang mampu kita doakan yang baik baik untuk DSV sekeluarga.

Sumber : Ig Dato seri Vida

Artikel ini disediakan oleh Informasi Viral. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.