“Cerdiknya Aafiyah, baru nak masuk dua tahun dah kenal huruf”- Netizen

Kehadiran Siti Aafiyah cukup bermakna buat penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Khalid. Aafiyah yang kini sudah berusia dua tahun sentiasa menjadi perhatian netizen di setiap laman media sosial. Siapa sangka, ramai netizen sering mengikuti perkembangan Aafiyah dari semasa ke semasa. Aafiyah yang kian membesar dengan sihat ini juga sudah pandai membaca huruf. Bijak Aafiyah yaa.

Nampaknya Aafiyah dah mula ready nak jadi seorang kakak ini memandangkan Siti pun sudah mulakan rawatan IVF untuk mendapatkan seorang adik buat Aafiyah. Tak sabar nak dengar berita gembira dari penyanyi kesayangan ramai ini.

Sementara itu, menerusi IG story yang dimuatnaik Siti di Instagram miliknya, gelagat Aafiyah membaca huruf membuatkan ramai netizen teruja melihatnya. Walaupun baru berusia dua tahun, Aafiyah sudah mula pandai membaca huruf sambil diperhatikan oleh ibunya.

Video Aafiyah belajar huruf juga telah banyak dikongsi menerusi akaun Instagram peminat-peminat siti di laman Instagram. Rata-rata netizen nampaknya kelihatan teruja melihat kepandaian Aafiyah mengenal huruf dengan lancar.

“Budak bijak siti aafiyah ni”- Netizen

“Cerdiknya Afiyah baru nak masuk dua tahun dah kenal huruf”- Netizen

Malah, ada juga salah seorang netizen akui Siti pandai mendidik dan menjaga anaknya walaupun sibuk bekerja. Buktinya, setiap kali Siti menghadiri majlis atau event, Siti pasti membawa Aafiyah ke mana-mana sahaja.

Secara umumnya, Siti pernah mengalami kegugvran pada Novermber 2015 kemudiannya berkongsi berita kehamilan pada tahun 2017 selepas 11 tahun berkahwin dengan Datuk Khalid Mohd Jiwa. Kini, Aafiyah sudah berusia dua tahun.

Tak sabar nak tunggu berita gembira dari Siti. Semoga dipermudahkan raw4tan IVF untuk kali kedua ni. Boleh lah Aafiyah jadi kakak untuk adik baru nanti hehe..

Sumber: Instagram ctdk, ctsharina

Artikel ini disediakan oleh Informasi Viral. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*