“Budak 9 bulan pun boleh paham arahan” – Anzalna Nasir

Tumbesaran anak-anak itu sangat penting kerana itulah yang menunjukkan anak kita sihat secara fizikal dan ment4l. Anak-anak yang sihat dan fizikal ment4l selalunya akan mempunyai sel-sel otak yang sentiasa berhubung antara satu sama lain. Kebanyakan anak- anak kita mula menunjukkan pemahaman mereka akan sesuatu perkara pada seawal usia 6 bulan lagi.

Sikap anak-anak yang bijak juga selalunya telah dipengaruhi secara langsung dari ibubapanya sendiri. Di sini terlihat didikan ibubapa pada awal tumbesaran anak memainkan peranan yang sangat penting. Begitu jugalah yang boleh dilihat dari didikan Anzalna Nasir pada anak sulungnya, Muhammad Eidrees.

Sekarang Muhammad Eidrees berusia 9 bulan dan sudah pandai mendengar arahan. Itulah yang dikongsikan oleh Anzalna Nasir di dalam laman instagramnya.

View this post on Instagram

Budak 9 bulan pun boleh faham arahan korang yang dah berusia tak reti-reti nak patuhi arahan! JUST STAY AT HOME!

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on

Terlihat di video tersebut, Anzalna merakamkan anaknya itu bermain di dalam kereta mainan automatiknya. Dilihat juga Anzalna memberi arahan mudah seperti ‘Pon pon..’ untuk meminta Eidrees menekan hon kereta mainannya itu. Dan apa yang menarik perhatian netizen adalah Eidrees mematuhi arahan ibunya itu. Bijak betul Eidrees.

“Budak 9 bulan pun faham arahan korang yang dah berusia tak reti-reti nak mematuhi arahan” kata Anzalna di ruang kapsyen video tersebut seperti berbunyi beliau menyindir sikap segelintir masyarakat diluar sana yang deg1l tidak mematuhi arahan polis untuk berada di dalam rumah dalam tempoh perintah kawalan pergerakan ini.

Kebanyakan netizen memuji kecerdikan Eidrees yang sudah dapat mendengar arahan ibunya itu. ada juga yang berseloroh mengatakan Eidrees kelam kabut mendengar arahan ibunya.

Mendidik anak-anak ini bukanlah perkara yang mudah. Ibu bapa harus punyai tahap kesabaran yang tinggi dan terus berusaha dalam mendidik anak untuk mendengar arahan dan seterusnya mendengar nasihat kita.

sumber : ig anzalnanasir88

Artikel ini disediakan oleh Informasi Viral. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*