Bln puasa, aku blk rmh nk mkn tgh hari tp isteri tak masak. Aku geram yg puasa dia bkn aku

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran daei kisah ini. Asalamualaikum admin, mohon admin hidekan profil saya, saya bernikah sudah hampir 5 tahun. Anak 2 orang dan sekarang isteri saya hamil anak ke 3. Isteri saya boleh dikatakan baik, hormat suami, pandai masak, pandai buat kerja rumah, pandai semua benda, cuma satu je masalah. Isteri tak reti layan di tempat tidur.

Ramai isteri tidak sedar, punca suami nak nikah lagi atau suami dingin adalah kerana isteri tak reti layan ditempat tidur.

Kisah bermula bila isteri lahirkan anak pertama, isteri selalu menolak permintaan saya. Seminggu hanya 3 kali je sedangkan saya perluukan benda tu setiap hari.

Bukan itu sahaja, sejak ada anak, isteri dah mula abaikan saya, bila saya nak makan sesuatu, alasan nak tidurkan anak dulu, alasan nak pujuk anak dulu.

Pkul 10 saya suruh pkul 12 baru dia buat. Pakai alasan anak, isteri saya bukan bekerja, duduk rumah je jaga anak, tapi semua benda nak tunggu. Bila di ajak bersama.

Alasan penat penat penat. Apa je yang penat duduk rumah jaga anak? Jaga rumah je penat. Sedangkan saya dari pkul 8 sampai pkul 5 petang duduk ofis je.

Balik rumah menghadap jammed sampai rumah pkul 8. Saya penat dalam keadaan macam ni.

Bila balik rumah menghadap lagi karenah anak2. Baru je saya buka pintu rumah, anak semua srang saya, ada nak bermain ada nak bermanja, saya penat min.

Isteri saya pula sedap2 duk santai2 atas sofa biar anak kacau saya. Kau rase min? Dia tak sedar ke saya penat cari duit untuk mereka. Bila masa makan, isteri sibuk dom suap anak.

Bila saya minta ambilkan nasi ke pingan. Dia cakap kaut jelah sendiri. Saya sibuk urus anak ni. Kau tau berasap je rasa kepala aku min.

Kau bayangkan min aku ni suami dia, seharusnya dia utamakan aku dari anak2. Aku nak makan pun kena ambil sendiri. Baik dia tak payah masak kalau macam ni.

Sampailah di ofis. Aku kenal sorang budak baru, budak ni baik cuma tak pakai tudung. Aku boleh je didik dia pakai tudung. Yang aku suka budak ni. Dia pandai masak, tengah hari dia bawak bekal.

Akupun bawak bekal sebab bini aku masak. Yg jadi masalah, bekal budak tu lagi sedap dari masakan bini aku. Bini aku kadang2 bagi telur mata, ikan sardin seekor, sayur je.

Sedangkan budak tu bawak ayam goreng, steak, macaroni. Tu semua makanan kesukaan aku. Dan budak tu punya citarasa sama dengan aku sedangkan bini aku suka masakan kampung. Dan aku rasa aku aku sudah tidak serasi dengan isteriku.

Lagi2 bulan puasa ni aku tidak boleh bawak bekal ke tempat kerja jadi aku balik rumahlah untuk pergi makan tengah hari tapi masalahnya isteri aku tak masak.

Dia masak bubur anak2 je. Ada ke patut dia bagi aku makan bubur? Aku suami dia min, bukannya binaatang. Aku sedih bila dibuat macam ni. Aku suruh dia masak, tapi dia taknak. Alasan puasa.

Yang puasanya dia bukan aku. Lepas tu suka komplen telur habis, ikan habis, sayur habis. Macam mana tak cepat habis. Aku suruh makan telur 1 biji sehari.

Tapi dia masak 5 biji sehari. Kau bayangkan min. Sekarang aku stress sangat. Aku luah semua pada budak perempuan tu. Dia pun simpati pada aku min.

Dia cakap tak patut isteri aku buat aku macam tu. Budak tu cakap. Kalau dia jadi isteri aku. Dia akan layan aku sebaik mungkin. Apa maksudnya min? Dia nak aku nikah dengan dia ke?

Kisah ke 2 lebih mendebarkan, baca perkongsian di bawah

Assalamualaikum semua. Saya Zairil, berusia 37 tahun, telah berkahwin selama 5 tahun dan di kurniakan seorang anak perempuan berusia 4 tahun. Saya dan isteri (37 tahun) berasal dari Alor Setar, Kedah dan kami menetap di Skudai, Johor.

Saya bekerja di sektor penerbangan, manakala isteri pula seorang penuntut ijazah (penyelidikan) di sebuah universiti berdekatan.

Setelah setahun mendirikan rumah tangga, kami dikurniakan seorang cahaya mata. Saya bersyukur dan sangat sayangkan anak saya.

Titik permasalahan rumah tangga saya bermula semasa isteri saya sedang berpantang, dengan nada yang serius memberi tahu saya supaya untuk berpuasa (dari nafkah batin) sehingga anak kami berumur 4 tahun.

Mungkin beliau masih terasa keperitan semasa bersalin sehingga beliau berkata sedemikian, ia juga mungkin sekadar gurauan, dan saya pun tiada niat untuk meminta pada isteri yang masih berpantang. Saya membalas dengan sedikit senyuman dan tawa melihat isteri.

Saban bulan, melihat anak semakin membesar, hubungan kami menjadi semakin keruh kerana saya sering menegur sikap kecuaian isteri saya kepada anak saya, sehingga menyebabkan anak trauma dan cedera seawal 5 bulan dari kecuaian isteri.

Saya sebagai suami faham, membantu dan menasihati isteri, tetapi apabila saya bertugas di luar negara, sering kali menerima rungutan isteri tentang anak.

Perkara seperti membiarkan anak seawal 8-10 bulan, yang baru dapat belajar duduk, tetapi dibiarkan berendam seorangan di dalam besen di tandas, meletakkan p1sau memasak/ gunting di merata2 rumah (sikap yang masih tidak di ubah sehingga kini),

Mengherdik anak kecil, dan banyak lagi tidak cukup untuk saya luahkan disini. Ya, saya nampak dan saya bantu, tetapi bagaimana pula jika saya tiada di rumah?

Oleh itu saya sering menegur sikap kecuaian beliau. Tidak saya jangka lama kelamaan wujud perasaan benci dalam diri beliau terhadap saya.

Saya juga telah beberapa kali cuba berbincang untuk mendalami masalah beliau, tetapi sering kali tidak diendahkan dan kadang kala berakhir dengan pertengkaran.

Beliau juga langsung tidak teragak untuk berkelahi di hadapan anak yang baru berusia 2tahun tercengang melihat kami. Akibat hiilang sabar saya, saya telah menepuk bahu kiri isteri selepas diherdik oleh isteri.

Anak saya terkejut dan berlari ke tengah untuk menghentikan perkelahian kami, saya tergamam melihat anak yang kecil lebih memahami.

Saya mengambil anak dan mendukungnya masuk ke bilik. Ia diikuti oleh jeritan maakian daripada isteri yang memukul dan menendang saya dari belakang.

Saya beristighfar dan masuk ke bilik. Jika diikuntukan nafsu dan kudrat saya, sudah pasti lain jadinya. Akibat dari seringkali bertengkar, saya kadang kala hiilang rasa hormat dan mengeluarkan kata kesat akibat tertekan.

Ini belum lagi soal layanan isteri, yang meminta saya berpuasa sehingga anak saya berumur 4 tahun, ternyata itu benar.

Sehingga kini anak saya telah pun masuk usia 4 tahun, dan sepanjang 4 tahun ini, kurang dari 5x kami bersama dan lebih tepat sudah hampir 3 tahun saya tidak menyentuh isteri saya.

Berbagai alasan diberikan untuk menolak permintaan saya, kadang kala saya menegur, tetapi saya masih bersabar dan tidak memarahinya.

Segala kemahuan beliau saya tunaikan, segalanya, hanya sebut, saya sediakan, hendak berniaga, saya hulurkan, bermacam2, tetapi hanyalah hangat hangat tahi ayam dan hanya membazir.

Program ijazahnya pula telah berlanjutan sehingga ke semester ke-9. Masa dirumah lebih banyak dihabiskan menonton drama melayu di internet termasuklah kisah drama melayu perpecahan rumah tangga yang beliau sering kali terbawa2 ke realiti.

Keadaan menjadi semakin kritikal setelah saya diberhentikan kerja tahun lalu oleh sebuah syarikat penerbangan dan hiilang pekerjaan selama 7 bulan.

Mujurlah saya masih mempunyai simpanan dan pelaburan semasa tempoh menganggur.

Hubungan juga menjadi semakin keruh ketika saya menganggur, apabila meminta isteri untuk fokus pada pembelajaran beliau atau meringankan beban dengan bersama mencari sumber rezeki bersama.

Banyak wang telah dihabiskan untuk menampung program ijazah beliau, yang telah beberapa kali diberi amaran oleh supervisor beliau. Tetapi ia menjadi sia2, dan tidak diambil peduli.

Akibat dari tekanan hidup, ia telah mengidap saakit jntung dan drah tinggi seawal usia 36 tahun.

Jika ada berlaku pertengkaran, beliau kini sudah tiada rasa hormat pada saya, dan tidak teragak untuk meminta pencraian. Selepas bertenang beberapa hari, beliau buat seperti biasa tanpa ada rasa bersalah.

Saya sungguh tertekan dan tersepit, saya terlalu sayangkan anak saya dan tidak sanggup melihat anak saya membesar dalam keadaan ibu dan ayah berceerai. Malah hubungan saya dan keluarga isteri juga sangat baik.

Paling saya tertekan, apabila secara tidak sengaja terbaca message isteri di lockscreen telefon bimbit. Beliau memburukkan keluarga saya, ibu saya kepada kawan baik dan juga kakak beliau.

Mujur kenalan beliau juga saya kenal, dan saya telah menerangkan secara baik untuk menjadikannya lebih keruh.

Beliau sering berpura2 baik dihadapan keluarga saya, tidak seperti mesej buruk yang dihantar kepada kakaknya.

Saya kini baru mendapatkan pekerjaan baru di negara jiran, dan tinggal berjauhan.

Akibat dari tekanan, saya telah mula berkawan dengan seorang wanita, tetapi saya telah berhenti dalam hubungan itu setelah sedar perasaan suka saya kepada wanita itu semakin mendalam. Saya ingin mengelak dari bertambahnya masalah.

Tiada seorang pun yang saya luahkan hal ini melainkan dengan Allah swt, saya tertekan sehingga ada saat saya ingin membn0h diri.

Mujur saya mempunyai seorang dua rakan baik. Akan tetapi sampai bila saya perlu tempuhi semua ini?

Saya tertekan tetapi saya sayangkan anak saya lebih dari segalanya. Banyak lagi yang ingin saya ceritakan, tetapi cukuplah setakay ini. Saya mohon nasihat dan bimbingan anda.

Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet

Nur Eika, Kalau takmau anak lagi banyak je pilihan perancang keluarga. Islam pun tak ajar sekat nafsu sampai macamtu sekali.

Kalau betul dia depression, bawa jumpa pakar. Tapi jika setelah diagnosis dia sihat je.. boleh pertimbangkan langkah seterusnya.

Tak semua perempuan berperangai macamtu sebab depression ke, meroyan ke. Ada je perempuan yg perangainya macamtu.

Kita kena adil. Jangan kalau lelaki buat hal kita kecam, tapi perempuan buat hal asyik backup je.

Shara Nour, Bro, bercerrai x semestinya xbhgia n ank jd huru hara. U rosakkn jiwa ank u lg prah dgn bsrkn dia dlm keaadaan rmhtgga yg huru hara. Emosi n mntal yg sgt xok.

U dah cuba buat yg terbaik, bkn x usaha kan? Makin u beralah makin dia menjadi but this advise dr stroy u not ur wife story..

Bit i blieve u buat kptusan yg tbaik dmi ank u. Jgn krn korg ank tu jd mgsa mntal, emosi n fizikal. Dia nk cerrai, proceed.. Bg dia rasa apa itu percerraian, kesan n tggjwb atas tiap kata2 n laku.

Nieza Hasim, dengar side suami je ni . Belum dgr side isteri. Kenapa dia berkelakuan begitu. Mesti ada punca., Perempuan ni celah bdah mana ko cari pun tetap sama hakikat seorang perempun.

Kalau satu yang ada pun kau tak mampu cope, ko jgn mimpi over the jump moon. Baca buku man from mars, women from ape tah.

Kat situ ada banyak kajian hakikat perempuan dan laki . Fahami dulu hakikat kedua nya. Keperluan dan kehendak lelaki dan perempuna ada berbeza.

Nadia Huda, Ramai wanita yang in denial. Kalau takda perempuan macam ni, xkan boleh ada k3s mak deera anak? Ada k3s mak bn0h anak? Ada je perempuan bila marah suami dilepaskan pada anak. Ada je k3s perempuan yang memang cuai tak kira tempat.

Kalau si isteri dah gila talak. Lepaskan je lah. Istikharah la banyak2 mintak petunjuk. Kalau dah xboleh bersama kenapa nak saakitkan jiwa masing2?

Anak tak perlu risau, kalau ada rezeki jumpa wanita lagi baik yang boleh jaga anak, xda masalah dah.

Jangan cari jenis yang sama sudah, nanti tak pasal2 k3s deera anak. Eh tapi bincang dulu, takut lepas cerrai isteri xnak bagi hak penjagaan anak.. susah jugak tu.

Apa pula pendapat anda untuk kisah pertama, jangan lupa kongsikan di ruangan komen