Bila peminat gigih edit gambar bersama, Tak sangka ini k0men Mira Filzah

Siapa je yang tak kenal pelakon Mira Filzah kan? Bukan setakat popular bahkan ramai yang meminati lakonan wanita ini setiap kali muncul di kaca televisyen. Fenomena Mira Filzah telah bermula sejak video ‘Baby Sayang’ viral dalam kalangan netizen dan ramai mengambil peluang membuat parodi daripada video berkenaan. Selain video parodi, gambar Mira Filzah juga menjadi pilihan k4um adam untuk edit seperti seolah-olah bergambar mesra bersama.

Muhammad Fakhrullah atau mesra dengan panggilan Fakhrul tidak terlepas peluang mencuba nasib edit gambar bersama Mira Filzah dan hasilnya memang betul-betul real! Fakhrul ketika dihubungi memberitahu dia sendiri telah menghabiskan masanya selama lebih dua jam untuk edit gambar tersebut.

Saya edit dalam tiga dan empat gambar guna aplikasi Picsart.. Saya post dekat Twitter itu kira yang paling nampak okay..

Posting Fakhrul yang viral sehingga cecah 4,600 likes dan 860 Retweets itu akhirnya mendapat perhatian Mira Filzah apabila pelakon wanita berkenaan telah memberi komen pada posting tersebut dengan kapsyen “Nampak real”

Komen yang diberi oleh Mira Filzah juga cecah sehingga 7,200 Retweets dan 21,000 likes.

Pada mulanya saya pelik lah kenapa phone saya jadi hang rupanya notifikasi Twitter penuh retweet dan tak sangka Mira Filza retweet tweet saya, komen gambar saya edit nampak real.

Time tu saya rasa memang happy gila sampai bagitau semua orang termasuk keluarga dan kawan-kawan rapat yang Mira Filzah komen gambar hehehe..

Selain itu, pelajar dari Kolej Politeknik Mara Kota Bharu ini akui dia sangat meminati lakonan Mira Filzah dan jatuh cinta dengan gaya islamiknya.

Sebenarnya saya memang dah lama minat Mira Filzah sejak zaman sekolah menengah lagi sebab saya suka dengan lakonan dia dan dia pun memang cantik yang versi islamik.. Dress up dia pun saya suka tengok sebab sejuk mata memandang.

Lakonan Mira Filzah pun saya minat tapi memandangkan saya sedang belajar, banyak drama lakonan dia yang saya belum tengok, tunggu habis belajar nanti baru saya akan layan semua cerita dia sampai habis dekat rumah nanti.

Dalam pada itu, ruangan komen juga dipenuhi dengan gambar-gambar bersama Mira Filzah yang dikongsi netizen seolah-olah ingin mencuba nasib untuk mendapatkan komen dari artis kesayangan mereka.

Hahaha, famous lah u. Mira Filzah dah nampak- Netizen

Eh!!! nampak muka sama la!- Netizen

So nice and look so real- Netizen

Macam-macam gelagat netizen yang mencuit hati dan menghiburkan hati betul! Siapa peminat Mira Filzah cuba komen dekat bawah? hehe..

Sumber: Twitter Fakrulonline

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*