“Berpadalah pilih pelak0n nak jadi watak budak sekolah”- Netizen

Sesetengah orang mempunyai bakat semulajadi dalam bidang lakonan. Daripada bakat semulajadi itu, maka terhasil lah ramai pelak0n yang berkualiti dalam industri lakonan tempatan. Pelak0n yang mempunyai bakat semulajadi kebiasaannya pandai menjiwai watak sekaligus dapat membawa watak dengan jayanya. Ada sebahagian pihak produksi juga lebih gemar memilih pelak0n-pelak0n yang berpengalaman untuk sesebuah drama.

Namun, sebuah drama terbaru iaitu K0rban Kasih yang sedang ditayangkan di saluran TV1 RTM telah menerima kritikan daripada netizen apabila netizen sendiri mendakwa pelakon-pelakon menerusi drama tersebut dilihat tidak sesuai membawa watak yang diberikan meskipun barisan pelakon tersebut adalah yang berpengalaman.

Hal ini kerana watak lakonan yang dibawa oleh barisan pelakon drama tersebut sebagai seorang pelajar sekolah itu tidak bersesuaian dengan wajah mereka yang kelihatan sangat matang.

Pelakon-pelakon yang membintangi drama K0rban Kasih antaranya Saharul Ridzwan, Azrel Ismail dan Zara Zya yang membawa watak sebagai pelajar sekolah.

Babak drama K0rban Kasih yang dikongsi menerusi twitter rasmi TV1 RTM baru-baru ini telah menjadi perhatian ramai netizen. Rata-rata netizen mengkr1tik pelakon-pelakon drama tersebut yang tidak sesuai dengan watak yang diberikan.

“Awat pergi ambik pelakon muka bapak orang, tak sesuai lah”- Netizen

“Agak2 ler tua bangka katanya budak sekolah, kalau stok awet muda macam Syafie Naswip tak apa lah jugak”- Netizen

Namun, ada juga sebahagian netizen akui menyukai jalan cerita drama tersebut.

Dalam pada itu, Drama K0rban Kasih telah mula ditayangkan sejak 25 April pada jam 7.00 malam di saluran TV1 RTM.

Part Saharul Ridzwan dengan Azrel Ismail jadi pelajar sekolah tu memang kelakar habis. Pelajar sekolah badan sado tu….

Sumber: Twitter tv1_rtm

Artikel ini disediakan oleh Informasi Viral. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.