“Baru terima maternity pillow mahal, sungguh lah kepam ter0k”- Fasha Sandha

Platform jualan e-dagang seperti Lazada dan Shopee menjadi pilihan ramai dengan pelbagai tawaran harga yang menarik. Namun, ada sebahagian produk yang hanya ‘indah khabar dari rupa’ apabila barang yang disangkakan amat berkualiti dan cantik ternyata mengecewakan. Begitulah yang dialami oleh pelakon Fasha Sandha selepas kecewa dengan kualiti barang yang dibeli secara online menerusi Lazada.

Fasha meluahkan perasaan kecewa menerusi laman instagram miliknya selepas maternity pillow yang dibeli dengan harga yang mahal itu berbau busuk dan tidak berkualiti. Malah, Fasha terpaksa menunggu barangnya hampir tiga minggu untuk sampai di rumah.

Memandangkan kandungan Fasha telah memasuki third trimester, Fasha terpaksa membeli bantal tersebut disebabkan oleh badannya yang sudah mulai lenguh dan memerluukan bantal tersebut untuk kegunaannya.

Posting luahan perasaan kecewa terhadap kualiti maternity pillow itu ternyata menjadi perhatian netizen di instagram. Rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman yang dilalui sama seperti Fasha.

Bukan Fasha sahaja yang menjadi mngsa penjual berkenaan rupa-rupanya ramai yang dah terkena…

“Memang mengecewakan, saya buka zip dan tambah isinya bagi padat baru syok tidor”- Netizen

“Dulu beli dekat lazada, memang tak sesuai dengan gambar”-Netizen

Kesian Fasha dah tiga minggu tunggu barang sampai, last-last dapat barang yang tak berkualiti. Beli yang mahal pulak tu…

Sumber: instagram Fashasandha

Artikel ini disediakan oleh Informasi Viral. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan